Assalamualaikum...
InsyaAllah lagi beberapa hari jer lagi nak raya...
Excited? hmm.. biasa-biasa jer..
Rasa berat plak nak melepaskan Ramadhan...
Tak puas rasanya berada di bulan Ramadhan... masa sangat cepat berlalu.. sedar-sedar dah nak hujung Ramadhan...
Tahun nih giliran beraya di kampung saya... :)
Kesian pulak kat encik suami... genap tahun yang ke 30 beraya, kena beraya di peratauan pulak...
Yang tak tahan nya.. setiap kali dengar lagu raya mula la cik abang tuh buat-buat muka sedih... alahai.. Kadang-kadang geram jugak.. terkeluar jugak ayat tak best dari mulut nih... adeh.. buat dosa di bulan Ramadhan nih...
Tahun nih, semangat raya tuh dah kurang... mungkin faktor usia.. keseronokan menyambut Syawal tu dah tak sama macam dulu-dulu...
Terkenang zaman kana-kanak dulu... hari raya sangat di tunggu-tunggu... bukan sebab nak kutip duit raya... tapi nak kira berapa banyak rumah dah pegi masa raya... duit raya tu kira bonus..kalau ada, adalah.. kalau takder, ok jer... :) minum air gas sampai demam-demam...
Bulan puasa kali nih, encik suami sangat sibuk... berbuka sorang-sorang tuh dah biasa dah... hujung minggu pun encik suami kerja.. kalau nak shopping, kena la roger-roger sepupu.. nasib baik ada sepupu kat sini.. ehehe.. nasib baik jugak parents datang sini shopping raya.. ada la jugak cuci-cuci mata...
Basically, baju-baju raya & tudung dah beli dah sebelum puasa... kali nih, alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit, shopping gift raya untuk parents, siblings, in-law , nieces, nephews... seronok gak shopping untuk orang lain nih.. paling best beli baju baby safiyyah.. comel-comel sangat baju baby girl.. rasa nak borong semua jer..
InsyaAllah, Jumaat nih balik Kuching..tak sabar nak peluk cium Safiyyah...ehe. & Rabu balik KL balik..then balik Muar pulak...:) Tahun nih tak merasa la beraya di Terengganu... family in-law balik terengganu raya pertama... InsyaAllah, taun depan..:)
Sekian, coretan sebelum raya..
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin..
Maafkan saya andai ada tersilap bahasa sepanjang menulis di blog ini... :)
Showing posts with label :: Syawal ::. Show all posts
Showing posts with label :: Syawal ::. Show all posts
Monday, August 13, 2012
:: Dendang Perantau ::
Labels:
:: MarJa ::,
:: Ramadhan ::,
:: Syawal ::
Tuesday, August 30, 2011
1 Syawal 1432H
Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Di pagi mulia ini saya, Emi Falzilah Binti Hj Jamil menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada:-
Suami tercinta, Mohd Najib B Mohd Salleh. Ampunkan segala kesalahan samada yang disengajakan atau tidak di sengajakan..Mohon ampun segala kecuaian isterimu ini dalam menjaga segala keperluan dan juga hatimu. mohon dihalalkan segala makan dan minum sepanjang hampir 11 bulan kita bersama. semoga labaran ini memberi lebih bermakna. Amin..terima kasih kerana sudi menerima isterimu ini seadanya..
Kepada kedua orang tua ku tersayang, Haji Jamil dan Hajjah Maria. adik mintak ampun dan maaf dari segala salah dan silap adik dari hari pertama adik di lahirkan di dunia sehingga hari ini..
Kepada kedua mertuaku, Hj Salleh dan Hajjah Fatimah.. Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..maafkan segala kekhilafan dan kekurangan menantu mu ini..
Kepada seluruh keluarga dan keluarga mertua, ampun dan maaf di pinta seandainya aku ada menguris hati kalian..
Kepada sahabat-sahabatku..mohon maaf zahir dan batin andai aku pernah berkasar atauernah mwnyakiti hati kalian..
Kepada sesiapa sahaja mengenali aku..salam kemaafan dihulur tanda kemaafan di atas segala salah dan silap..
Sekian dari aku..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

Subscribe to:
Posts (Atom)