Thursday, December 30, 2010

:: Siti Di Alam Fantasi ::

Salam

Esok nak g tengok teater... "SITI DI ALAM FANTASI" ehehe... pergi ngan hubby... sepatutnya pergi berempat ngan Cik Lia ngan hubby dia..tapi Cik Lia tak jadi tengok skali..Cik Lia g tengok malam nih...

Tak sabar nyer... walaupun dah umo 28 taun.. tetap nak layan gak citer-citer fantasi nih... teruja! Tapi sedikit frust sebab pelakon utama dia bukan Amy Mastura. Si Liyana Jasmay la pulak.. ingatkan masih lagi Amy Mastura. Kalo tau, saya tak beli tiket.. Hmm...tak per la..layankan ajer...walaupun sy tak suke Liyana Jasmay....

nih info tentang teater 'Siti Di Alam Fantasi' ... saya copy paste daripada website Istana Budaya ...


Sinopsis

Siti seorang budak perempuan yang cantik tetapi sombong. Bapa Siti, Tuan Malim meraikan hari jadi Siti di suatu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan keluarga Siti. Guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu menjadi kaku. Mamat, anak tukang kebun diberi amanah menjaga Siti. Gergasi Batu membuka rahsia; kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana hingga tujuh keturunan. Gergasi Batu menelan Siti dan Mamat. Mereka memulakan pengembaraan mencari geliga. Mereka berjumpa dengan Pokok yang membawa ke tempat pembuangan sampah di mana Lipas-lipas sedang bertemasya

Selepas bertanya arah, Ketua Lipas berpesan; jalan kanan jangan ke kiri. Oleh kerana sikap sombong yang tidak mendengar arahan, Siti berdegil untuk masuk ke jalan kiri. Seekor Sesumpah sudah menunggu untuk memakan mereka. Mereka lari dan bertemu dengan Burung Bayan yang patah kepak. Siti tidak menaruh belas kasihan malah lebih suka jika Burung Bayan mati dimakan binatang. Hati Siti yang jahat dan sikapnya yang sombong menyebabkan siti berbunyi keldai. Mereka meneruskan pengembaraan sehingga bertemu dengan Si Kelip Api yang sanggup berkorban memberikan lampu sebagai penyuluh jalan.

Kemudian mereka bertemu dengan Ulat Bulu yang ponteng sekolah, dan dihukum campak ke sarang Ratu Labah-labah untuk dijadikan hidangan istimewa. Siti diculik Raja Katak yang memaksa Siti berkahwin dengannya. Permaisuri-permaisuri Katak yang marah telah mencampakkan Siti ke laut dan bertemu dengan Ratu Duyung. Ratu Duyung memberitahu pencuri gekiga adalah Lipan. Maka berlakulah perebutan dan pertarungan sengit yang mencemaskan di antara Siti dan Lipan.

Berkat pertolongan kawan-kawan yang setia, Siti berjaya mendapatkan semula geliga. Burung Bayann yang baik hati terkorban. Begitu juga dengan Sesumpah yang menyelamatkan Siti dari di sengat oleh Lipan. Siti juga telah melepaskan Sesumpah dari sumpahan dan Sesumpah menjadi Putera Raja semula. Akhirnya, tetamu yang kaku kembali seperti sediakala. Pengalaman pengembaraan mengajar Siti berhati mulia, kesetiaan Mamat dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Siti menyedari bahawa "selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selamanya