Thursday, October 27, 2011

:: Oh! Perasan muda.. ::

Assalamualaikum...

Dah makin tua rupanya aku nih yer... hari berganti hari bulan berganti bulan tahun berganti tahun... tak terasa usia tu bertambah dari tahun ke tahun tapi aku masih rasa muda...hati muda.. aiseh..perasan sungguh... hmm.. bila tengok dekat group sekolah kat FB, baru la terasa tua...tengok junior-junior yang masa aku dah kuar skolah diaorang baru masuk Form 1, dah masuk universiti, dah keje, dah kawin.. baru tersentap.. TUA nyer aku nih... next year dah nak masuk 3 series..ehe.. tapi aku still rasa aku nih cam muda belia lagi... ahahahaha... tak boleh blah...

Mungkin di sebabkan beberapa faktor kot.. antaranya...

(1) lambat abis belajar... aku buat diploma dulu then keje beberapa taun baru sambung degree..so, lambat la abis belajar.. jadinya sekelas dengan junior-junior yang masa diaorang masuk tahun 1 aku jadi fasilitator time diaorang orientasi jabatan..ehehe..kantoi la aku kakak senior...:P

(2) kawin lambat... banyak sangat dugaan mencari jodoh nih... target nak kawen umo 26 taun.. sekali terlajak sampai 28 da... bila idup membujang sentiasa la terasa muda.. melepak pun dengan sepupu-sepupu yang muda-muda belia.. nak lepak dengan kengkawan, kengkawan semua dah kawen.... tu la pasal hati sentiasa terasa muda. pada hal tak sedar dah tua...ehe..

(3) walaupun dah kawen tapi blum ada baby.. haa.. ni lagi satu sebab nyer... bukan aku tak nak baby..tapi belum ada rezeki..sob..sob..sedey.. selalu jalan berdua jer dengan husband...mesti org ingat pengantin baru.. tak pun tengah bercinta...ahaha..perasan siot.. benci tul..:P

(4) orang yang baru kenal aku selalu cakap aku umur range 25.. tak lebih la... awet muda la katakan... berkat makan jamu nenek kebayan...oppss..tipu jer..ehe..

Walaupun perasan muda aku nih.. ada jugak la orang yang cakap aku nih..ehem..aku dan kawan-kawan aku nih macam orang tua... aku tak marah pun sebab memang aku tau aku dah tua pun.. apa ada hal? dengan umo aku yang dah nak masuk 3 series nih memang wajar la aku berpewatakan or berkelakuan yang sewajarnya... aish... takkan la masih nak terkinja-kinja tak tentu pasal macam masa zaman muda-muda dulu.. nak karok sampai terkeluar anak tekak.. udah-udah ler tu yer.. ingat la..usia makin meningakat..walaupun angka usia BERTAMBAH... jangka hayat kita semakin BERKURANG... ingat tu... beringat sebelum terlambat ye.. sekian.. wassalam...:)

Monday, October 17, 2011

:: 9 Siti Yang Hebat ::

Aku ambik nih daripada status FB iluvislam.com... sharing yer...;)

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
...
2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'.

p/s : jadikan 9 Siti ini sebagai idola kita.. ;)

:: Jalan - Jalan Di Jakarta & Bandung ::

Assalamualikum...

Hmm... ari nih nak story sikit citer gi cuti-cuti kat Jakarta & Bandung.. Sepanjang 4 hari kat sana, aku sangat tertarik dengan adap sopan warga Indonesia... seriously.. benda nih aku dah perasan masa first time pergi jakarta 2 taun lepas.. aku sangat suka dengan layanan sopan diaorang nih..

contohnya di restoran, pelayannya sangat-sangat tertib & bersopan.. sangat menghormati pelanggan... bila kita masuk restoran tak kira restoran kecik atau besar, kita di sambut dengan sangat ramah dan sepanjang berada kat restoran tuh kita akan di layan dengan sebaik mungkin.. dari saat mengambil pesanan hingga makanan di pesan siap di hidang.. satu yang aku perasan, setiap kali dah siap hidang makanan, pelayan akan tanya sama ada menu yang di pesan semua dah di hidang atau belum.. dan pelayan tuh akan cakap "selamat menjamu selara ya pak, ibuk"...

Kalo henpon battery kong, kasi jer kat pelayan restoran tuh, nanti dia tolong charge kan.. ehehe..

Lagi satu, orang Indonesia sangat suka mengucapkan terima kasih dan tidak lokek dengan senyuman...:)

Selain itu, aku suka dengan cara wanita-wanita Indonesia mengenakan hijab.. sangat stylo tapi tidak serabut dengan riben2 dan segala macam aksesori di kepala... simple, nice , stylo...

