Thursday, December 29, 2011

:: Dah Nak Abis Baru Nak Layan..::

Assalam..

Hmm.. ape kes nih..?

Haaa.. ni la dia kes sindrom terjangkit drama - drama Melayu...

Sekarang nih masa untuk tengok tv sangat terhad..kecuali weekends..

Dulu zaman bujang balik keje pukul 5 sampai rumah 5.30.. semua drama Slot Akasia aku taram.. sekarang nih mana sempat dah.. balik keje kol 6 . Walaupun sampai rumah before 7.. masa tu rasa terhad.. so, layan tak layan je la.. so, aku berazam tak nak layan dah slot akasia nih.. tak nak terjebak...

Tapi... terjebak jugak bila dah nak akhir-akhir nih.. mana tak jebak... status kengkawan kat FB citer pasal Dhia jer... cam Nora Elena dulu... dalam tak nak layan tuh.. terjebak la jugak... tak sempat tengok kat TV aku tengok kat tonton.com.my... :P

Aku dan Slot Akasia memeng tak boleh di pisahkan... huhu

Tuesday, December 27, 2011

:: Best Friend Till Jannah ::

Assalamualaikum...

Take 5 kejap..

Terpandang video yang di share oleh Wardina Safiyyah kat Facebook...

SERIUSSS .. sweet giler... and bergenang air mata aku... mengingatkan aku kepada seseorang... Al-Fatihah buat dia... ni macam kisah kita... cuma ending jer berbeza... semoga kita bertemu lagi di Jannah.. insyaAllah..Amin...



Kepada pembikin video ini.. kamu memang OSEM!!

Wednesday, December 21, 2011

:: Nur Kasih - InTeam ::

Assalamualikum...



Tetiba... jauh melayang fikiran aku bila dengar lagu nih kat radio jap tadi... lirik lagu nih wat aku terpikir kejap...

---> serikandi kah aku?
---> penyejuk mata kah aku?
---> penawar di hati kah aku?
---> di dunia aku kah penyeri?
---> di syurga menanti aku kah bidadari?

Dalam dok terpikir-pikir... henpon aku berbunyik... hubby call... :)

Ya Allah.. jadikanlah daku isteri yang solehah.. kurniakanlah kami zuriat yang soleh... semoga masjid kami sentiasa harum di sirami nur kasih... :)

Friday, December 09, 2011

:: Putus hubungan cinta = Putus hubungan dengan Hijab ::

Assalamualikum...

Salam hari Jumaat... yang lelaki jangan ponteng solat Jumaat ya...:)

Semalam hubby belanja tengok muvi Ombak Rindu... :)

Berbalik kepada tajuk entry... Putus hubungan cinta = Putus hubungan dengan HIJAB / JILBAB..

Ni entry luahan rasa kecewa... kecewa melihat seorang / beberapa orang wanita cantik yang telah putus hubungan dengan HIJAB... lebih kecewa bila seseorang/beberapa orang wanita itu adalah teman sendiri...

Aku senang melihat ada teman-teman yang free hair mula berhijab.. alhamdulillah... mereka mahu memperbaiki diri.. apatah lagi dengan dorongan insan tersayang...

Namun, aku sangat-sangat kesal bila melihat teman-teman yang putus hubungan dengan hijab apabila putus hubungan cinta... sedih tengok.. sepanjang menjalin hubungan cinta, foto - foto yang di upload di FB semuanya cantik berhijab... bila dah putus cinta, kembali meng'upload' foto-foto tanpa hijab... dan kembali berpakaian ketat.. hmmm... nak nangis pun ada bila tengok...

Sebagai teman/kawan/kenalan, aku sangat kecewa dengan mereka... aku juga kecewa bila seorang sahabat tidak lagi berhijab selepas berumahtangga kerana di larang oleh suami... hmmm... makin aku sedih... :(

Thursday, December 08, 2011

:: Lelaki segan tengok Ombak Rindu ::

Morning...

Pagi nih terbaca status sorang kawan kat FB..

