Thursday, December 29, 2011

:: Dah Nak Abis Baru Nak Layan..::

Assalam..

Hmm.. ape kes nih..?

Haaa.. ni la dia kes sindrom terjangkit drama - drama Melayu...

Sekarang nih masa untuk tengok tv sangat terhad..kecuali weekends..

Dulu zaman bujang balik keje pukul 5 sampai rumah 5.30.. semua drama Slot Akasia aku taram.. sekarang nih mana sempat dah.. balik keje kol 6 . Walaupun sampai rumah before 7.. masa tu rasa terhad.. so, layan tak layan je la.. so, aku berazam tak nak layan dah slot akasia nih.. tak nak terjebak...

Tapi... terjebak jugak bila dah nak akhir-akhir nih.. mana tak jebak... status kengkawan kat FB citer pasal Dhia jer... cam Nora Elena dulu... dalam tak nak layan tuh.. terjebak la jugak... tak sempat tengok kat TV aku tengok kat tonton.com.my... :P

Aku dan Slot Akasia memeng tak boleh di pisahkan... huhu

Tuesday, December 27, 2011

:: Best Friend Till Jannah ::

Assalamualaikum...

Take 5 kejap..

Terpandang video yang di share oleh Wardina Safiyyah kat Facebook...

SERIUSSS .. sweet giler... and bergenang air mata aku... mengingatkan aku kepada seseorang... Al-Fatihah buat dia... ni macam kisah kita... cuma ending jer berbeza... semoga kita bertemu lagi di Jannah.. insyaAllah..Amin...



Kepada pembikin video ini.. kamu memang OSEM!!

Wednesday, December 21, 2011

:: Nur Kasih - InTeam ::

Assalamualikum...



Tetiba... jauh melayang fikiran aku bila dengar lagu nih kat radio jap tadi... lirik lagu nih wat aku terpikir kejap...

---> serikandi kah aku?
---> penyejuk mata kah aku?
---> penawar di hati kah aku?
---> di dunia aku kah penyeri?
---> di syurga menanti aku kah bidadari?

Dalam dok terpikir-pikir... henpon aku berbunyik... hubby call... :)

Ya Allah.. jadikanlah daku isteri yang solehah.. kurniakanlah kami zuriat yang soleh... semoga masjid kami sentiasa harum di sirami nur kasih... :)

Friday, December 09, 2011

:: Putus hubungan cinta = Putus hubungan dengan Hijab ::

Assalamualikum...

Salam hari Jumaat... yang lelaki jangan ponteng solat Jumaat ya...:)

Semalam hubby belanja tengok muvi Ombak Rindu... :)

Berbalik kepada tajuk entry... Putus hubungan cinta = Putus hubungan dengan HIJAB / JILBAB..

Ni entry luahan rasa kecewa... kecewa melihat seorang / beberapa orang wanita cantik yang telah putus hubungan dengan HIJAB... lebih kecewa bila seseorang/beberapa orang wanita itu adalah teman sendiri...

Aku senang melihat ada teman-teman yang free hair mula berhijab.. alhamdulillah... mereka mahu memperbaiki diri.. apatah lagi dengan dorongan insan tersayang...

Namun, aku sangat-sangat kesal bila melihat teman-teman yang putus hubungan dengan hijab apabila putus hubungan cinta... sedih tengok.. sepanjang menjalin hubungan cinta, foto - foto yang di upload di FB semuanya cantik berhijab... bila dah putus cinta, kembali meng'upload' foto-foto tanpa hijab... dan kembali berpakaian ketat.. hmmm... nak nangis pun ada bila tengok...

Sebagai teman/kawan/kenalan, aku sangat kecewa dengan mereka... aku juga kecewa bila seorang sahabat tidak lagi berhijab selepas berumahtangga kerana di larang oleh suami... hmmm... makin aku sedih... :(

Thursday, December 08, 2011

:: Lelaki segan tengok Ombak Rindu ::

Morning...

Pagi nih terbaca status sorang kawan kat FB..

