Wednesday, January 23, 2013

:: Vietnam dan Anjing ::

Assalam...

lagi sepuluh minit nak pukul 6...

Tetiba teringat citer kelakar masa kat Vietnam baru nih...

Cerita bengong berkenaan dengan anjing! ahaha...

Al-kisahnya.. tak ingat bila..masa kitorang makan kat Restoran Banana Leaf... Selesai makan, kami pakat-pakat dok luar sambil tunggu bas.. Ada la beberapa orang penjual jalanan tengah promote barang. Tengah syok-syok usha barang, tetiba laki aku terchinta tu bertempiaran lari. Keluar  dari kedai sebelah restoran tuh seekor anjing yang ala-ala comel gitu kejar laki aku... muahahaha... kitorang yang kena panic attack nih pon bertempiaran la lari sama.. aku yang pada dasarnya tak takut dengan anjing pun bertempiaran sama membontoti larian laki aku masuk dalam resotran.. maka beramai-ramai la kami bertempiran lari..kononnya takut di kejar anjing. Semput!

Dah habis semua di rempuh, tetiba.. eh.. mana anjing tadi??? Anjing tadi gurau-gurau jer la... tak kejar pun.. mungkin anjing tuh terkejut tengok kitorng lari tak cukup tanah.. dia pun dengan selamber nyer balik ke kedai tuan dia... CETTTT! Menci sungguh aku!! Rasa nak hempuk-hempuk jer laki aku tuh...

Banana Leaf Restoran


Rasa berdosa plak aku sebab dah merempuh insan-insan tak berdosa masa larian terkejut tuh.. siap tolak-tolak gitu.. huhuhu.. maaf yer.. tindakan medula oblongata.. pastuh.. pakat gelak la ramai-ramai.. tengok sorang lari..semua pakat lari sama.. adoi.. serius kelakar!!

Cerita anjing nih bersambung lagi kat Cu Chu Tunnel.. Tengah syok dengar Alan, tour guide kitorang bercerita.. boleh pulak datang anjing entah dari mana.. apa lagi.. bertempiaran la sekali lagi!!! muahahahahahaha...  Bukan anjing tu kejar pun.. anjing tengah bersiar-siar jer...

Sebelum kemunculan anjing di Cu Chi Tunnel

Lari sampai tak nampak dah jambatan kecik tuh.. terus masuk jer dalam lekuk bekas terusan/sungai kecik tuh... ehehehe... 

Adoi la... 


Wednesday, January 16, 2013

;; DBQ2000 Trip 2013 : Ho Chi Minh City, Vietnam ::

Assalamualaikum...

Hari nih Wednesday Blues gitu... ehehe...walaupun semalam dah cuti... tetap nak blues jugak..

Baru balik dari Ho Chi Minh City @ Saigon, Vietnam. Trip yang sangat FUN! bersama kengkawan 'lama'.. ahaha...

Layan jer la gambar apa yang ada nih...

Hari pertama....

~ Hard Rock Cafe~

~ Pejabat Pos : Bangunan Zaman Perancis ~

~Bahagian dalam bangunan pejabat pos~


~Cik Shuhda & hubby nyer~


ok.. esok sambung lagi... 

Friday, January 11, 2013

:: Alang Rebus Tak Empuk ::

Assalam..

Hey ya people!

Alang rebus Tak Empuk! pelik sangat bunyinyer tuh...

'Alang Rebus Tak Empuk' ni tajuk novel.. dan 'Alang Rebus Tak Empuk' ni watak dalam novel 'Surat Ungu untuk Nuha' karya Noor Suraya.

sumber : google

Seriously.. novel 'Alang Rebus Tak Empuk' ni sangat 10 tahun terkebelakang.. bukan novel yang outdated.. tapi aku ni yang dah terlebih umur nak baca novel-novel budak zaman universiti nih..

Yang herannya.. sambil baca tuh boleh pulak tersenyum-senyum sorang-sorang.. penyakitan ke aper nama nya tuh?  Novel nih aku tak baca habis lagi... aku baca depan beberapa bab dan aku baca belakang beberapa bab.. Itu pun dah cam sentap-sentap. Tu yang malas nak baca semua tuh.. kang sakit jantung sebab banyak sangat sentap.. DEJAVU giler bila baca novel nih.. ahahaha.. tak boleh belah..