Wife aku kate lelaki yg x nak tgk ombak rindu adalah lelaki yg ego... perghhh... kalau mcm tu aku sanggup teman die g tgk tp dgn syarat aku nak pakai topi dan topeng... takut ade orang kenal...
Hmmm... malu eh tengok Ombak Rindu? Tak macho dah eh lepas tengok Ombak Rindu?

Tak tanggal pun hidung kalu teman isteri tengok Ombak Rindu or apa-apa sahaja filem kegemaran isteri... Takkan nak layan minat suami jer kan... kesian la kat isteri.. nak jugak layan romantis tengok muvi... Isteri-isteri yang layan novel Melayu mesti tak nak melepaskan peluang tengok muvi nih... so, teman kan la... sekali-sekala nak happykan wife apa salahnya.. tak luak pun... :)

Wednesday, December 07, 2011

:: Erti hidup... ::

Assalamualikum…

29 tahun bernafas menghirup udara atas ihsan yang Maha Esa.. aku harus jadi insan yang tahu erti bersyukur…

erti hidup bukan terletak pada zahir yang indah mempesona, namun erti hidup juga harus didasari oleh rasa kasih yang tumbuh dalam hati, berkembang membuahkan sayang, terus terbaja membenih cinta. sesungguhnya hati yang kosong tanpa cinta, kasih dan sayang seumpama dunia tanpa warna cerah..

pun begitu, erti hidup juga di dasari oleh rasa duka, kecewa juga sedih.. tanpa mengenal erti duka, kecewa juga sedih, aku takkan pernah tahu bagaimana mahu menghargai erti suka, bahagia juga cinta, kasih dan sayang…

Seandainya satu hari nanti aku berada di atas, semoga aku tidak lupa jika dulu aku pernah berada di bawah, mendongak ke atas mencari punca kenapa meraka berada di atas lantas mancari tangga untuk turut mendaki bersama mereka… terjatuh dan terus bangun lagi..Dia yang Esa tidak pernah jauh..teguh berpegang pada tali doa…

:: Someone Like You - Adele

Dengar lagu nih mengingatkan aku kepada sesuatu...



"Someone Like You"


I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Tuesday, December 06, 2011

:: Setengah tahun 2011 ::

Update lagi...

Dalam tengah bizi buat taking-off, terpikir plak pasal cuti taun depan... 2012 akan menjadi taun yang agak bizi dengan event...

January...
wedding cousin aku kat Terengganu.. cik G-Na akan sedia berkhidmat lagi untuk perjalanan ke Terengganu... (berjodoh tol dengan Terengganu..:P)

February...
wedding classmate masa diploma... Mr Farouk...nih hubby punya program.. wedding kat Kedah/Penang... so, hubby dah set ngan bebudak lain nak gi wedding kat belah pompuan..tak mo pegi Terengganu (wedding belah laki)..tak tau la sejauh mana keseriusan diaorang nih..planning jer tak abis@ kat FB tuh...ehehe

March...
InsyaAllah... ada program ziarah bersama family in-law...

April....
Wedding adik aku plak... majlis kat Kuching... cuti panjang la aku...:)

May...
Majlis kawin adik aku kat Negeri Sembilan plak... ramai plak tuh rombongan cik kiah mai sini... mesti roboh kota melaka... ahaha.. tiba-tiba plak sampai kota melaka...:P

June.... until December...
Blum ada apa-apa perancangan lagi... tapi cuti aku comfirm dah abis...

Lupa... August... RAYA!!!! Tahun depan raya kat Kuching!! Yabedabedu...

Sekian..

:: Big Bad Wolf Aftermath Sale... ::

Last two weeks pegi Big bad Wolf Aftermath Sale kat South City Plaza... semua buku di jual dengan harga RM5 dan ke bawah...

Terujanya tengok lautan buku... harga murah sebab buku-buku yang ada masa BBW Aftermath Sale nih merupakan buku-buka yang dah scratch, rosak and leftover daripada BBW Sale 2011...

