Thursday, August 27, 2015

Kisah Kami : Selamat Tinggal Kota Metropolitan

Assalam...

InsyaAllah.. kurang dari 3 bulan kami akan meninggalkan kehidupan di kota metropolitan ini..

Mahu mencuba nasib di Sarawak tanah tumpah darahku...

Ajakan encik suami yang pada mulanya aku timbang sebagai main-main rupa-rupanya SERIUS!

Macam tak percaya..

"Kita balik duduk kat Kuching"

"Lepas raya awak resign"

Terkedu sekejap..

"Erk... "

Tapi tulah perancangan nya...

Aku pun dah resign lepas raya ari tuh..

Perasaan aku?

Entah... 

Gembira - sebab dapat balik Kuching.. dekat denga keluarga.. yahooooo!!!

Keliru - sejak aku membuat keputusan untuk berkahwin dengan encik suami 5 tahun lalu aku dah bersedia dan redha untuk hidup jauh.. hidup sendiri.. aku dah set dalam kepala otak aku yang aku akan membina keluarga kat sini, berumah kat sini, dan aku tak pernah sandarkan harapan untuk menetap di Kuching.. aku dah mula sebati dengan jiwa kental setiap kali nak wave goodbye kat familly aku.. aku dah bersedia untuk semua itu sejak 5 tahun yang lalu.. Di saat aku dah mula pasrah dengan susah senang hidup kat kota metropolitan nih, encik suami ajak balik Kuching.. aku jadi keliru... tak percaya... mimpi ke aku ni???       

Takut - takut satu hari nanti encik suami ajak balik sini semula... ke aku perlu bersedia untuk kemungkinan tu? Yelah.. keluarga encik suami semua kat sini kat semenanjung ni.. tambah lagi dia satu-satu nya anak lelaki.. takut jugak dengan sok-sek-sok-sek mulut orang.. takut jugak dengan label queen control.. ye la.. mesti org ingat aku yang pujuk rayu encik suami untuk pindah kuching meninggalkan keluarga dan sanak saudara dia kat Tanah Melayu nih.. ngeeee~

Hmm... apa-apa pun buat masa sekarang aku malas nak pikir !!! 

Jom packing!!! Huaaaa....