Wednesday, July 25, 2012

:: Al-Fatihah buat Siti Khuzaimah ::

Assalamualaikum...

Al-Fatihah buat Siti Khuzaimah, salah seorang mangsa yang terkorban di dalam nahas helikopter terhempas minggu lepas.

Bila baca status kawan kat FB tentang heli terhempas and salah seorang mangsa adalah seorang QS, hati berdebar-debar... Ya Allah..siapalah QS tu?? mula tercari-cari terfikir-fikir kengkawan QS kat Kuching. Di dalam hati berharap sangat yang aku tak kenal QS tuh..

Bila baca lagi status/post kat FB, makin berdebar-debar.. dengar-dengar QS kat tempat aku pernah praktikal... terus pop-up satu nama.. Abu Zar.. classmate aku.. then.. teringat lagi sorang.. junior... cuba nak recall nama budak tu.. aku ingat muka dia je..

Hari sabtu, tengok lagi update kat FB.. (ya Allah.. tak tengok berita aku nih.. nasib ada FB...:p ) .. baca status ucapan takziah dari lecturer kitorang.. sah la.. Siti Khuzaimah... ya.. Siti Khuzaimah... aku dah ingat nama dia... junior aku masa kat UTM... pernah praktikal kat opis kawan aku Seng.. and keje kat tempat aku praktikal dulu... aku ingat dia sebab dia pernah contact aku dulu.. tapi aku tak ingat pasal apa..

Macam tak percaya je... terbayang-bayang lagi wajah Kuzai yang selalu senyum...

Tak sampai hati nak baca berita kat paper.. baru hari ni baca paper online...hmmm....

Semoga Allahyarham tenang di sana.. dan rohnya di cucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh.

Semoga keluarga Kuzai tabah menghadapi dugaan ini..



Wednesday, July 18, 2012

:: Majlis Akikah Safiyyah ::

Assalam...

Last week akikah Nur Safiyyah Areefah... akan buah aku yang ke empat... si bambam...

tak banyak ambik gambar... si safiyyah nih asyik tdo jer... ehehe...

pipi yang tembam tu sangat sedap di gomol-gomol! dan jugak di gigit!




Ni sepupu saya.. anak Usu.. namanya Syuhada... :)

Safiyyah with Nek Wan

Saturday, July 14, 2012

Bila artis kurang adab..

As salam...

Berhujung minggu di Sarawak Tanahairku... ada majlis aqiqah baby Safiyyah yang gendut... ehehe

Al-kisah artis yang kurang beradab...

Untuk hari ni, adik aku si Naim kena dapat tugas daripada abang ipar aku gi ambik satu kumpulan yang salah seorangnya ialah artis terkenal.. dari airport ke hotel..

Soalan pertama yang di tanya sang artis kepada Naim ialah ... 'kat mana nak beli Vodka?'

Terkedu sekejap Naim... yang bertanya tu seorang melayu ISLAM.. dan yang ditanya juga seorang melayu ISLAM...

Sang artis plak boleh cakap camni bil adik aku cakap dia tak tau...

"Takkan tak tau.. bukan semua orang sini minum ker?

Kurang ajar giler statement!!! Aku plak yang rasa nak kasi penerajang kat sang artis tu... ikut sedap mulut dia jer cakap semua org kar sini minum air kencing setan tu.. ingat kitorang ni jahil sangat ker?? Bodoh!!

Walau tau sekalipun kat mana nak beli, takkan nak bawak dia pegi beli kot... membawa pun dah berdosa!!

Oklah ..malas nak citer panjang.. citer dari airport ke hotel sangat annoying.. all is about those haram thing...

Astaghfirullah...

La ilahaillaanta subhanakainni  kuntuminazzalimin...