Friday, January 23, 2015

KIsah Fahri : Redha itu Ikhlas...




Assalamualikum..

Salam Jumaat

Walaupun baru berusia Setahun 3 bulan... 
Fahri dah menunjukkan ciri-ciri yang aku namakan "Redha itu ikhlas"

Kerana ciri-ciri "Redha itu ikhlas" tu.. 
dah dua kali kena gigit kat nursery oleh budak yang sama... haishh..

Ni salah satu contoh... masa kat playground aritu.. 



Encik suami kata mungkin Fahri ikut perangai aku.. perangai 'malas nak ambik kesah'.. hah.. boleh?

Tapi aku rasa Fahri ambik  perangai daddy dia.. sebab daddy dia lagi la "malas nak ambik kesah" atau "malas nak cari pasal" kalau tengok mummy tengah mood swing... HAHAHA

Tak kisah la ikut siapa pun, semoga ciri-ciri "Redha itu ikhlas" yang di milik Fahri akan membawa kebaikan kepada Fahri.. 


Thursday, January 22, 2015

Kisah Fahri : Indoor Playground

Assalamualaikum...

Selamat pagi... 

Ahad lepas, sempena besday daddy a.k.a encik suami, kami bawa Fahri main dekat indoor playground di Ikano sebab daddy nak makan teppanyaki kat situ. Teppanyaki kat tempat lain tak sesedap kat Ikano.. haaa... demand tak demand laki aku kannn....

Ada dua playground kat situ... satu mahal, lagi satu murah... 

Yang mahal RM60 per entry.. main sampai lebam...

Yang murah RM12 per entry.. main sampai lebam jugak... 

Jadi, kami pilih la yang murah... ehehe

Tunggu besday Fahri nanti mummy belanja main kat playground mahal eh.. AHAHAHAHA

Saje je bawak Fahri main kat playground, nak tengok macam mana dia berinteraksi dengan segala apa yang ada kat playground tu . Sebab tu pilih indoor playground.. lebih sesuai untuk Fahri yang tengah excited nak berjalan dan berlari dan tak ramai orang. Senang nak pantau. 
Walaupun satu dua je mainan yang membuatkan Fahri teruja, mummy & daddy dah cukup happy dah.. tempat pun bajet je.. ehehe.. 



Mula - mula takut nak slide... dah try 2-3 kali baru berani.. ehehe


Geram nak ikut 'abang-abang panjat.... 


Dah makin berani.... weeee... 



Aksi perasan comel... ahahaha


 Lepas penat main, baru pegi makan... 
mummy & daddy makan teppanyaki..
Fahri makan 'nasi goreng jawa' homemade by mummy... 
kenapa nasi goreng jawa? sebab ada TEMPE! kihkihkih... 


Nasi goreng Jawa... ehehe


 Dah penat berlari, dah kenyang makan...
Pasrah jer duduk dalam stroller... 
Kalau tak... jangan harap la yer... ehehehe


Friday, January 16, 2015

Buat Dian...

Assalamualaikum Dian... 

Aku just nak cakap... aku rindu... 
Aku rindu senyuman kau..
Aku rindu nak merajuk dengan kau...
Aku rindu nak manja-manja dengan kau..
Aku rindu kau Dian... 

Dah 14 taun ko tinggalkan aku...
Dah 14 taun jugak aku tak pernah lupakan kau..
Aku masih rasa tak percaya kau dah pergi...
Setiap kali ingat kau, aku sedih...
Setiap kali teringat kau, aku terbayang senyuman kau.. 

Dian..
Jika Allah s.w.t mengizinkan aku punya ada perempuan..
Aku akan namakan dia Dian.. 
Aku dah khabarkan niat aku pada encik suami.. 
Dia suka nama Dian... :) 
Semoga ada rezeki kami untuk dapat Dian... 
Dian kami... 

Dian... 
Banyak aku nak bagitau kau..
Tapi tak terluah..
Kau baik-baik ye kat sana..
Semoga kau tenang..  
Kau jangan risau..
Bila aku rindu.. 
Aku akan sedekahkan Al-Fatihah untuk kau...
Salam sayang Dian.. 
Selamat beristirehat.. 

Thursday, January 15, 2015

Selamat Datang 2015

Assalamualaikum…

Tahun baru…
azam lama…
sebab tak pernah ada azam pun..
hidup tanpa ada azam baru setiap tahun tidak bermakna hidup tanpa hala tuju.. titik..

Tahun baru..
tempat kerja baru…
bukan baru la.. nama je baru tapi lama la jugak…
kembali ke Perunding PQS… dua bulan jer kat Signature Cabinet… selepas menimbangtara, balik semula ke PQS… so, di sini lah aku… berkhidmat untuk beberapa tahun lagi.. insyaAllah…

Dah memasuki minggu ke ke-3 (minggu ke-4

pada hakikatnya) bulan January 2015.

Cepat sangat masa berlalu. Macam kilat. Tak terasa dek kesibukan harian. Sejak kembali bergelar QS yang tak jadi nak pencen awal, memang terasa cepatnya masa berlalu. Keluar sebelum matahari terbit, sampai rumah selepas matahari terbenam. Tak sempat nak tengok matahari sambil fefeeling romantik waktu senja. Bak kata Encik Suamiku… ni baru ‘life in KL’… ahaahaha… nak tergelak pun ada aku dengar… poyo jer pakcik tu..

Teringat lagu Hazama…
“Pagi petang berlumba, terkejar-kejar masa…. berkelip-kelip mata, paksa diri bekerja…”
Itulah kekdahnyerrr….

Aja! Aja!!!!!!


Ahmad Fahri Adha dah 1 Tahun  3 Bulan (15 bulan)


Note to myself : Bekerja Kerana Allah s.w.t.