Tuesday, June 16, 2015

Thorwback: Usaha untuk mendapatkan zuriat


Assalamualikum...

Salam Syaaban.. 

Hari ni aku nak kongsi sedikit al-kisah sebelum kehadiran Ahmad Fahri Adha... cerita biasa je.. ehehe

Selepas berkahwin tahun 2010, aku yang kononnya naif, berfikiran bahawa bila dah kahwin kebarangkalian untuk dapat anak itu adalah sangat tinggi.. tapi... selepas 6 bulan, masih belum menampakkan hasil.. 

Aku cuba untuk positif.. patutla orang kata anak tu rezeki Allah.. baru aku faham.. andai bukan rezeki.. memang tak kan dapat.. berusahalah macam mana pun..tapi jangan la sampai berhenti berusaha.. 

Masuk tahun pertama, orang dah mula tanya-tanya.. stress dah mula singgah kat situ.. berusaha bersikap tenang... silap nya disini ialah bila tidak membincangkan masalah ini secara terbuka dengan Encik Suami.... Encik Suami nampak macam tak kisah... tapi.. dalam hati dia aku tak pernah tau.. dia pun bukan jenis yang nak bercerita sangat masalah dia atau apa ada dalam hati dia.. tapi akhirnya kitorang di

Aku mula ambik langkah serius untuk menangi masalah nih.. 

Langkah pertama yang aku ambil dengan harapan membuahkan hasil ialah...

STOP pengambilan dua jenis benda nih

1. Minuman berkarbonat aka AIR GAS memandangkan aku adalah peminat tegar Pepsi 
2. Segala jenis tok nenek FAST FOOD... terutama sekali McDonald... 

Keputusan meninggalkan Pepsi dan McD serta yang sewaktu dengannya secara istiqomah tidaklah terlalu sukar bila azam tu lebih kuat.. ok..tipu.. ahaha.. semangat kena kuat.. lagipun tak mati pun tak makan semua tuh.. walaupun kadang2 rindu dengan kesedapan air Pepsi dan keenakan ayam McD.. ahahahaha

Langkah kedua.. PENGHARAMAN ASAP ROKOK di dalam rumah.. Encik Suami sila mengasap kat luar ye... 

Langkah ketiga.. buat pemeriksaan dengan doktor... aku pergi check dekat klinik biasa je.. sepupu aku recommend... jumpa la 2 ketul cyst bersaiz 3cm... tapi doc kat tu bukan lah faktor... tapi tu adalah punca senggugut.. ok fine.. 

Langkah keempat, kenali KITARAN HAID... ok..bab nih aku memang sangat tidak ambil tahu... aku tak pernah catat pun bila hari pertama haid. Untuk TTC, sangat penting untuk tahu kitaran haid nih... normal ke tak.. biasa ke.. berapa hari kitaran tuh..  penting untuk tahu bila hari subur... 

Seterusnya.. pengambilan ASID FOLIC secara serius.. bunyik macam serius sangattt.. sebijik sehari je pon.. 

Langkah-langkah seterusnya.. aku hentam je apa-apa method yang siapa-siapa sahaja recommend... try an error kaedahnye... produk2 yang aku yakin tak memudarat kan aku try je.. ada yang aku beli, ada yang kawan-kawan kasi try, ada jugak sharing is caring dengan sepupu aku yang masa tuh tengah TTC jugak... and my husband bought me a set of Premium Beautiful... ahahahaha.. sekarang dah jadi khazanah duduk dalam almari... ngeeee...

Tak lupa juga misi cari tukang URUT... haa.. yang nih memang rezeki aku jumpa makcik tukang urut yang superb... sebelum nih, ada jugak dapat recommendation beberapa orang tukang urut, tapi ada je halangan nak pegi try.. yang nih, Allah mudahkan aku untuk berurusan... aku pergi 2 kali je.. sekali aku pergi dengan sepupu aku. Dia yang recommend pon.. ehehe.. makcik tu kata rahim aku ada tersenget sikit ke kanan..puncanya urat kaki kanan aku menegang menyebabkan rahim aku terikut sekali.. sebab tu jugak punca tumit aku selalu sakit... selepas sesi berurut tu, terasa jugak perubahan.. 

Sekali mana cukup.. banyak lagi urat-urat yang nak dibetulkan... kali kedua aku heret Encik Suami sekali walaupun dia memang teragak-agak nak ikut... aku paksakan jugak... oppss... Encik suami berurut dengan suami makcik urut  nih.. suami isteri tukang urut... ehehe... 

Yang paling PENTING sekali.. DOA..

Usaha tanpa DOA pun akan jadi sia-sia... kerana DIA tempat kita meminta.. kerana DIA yang akan berhak ke atas setiap rezeki kita.. 