Wife aku kate lelaki yg x nak tgk ombak rindu adalah lelaki yg ego... perghhh... kalau mcm tu aku sanggup teman die g tgk tp dgn syarat aku nak pakai topi dan topeng... takut ade orang kenal...
Hmmm... malu eh tengok Ombak Rindu? Tak macho dah eh lepas tengok Ombak Rindu?

Tak tanggal pun hidung kalu teman isteri tengok Ombak Rindu or apa-apa sahaja filem kegemaran isteri... Takkan nak layan minat suami jer kan... kesian la kat isteri.. nak jugak layan romantis tengok muvi... Isteri-isteri yang layan novel Melayu mesti tak nak melepaskan peluang tengok muvi nih... so, teman kan la... sekali-sekala nak happykan wife apa salahnya.. tak luak pun... :)

Wednesday, December 07, 2011

:: Erti hidup... ::

Assalamualikum…

29 tahun bernafas menghirup udara atas ihsan yang Maha Esa.. aku harus jadi insan yang tahu erti bersyukur…

erti hidup bukan terletak pada zahir yang indah mempesona, namun erti hidup juga harus didasari oleh rasa kasih yang tumbuh dalam hati, berkembang membuahkan sayang, terus terbaja membenih cinta. sesungguhnya hati yang kosong tanpa cinta, kasih dan sayang seumpama dunia tanpa warna cerah..

pun begitu, erti hidup juga di dasari oleh rasa duka, kecewa juga sedih.. tanpa mengenal erti duka, kecewa juga sedih, aku takkan pernah tahu bagaimana mahu menghargai erti suka, bahagia juga cinta, kasih dan sayang…

Seandainya satu hari nanti aku berada di atas, semoga aku tidak lupa jika dulu aku pernah berada di bawah, mendongak ke atas mencari punca kenapa meraka berada di atas lantas mancari tangga untuk turut mendaki bersama mereka… terjatuh dan terus bangun lagi..Dia yang Esa tidak pernah jauh..teguh berpegang pada tali doa…

:: Someone Like You - Adele

Dengar lagu nih mengingatkan aku kepada sesuatu...



"Someone Like You"


I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Tuesday, December 06, 2011

:: Setengah tahun 2011 ::

Update lagi...

Dalam tengah bizi buat taking-off, terpikir plak pasal cuti taun depan... 2012 akan menjadi taun yang agak bizi dengan event...

January...
wedding cousin aku kat Terengganu.. cik G-Na akan sedia berkhidmat lagi untuk perjalanan ke Terengganu... (berjodoh tol dengan Terengganu..:P)

February...
wedding classmate masa diploma... Mr Farouk...nih hubby punya program.. wedding kat Kedah/Penang... so, hubby dah set ngan bebudak lain nak gi wedding kat belah pompuan..tak mo pegi Terengganu (wedding belah laki)..tak tau la sejauh mana keseriusan diaorang nih..planning jer tak abis@ kat FB tuh...ehehe

March...
InsyaAllah... ada program ziarah bersama family in-law...

April....
Wedding adik aku plak... majlis kat Kuching... cuti panjang la aku...:)

May...
Majlis kawin adik aku kat Negeri Sembilan plak... ramai plak tuh rombongan cik kiah mai sini... mesti roboh kota melaka... ahaha.. tiba-tiba plak sampai kota melaka...:P

June.... until December...
Blum ada apa-apa perancangan lagi... tapi cuti aku comfirm dah abis...

Lupa... August... RAYA!!!! Tahun depan raya kat Kuching!! Yabedabedu...

Sekian..

:: Big Bad Wolf Aftermath Sale... ::

Last two weeks pegi Big bad Wolf Aftermath Sale kat South City Plaza... semua buku di jual dengan harga RM5 dan ke bawah...

Terujanya tengok lautan buku... harga murah sebab buku-buku yang ada masa BBW Aftermath Sale nih merupakan buku-buka yang dah scratch, rosak and leftover daripada BBW Sale 2011...