Tak sempat pegi BBW Sale 2011 arituh... tak tau pun ada..tau pun masa dah nak last day... so, bila dapat tau ada BBW Aftermath Sale nih.. teringin la nak gi tengok apa yang ada... Sebab pergi dengan hubby, takleh la nak focus sangat... kesian ka hubby tunggu..

Sempat la beli dalam 15 bijik novel.. walaupun mostly daripada penulis2 yang tak berapa kenal, baca sinopsis ok, ambik jer la... semuanya RM5 senaskah... hmmm.. cukup la untuk bekalan setahun... tak dapat nak bayangkan macam mana best nya BBW Sale tuh... dah like fan page BBW siap-siap supaya tak terlepas untuk tahun depan...

:: Status di FB ::

Assalamualikum...

Alhamdulillah... tender postponed lagi seminggu... lega hati aku ni ha... upper slab rebar tak siap2 lagi nih... merangkak-rangkak nak naik tingkat 20... baru satu blok... lagi satu blok aper citer? roof slab lagi tak sempat nak pandang... hmmm...dateline nak kasi kat Ms See ari jumaat nih cam tinggal harapan jer.. dah bersiap sedia dah nak OT..tapi bila Ms See cakap tender postponed lagi seminggu... fuhhhhh... lega...

Oklah... berbalik ke tajuk entry pagi nih.. Status di FB...

Sejak dua mejak nih aku dah jarang update status kat FB.. semalam ada la update.. update pun sebab dah sakit mata tgk status ada sorang minah nih.. hadoi.. aku bukan kesah sangat pun apa ko nak up kat FB tuh... FB ko suakti ko la kan... tapi bila status ko mengganggu ketenteraman mata dan jiwa aku.. aku jadi bengang la...

Aku pun tak kesah jugak dengan kengkawan FB yang rajin berniaga nih.. jual lah apa pun... update la apa pun produk korang kat FB tuh.. tapi... jangan sampai update benda yang tak sepatutnya... aku sebenarnya dah tahap tak tahan dengan minah sorang nih... dia wife kepada kawan encik hubby... baru-baru nih dia buat MLM..jual korset.. since that.. status FB dia memang membara-bara pasal business opportunity.. setiap jam dia update status dia... JUJUR... AKU TAK KESAH... AKU TAK AMBIK KESAH PUN...

Tapi lama-kelamaan... aku naik muak sebab dalam status FB dia mula 'memandang rendah' orang-orang yang tak join MLM macam dia... especially orang-orang yang berasa selesa makan gaji.. seperti aku... seriously.. ada ayat-ayat dalam status FB dia yang membuat orang seperti aku SENTAP!!

Rendah sangat ke kewibawaan kami yang makan gaji nih? Dungu sangat ke kami yang merasa lebih selesa makan gaji daripada 'kerja sendiri' macam kamu? Tidak berjaya kah orang seperti kami yang menurut kamu tidak BERANI untuk keluar dari zon selesa kami? Loser ker orang-orang yang tak mampu (atau mungkin tak nak bazir duit) beli handbag LV, Coach, kasut Jimmy Choo, etc? Tak baik riak tau, tunjuk segala macam barang branded yang kamu ada kat FB.. :)

Aku ramai jer kengkawan yang wat bisnes, join MLM..tapi takder la over sangat macam dia nih... padahal baru jer lagi..baru sebulan lebih kot.. hmmm...

Astagfirullah... kategori mengumpat ker aku nih? Ya Allah.. ampunkan aku.. aku just nak mengingatkan diri aku..jangan jadi macam dia nih.. jangan over-over... rileks-rileks sudah... :) Rezeki tu kan dari Allah.. berusahalah sekuat kita..tak perlu cangang serata alam.. Allah sesungguhnya tau kita berusaha... :)

Nota kaki : aku dah jadi ahli ELKEN.. lactose dia memang terbaik... nanti nak join Tupperware plak.. nak jadi cam mak aku...kumpul tupperware banyak2..last2 aku yang rembat... ngeeee... jadi ahli sebab suka produk..boleh beli harga murah...:)