Wednesday, March 14, 2012

:: Dunia Semakin Kejam? ::

Assalamualikum...

Dunia tidak kejam... tetapi manusia-manusia yang menjadi penghuni dunia ini yang sudah semakin tidak punya akal pertimbangan..lagak kejam semakin berleluasa.. tanpa hati nurani tanpa perikemanusiaan...

kanak-kanak untuk disayangi.. bukan untuk di bunuh, di dera, di buang... tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan sebenar manusia-manusia yang sanggup mencederakan malah membunuh membakar kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa tentang dunia.. kesian...

Monday, March 05, 2012

:: Jalan - jalan ke utara ::

Assalamualaikum..

Dah lama sangat rasanya tak berjalan menghala ke utara semenanjung.. rasanya kali terakhir ke Kedah / Langkawi tahun 2001... ye la kan..asyik menghala ke selatan jer.. balik-balik Johor..balik-balik Johor... dari dulu sampai sekarang nih tak sudah - sudah dengan Johor.. dah jadi second hometown plak... ehehe

Ok la.. berbalik kepada jalan - jalan ke utara... 2 minggu lepas, ada budak satu kelas masa kat U dulu kawen kat Sg Petani. So, sebab aku nih kawin nyer ngan budak sekelas jugak, makanya kena la mengikut si suami dan kengkawan nyer yang merupakan kenagkawan aku jugak pergi ke kenduri tuh.. aisyeh.. ayat berbelit... Kawan kitorang nih orang Terengganu.. kawen ngan orang Sg Petani.. Bebudak nih sajer jer nak pegi kenduri belah pompuan sambil berjalan - jalan...

Hari Khamis malam, bertolak la kami ( aku, hubby, digun & pokjak) ke Sg Petani dengan menaiki Cik G-Na.. Malam tuh, Digun yang drive.. mak uihhhh... laju giler dia bawak... mungkin laju la bagi aku sebab laki aku bawak kater selow jer.. :P

Kalo dengan bebudak nih.. jangan harap la nak on time.. hangin jugak aku.. yela..janji gerak pukul 8 malam.. sekali kau pukul 12 lebih baru gerak.. eeee... sabo jer la..

Sampai Sg Petani pukul 4 pagi.. terus pengsan.. barang-barang tinggal jer dulu kat kater...

Thursday, March 01, 2012

Kenapa Malas Solat?

Solat itu lebih baik daripada tidur!
Laungan itu tidak kau endahkan
Kau malah menarik selimut
Sampai ke kepala
Kenapa malas solat?
Kau bilang bukan malas!
Tapi kau tidak sedar
Kerana tidurmu terlalu lena
Azan Subuh kau hanya dengar sayup-sayup telinga
Hari kau mulai tanpa mengingat DIA

Menjengah Asar berlalu Zuhur
Kau sibuk bekerja tanpa sedar
Tanggujawab kepada Tuhan mu
Mudahnya kau lupakan
Kenapa malas solat?
Kau bilang bukan malas!
Cuma kau tak sempat
Mengejar waktu yang singkat
Mengejar tanggungjawab dunia
Lalu kau lupa tanggungjawab kepada Tuhanmu
Siang mu berlalu tanpa mengingati DIA

Tiba Isya' Maghrib menghilang
Tak sempat mu membawa ke malam
Kau terus tenggelam dalam terang
Tanggungjawa itu terus kau abaikan
Kenapa malas Solat?
Kau bilang bukan malas!
Tapi kau penat setelah siangmu yang padat
Kau memilih untuk berehat
Daripada menemui Tuhanmu
Malam kau akhiri tanpa mengingati DIA

Solat itu lebih baik daripada tidur!
Kau tetap begitu....


~tinta emmie marja~