Tuesday, February 19, 2013

:: Anuar Zain : 3 Dekad Muzik, Cinta & Sanubari ::

Assalam...

Entry terlambat...

Sabtu lepas berpeluang pegi tengok konsert Anuar Zain kat Stadium Melawati Shah Alam. Mekasih kepada Encik Hubby sebab belanja tengok konsert Anuar Zain.

Walaupun agak kecewa dengan lokasi tempat duduk yang pada asalnya dah memang tip top masa kat Stadium Putra Bukit Jalil sebelum berpindah ke Stadium melawati... dari seat agak tengah menjadi seat hujung walaupun di barisan kedua tempat duduk platinum. Frust mak ngah tau... penat aku aim seat masa beli dulu.. ceh.. sia-sia jer..

Sebelum konsert mula aku dah rasa tak best la sangat... ada pulak pakcik depan aku yang tinggi sikit.. adoi...

Tapi..bila konsert dah mula... lupa dah pasal seat ke pakcik tinggi ker... lupe semua!! LAYAN GILER dengar Anuar Zain nyanyi... haaa... punya la power si Anuar Zain tuh sampai semua masalah dunia selesai bila dia mula bukak mulut dia.. perghhh.. nasib baik aku pegi..kalo tak.. nyesal tak sudah.. ehehe

Sebelum konsert tu mula..cuci mata la dulu tengok retis-retis popular dan perasan popular kat seat VIP..  bukan nak tengok sangat pun..sebab dah depan mata.. tengok jer la.. ehehe..

Hmmm... takder gambar nak letak... malas... ahaha..

ok la.. tetiba tak tau dah nak citer apa...

Yang penting... KONSERT ANUAR ZAIN 3 DEKAD MUZIK, CINTA & SANUBARI memang SUPERB!!!!! bukan sebab tetiba Nora Danish muncul masa Anuar Zain nyanyi lagu Ajari Aku... tapi BEST SEMATA-MATA KERANA ANUAR ZAIN... ehhe..

Ok..sekian