Yang paling tak boleh belah.. sampai termimpi-mimpi.. !! Termimpi-mimpi zaman universiti.. Giler tak boleh blah!!!

Friday, January 04, 2013

:: Drama adaptasi Novel ::

Assalam...

Sekarang nih tv Malaysia di banjiri oleh drama-drama yang di adaptasi dari novel-novel popular... silih berganti...

Aku malas nak layan sangat terutama sekali drama yang di adaptasi dari novel-novel yang aku pernah baca. Sebab aku takut kecewa dengan drama tuh.. contohnya 'Bicara Hati'.. tengok separuh jer.. tak tau pun ending dia caner.. mula-mula tau novel tu akan jadi drama, sungguh la aku excited.. sekali kau.. hampeh jer..

Sekarang nih yang tengah 'hot' drama Adam & Hawa.. adaptasi dari novel 'Adam & Hawa' karya Aisya Sofea. Ramai yang gilakan drama nih..salah satu faktor ialah Aaron Aziz.. Adoi.. giler tak best Aaron Aziz.. oppss...sorry peminat Aaron Aziz.. Aku layan jugak la citer nih.. dah separuh jalan baru layan.. kadang kadang aku record jer.. bebila rasa nak tengok baru aku tengok..

Dekat Astro Prima ada juga drama adaptasi novel. 'Duri' karya Fauziah Ashaari. Aku tak pernah baca novel nih. Drama nih aku tengok tiap hari.. sebab aku rasa best.. ehe.. pelakon dia tak glemer pun.. tapi aku suka lakonan Shera Aiyob dalam drama nih..

Kat Tv3 tok sah citer la.. aku rasa hampir semua drama kat Slot Akasia sejak akhir-akhir nih semuanya Adaptasi novel.. dan semuanya novel-novel yang aku tak pernah baca dan sesetengahnya aku tak pernah tau pun.. Sekarang nih tengah tayang drama Setia Hujung Nyawa. Pelakon utama Nelydia Senrose yang cantik tuh dengan Amar Asyraf. Not bad la.. layan juga setiap petang. Eh.. aku tak layan kol 7.. aku record dulu baru aku tengok.. NI SEBAB AKU MALAS NAK LAYAN IKLAN KAT TV3 YANG SANGAT LAMA!!! Stress!!

Apa lagi eh drama adaptasi novel tengah tayang sekarang nih? tuh jer yang aku tau dan aku perasan.. hmm... layan kan ajer...

p/s : sangat berharap nove-novel Ramlee Awang Murhid dan Noor Suraya tidak didramakan atau difilemkan.. tak sanggup nak tengok karya-karya ini 'hancur'

Thursday, January 03, 2013

:: Selamat Tahun baru ::

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2012

Pasti ramai yang dah terilham dengan azam-azam tahun baru..

Aku? Entah la... tak pernah terfikirkan azam setiap kali datang tahun baru.. aku pun tak pernah ingat aku pernah ada azam ke tak...

Pernah mencuba untuk memiliki azam tahun baru..siap tulis dalam buku.. tapi kesudahannya.. hanya tinggal coretan tanpa makna di atas sekeping kertas di dalam sebuah buku yang aku tak pernah bukak lagi selepas tu.. dah lupa dah aku pernah menulis beberapa azam tahun baru.. huh.. aku tak sure samada aku pernah menaip azam kat blog nih atau pun tak... jap lagi nak try tengok..

Azam aku simple jer.. masa form 3.. berazam nak dapat straight A PMR.. sipi2 jer... pastuh tahun berikutnya berazam nak masuk skolah SBP..alhamdulillah.. dapat masuk.. tak berharap.. sebab satu A sangkut kat celah2 buku.. masa form 5 berazam nak dapat pangkat 1 SPM.. alhamdulillah.. tercapai azam.. pastu, berazam nak masuk U pulak... masuk dah U... dah abis blajar.. dah keja.. berazam nak menamatkan zaman bujang... azam yang nih memang payah sikit nak tercapai... jodoh datang lambat... tak pe.. better late than never.. ahahaha

Nih dah kawin satu jer la azam aku... NAK DAPAT BABY... selagi tak tercapai azam aku tuh..selagi tu lah aku tak tukar azam lain.. tiap-tiap hari aku berazam.. tak payah tunggu tahun baru datang... setiap tibanya hari baru aku berazam... ehehe