Friday, January 28, 2011

Takdir manusia ditulis sejak dalam rahim


DIRIWAYATKAN daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."

Sumber: e-Hadith Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Tuesday, January 11, 2011

:: Rayyan Di Alam Fantasi ::


Salam...

Di petang yang indah ini... aku nak review sebuah novel bertajuk "RAYYAN FANTASI" karya penulis novel triller paling glemer kat Malaysia... Brader Ramli Awang Murshid...

Kali ni Ramli Awang Murshid mengetengahkan sedikit kelainan dalam karya beliau, julung - julng kalinya 'Alien' menjadi watak utama intipati cerita... ehehe...

Seperti biasa, novel Ramli Awang Murshid tidak pernah mengecewakan aku... dan bagi aku karya beliau adalah karya yang wajib di baca oleh penggemar-penggemar novel Melayu... Bagim mereka yang sukakan adventure...sila la baca novel-novel Ramli Awang Murshid nih... promote plak aku nih.. ehehe

Okla berbalik kepada Rayyan Fantasi, novel Rayyan Fantasi mengisahkan perjalanan hidup Ibrahim dan anaknya Aiddin.. tiada siapa yang tahu asal-usul dua beranak nih..cam misteri gitu... tiba-tiba muncul...di kawasan pergunungan Kundasang, Sabah.

Aiddin yang di sahkan oleh doktor menghidap barah otak telah hilang semasa mendaiki Gunung Kinabalu. Misteri kehilangan Aiddin menjadi topik hangat apabila Aiddin muncul semula di pergunungan Kinabalu selepas 5 tahun menghilang. Kemudian diikuti oleh beberapa siri pembunuhan kejam yang di kaitkan dengan kemunculan semula Aiddin.

Aiddin yang seperti amnesia tidak langsung mengingati peristiwa di Yuka'ak. Selama 5 tahun hilang di dunia, Aiddin sebenarnya berada di Planet Yuka'ak. Mengetuai peperangan merampas kembali kerajaan milik ayahnya, Ibrahim. Aiddin atau nama sebenarnya Rayyan, merupakan putera Mij -Gillion, pemerintah Yuka'ak yang menyamar sebagai Ibrahim di Bumi. Mij-Gillion membawa Rayyan lari ke Bumi selepas kerajaannya di gulingkan.

hmmm... tak larat nak citer habis.. nak tau ending dia, kena la baca novel Rayyan Fantasi nih...ehehhe

Friday, January 07, 2011

:: Gamelan ::

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trg yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.


Alatan

Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.

Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

sumber: aku lelaki itu