Wednesday, October 12, 2011

:: Kalo selalu tengok ambar baby boleh sangkut tak? ::

Erk.. tetiba terpikir...

Orang tua-tua banyak petua.. bagi orang yang lambat dapat baby macam aku (boleh la di kira lambat walaupun ada lagi yang lebih lambat) huhu.. kalo nak 'lekat' kena rajin mengendeng orang prengnant.. for example kat ofis ada member preggy, rajin2 la ikut dia.. ikut dia gi makan, gi solat, gi memana jer la..except balik rumah & pegi toilet la..logik sikit yer...:P InsyaAllah.. menjadik... tapi opis aku takder orang preggy..sumer dah beranak..tak sempat nak mengendeng...

Pastuh lagi satu, usap-usap perut org preggy then letak kat perut sendiri.. ehehe.. aku dah try..tapi dah terlambat la..sebab Shud dah nak bersalin lagi seminggu dua..jumpa pun jarang..

Lagi petua orang tua.. tungku orang lepas bersalin letak bawah katil.. hmm.. Aku dah chop tungku Shud..ehehe..

Ni petua orang tua la.. sekadar mencuba.. kalau menjadi tu sebab kuasa Allah.. bukan sebab tungku or apa-apa saja...;)

hmmm... setiap ari bila online FB mesti ada tengok gambar babies..anak2 kawan2.. comelnyer... selalu gak terpikir..kalo ari-ari aku tengok gambar babies nih agak-agak boleh melekat tak badi pregnant? ehehe...

ok! Repekkan selepas balik honeymoon... dan kekecewaan selepas kejatuhan dinding-dinding uterus semasa honeymoon...huhu...

Sunday, October 09, 2011

Setahun sudah

Assalam...

Salam dari kota cinta..

Kota Jakarta... Ehehe

Hari ni 9 oktober 2011.. Genap setahun emi falzilah menjadi isteri mohd najib.. Alhamdulillah.. Semoga ikatan suci ini akan terus kekal hingga ke syurga.. amin ya Allah..

Hari ni hari ke tiga di Jakarta.. Esok insyaAllah akan ke Bandung...

Tata dulu..

Monday, October 03, 2011

:: Bila Berubah Bukan Kerana Allah s.w.t ::

Assalamualikum....

Tergerak hati untuk menluahkan apa yang terbuku di hati bila melihat sesuatu yang tidak berapa nak berkenan di mata...

Setiap manusia wajar mempunyai keinginan untuk berubah ke arah kebaikan.. tidak ada manusia di dunia nih yang berazam untuk menjadi jahat atau berubah dari sesuatu yang elok kepada sesuatu yang jelik..meliankan dengan kehendak Allah s.w.t. Hati kita milik Allah s.w.t. dan hanya Dia yang berhak ke atas hati kita. Allah juga mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk berfikir mana yang patut mana yang tidak.

Aku sarankan, berubahlah ke arah kebaikan kerana Allah s.w.t dan bukan kerana MANUSIA..

Tak perlu pergi jauh untuk mencari contoh, di sekeliling aku sendiri ada beberapa teman jauh dan dekat yang sedang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.. terutamanya wanita-wanita yang sedang berusaha untuk menjadi solehah.. dari yang selesa menggayakan rambut tiba-tiba terdetik hati untuk menyimpan mahkota kepada yang berhak sahaja... hati melihat dengan lapang dada dan penuh kesyukuran kerana makin ramai wanita yang menutup aurat..

Namun, apa yang menyedihkan.. perubahan itu ternyata hanya sementara..ada kalanya bersifat 'ujikaji' dan juga mengikut arahan seseorang... kecewa bila melihat seorang wanita yang sudah cantik menutup aurat, membuka kembali auratnya bila 'seseorang' itu tidak lagi wujud dalam hidupnya... aurat di buka kembali bila 'ujikaji' itu gagal.. tiada kesesuaian dan sebagainya.. Sedihkan? Inilah yang terjadi bila berubah bukan kerana Allah s.w.t.

Aku bukan bagus sangat nak menegur, tapi aku rasa kecewa bila melihat perkara macam nih terjadi..terutama dalam bab bertudung nih..sekejap pakai sekejap buka.. kalo pakai, pakai la terus..tak payah bukak-bukak lagi dah..pakailah dengan sempurna..biar tutup semuanya...jangan tiba-tiba jambul tersembul pulak...

Maaf kalau ada yang terasa.. hanya luahan hati aku yang kecewa...