Perbaiki hubungan dengan ALLAH... solat TAUBAT.. kita tak pernah tahu mungkin ada dosa-dosa kita yang menjadi penyebab Allah tangguh rezeki kita... dan penangguhan rezeki ini juga adalah satu cara Allah nak uji kita.. maka.. berSABARlah... 

Setiap kali lepas solat, dua doa nih aku jadikan amalan.. selain mengamalkan zikir Ya Musawwir... 




Surah Al-Imran Ayat 38
“Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa”



Surah Al-Anbiya Ayat 89
WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi”



Lagi satu... banyakkan bersedekah.. sesungguhnya sedekah itu adalah pintu REZEKI.. insyaAllah... 

Akhir sekali... YAKIN dengan rezeki ALLAH.. yakin pasti bahawa Allah lebih tahu bila waktu dan saat yang sesuai untuk dia berikan apa yang kita hajati.... 

Kepada yang sedang berusaha, kuatkan hati... 

Aku pun tengah berusaha jugak... mudah-mudahan ada lagi rezeki dari Allah untuk aku dan Encik Suami... 

Sekian... 

Wednesday, April 22, 2015

Sumpahan Taik




Hola...

Pernah tak korang dah buang air, dah flush dengan yakin sekali pandang balik dalam mangkuk tandas 'benda' tu ada lagi.. tak lepas!!!!!

Ergghhhh.... itulah yang aku namakan 'Sumpahan Taik'.. 

Sejak masuk tahun 2015 nih ni kali kedua aku kena.. memandangkan aku ni manusia bukan mangkuk, aku akan melaksanakan tanggungjawab sosial untuk memastikan hasil tinggalan aku tu tak menyusahkan orang lain. Biarlah menyusahkan aku saja. Huhuhuhu... 

Bersilat gayung aku sampai lebih sepuluh kali flush... sempat terfikir.. apalah dosa aku harini sampai terkena sumpahan taik nih.. dah la tak Zohor lagi.. wudhu dah siap... nak kena bersilat melawan sumpahan taik pulak... erghhhh... stresss betul... tapi demi menjaga nama baik aku dan juga bagi memastikan kesejahteraan pengguna tandas seterusnya... aku redha...

Macam mana aku melawan sumpahan tuh... tak payah la cerita ye.. ahahaha

Aku pantang bila masuk toilet jumpa hasil tinggalan yang tak sepatutnya.. menyampah gila... 

Siapa yang lepas flush tandas tapi tak check balik hasil korang dah lepas dengan jayanya atau pun tak, korang memang MANGKUK...

yang tak reti flush tu lagi la.. memang tahap ngok ngek tujuh petala langit dia punya mangkuk... 

pesan akhir.. jadilah pengguna tandas yang bermaruah dan bertanggungjawab... kebersihan dan kewangian tandas tanggungjawab kita bersama.... 

Ok lah sekian!


Wednesday, March 25, 2015

5 sebelum 5 : Sakit

Hola

Hilang gastrik datang pulak kegatalan yang melampau.

Dalam seminggu dua kali melawat doktor.

Nasib baik belum GST .. ahahaha

Sekali sebab gastrik. Dua minggu lepas datang angin tak selera makan. Dah makcik gastrik pun datang la melawat.. bagi pengajaran..

Gara-gara gastrik , sapu la cream  konon nak hilangkan angin.. alah pulak.. amik kau... ni kali kedua kulit ku di siksa oleh krim itu.. mula-mula kena macam tak nak menyalahkan krim tersebut.. ni dah kali kedua, memang nak kena baling dalam tong sampah la jawabnya..

Doktor kata bukan allergy.. ada kemungkinan underneath skin infection... wutever la doktor.. janji doktor tak salah bagi ubat..

Hari ni hari ke 3 makan ubat-ubatan yang doktor tu kasi. Alhamdulillah dah beransur sembuh,

Seminggu berperang dengan rasa gatal-gatal, sangatlah terasa nikmat bila rasa gatal-gatal tu dah beransur hilang. Boleh la tidur lena sikit.

Bila sakit datang, ada beberapa perkara yang Allah tarik nikmatnya dari kita..

Salah satunya adalah rezeki...

Pengambilan ubat-ubatan dan gangguan emosi kerana sakit tu telah menyebabkan kuantiti EBM berkurangan. Sangat menyedihkan. InysaAllah, semoga Allah kembalikan rezeki Fahri. Tak banyak tapi cukup sudah memadai . Aamiin...

 (Gamab curi dari FB Gumtree Cottage)

Belanja satu gamba Fahri.. 
Lepas ni boleh la tolong mommy basuh pinggan ye.. ehehehe