Tak sempat pegi BBW Sale 2011 arituh... tak tau pun ada..tau pun masa dah nak last day... so, bila dapat tau ada BBW Aftermath Sale nih.. teringin la nak gi tengok apa yang ada... Sebab pergi dengan hubby, takleh la nak focus sangat... kesian ka hubby tunggu..

Sempat la beli dalam 15 bijik novel.. walaupun mostly daripada penulis2 yang tak berapa kenal, baca sinopsis ok, ambik jer la... semuanya RM5 senaskah... hmmm.. cukup la untuk bekalan setahun... tak dapat nak bayangkan macam mana best nya BBW Sale tuh... dah like fan page BBW siap-siap supaya tak terlepas untuk tahun depan...

:: Status di FB ::

Assalamualikum...

Alhamdulillah... tender postponed lagi seminggu... lega hati aku ni ha... upper slab rebar tak siap2 lagi nih... merangkak-rangkak nak naik tingkat 20... baru satu blok... lagi satu blok aper citer? roof slab lagi tak sempat nak pandang... hmmm...dateline nak kasi kat Ms See ari jumaat nih cam tinggal harapan jer.. dah bersiap sedia dah nak OT..tapi bila Ms See cakap tender postponed lagi seminggu... fuhhhhh... lega...

Oklah... berbalik ke tajuk entry pagi nih.. Status di FB...

Sejak dua mejak nih aku dah jarang update status kat FB.. semalam ada la update.. update pun sebab dah sakit mata tgk status ada sorang minah nih.. hadoi.. aku bukan kesah sangat pun apa ko nak up kat FB tuh... FB ko suakti ko la kan... tapi bila status ko mengganggu ketenteraman mata dan jiwa aku.. aku jadi bengang la...

Aku pun tak kesah jugak dengan kengkawan FB yang rajin berniaga nih.. jual lah apa pun... update la apa pun produk korang kat FB tuh.. tapi... jangan sampai update benda yang tak sepatutnya... aku sebenarnya dah tahap tak tahan dengan minah sorang nih... dia wife kepada kawan encik hubby... baru-baru nih dia buat MLM..jual korset.. since that.. status FB dia memang membara-bara pasal business opportunity.. setiap jam dia update status dia... JUJUR... AKU TAK KESAH... AKU TAK AMBIK KESAH PUN...

Tapi lama-kelamaan... aku naik muak sebab dalam status FB dia mula 'memandang rendah' orang-orang yang tak join MLM macam dia... especially orang-orang yang berasa selesa makan gaji.. seperti aku... seriously.. ada ayat-ayat dalam status FB dia yang membuat orang seperti aku SENTAP!!

Rendah sangat ke kewibawaan kami yang makan gaji nih? Dungu sangat ke kami yang merasa lebih selesa makan gaji daripada 'kerja sendiri' macam kamu? Tidak berjaya kah orang seperti kami yang menurut kamu tidak BERANI untuk keluar dari zon selesa kami? Loser ker orang-orang yang tak mampu (atau mungkin tak nak bazir duit) beli handbag LV, Coach, kasut Jimmy Choo, etc? Tak baik riak tau, tunjuk segala macam barang branded yang kamu ada kat FB.. :)

Aku ramai jer kengkawan yang wat bisnes, join MLM..tapi takder la over sangat macam dia nih... padahal baru jer lagi..baru sebulan lebih kot.. hmmm...

Astagfirullah... kategori mengumpat ker aku nih? Ya Allah.. ampunkan aku.. aku just nak mengingatkan diri aku..jangan jadi macam dia nih.. jangan over-over... rileks-rileks sudah... :) Rezeki tu kan dari Allah.. berusahalah sekuat kita..tak perlu cangang serata alam.. Allah sesungguhnya tau kita berusaha... :)

Nota kaki : aku dah jadi ahli ELKEN.. lactose dia memang terbaik... nanti nak join Tupperware plak.. nak jadi cam mak aku...kumpul tupperware banyak2..last2 aku yang rembat... ngeeee... jadi ahli sebab suka produk..boleh beli harga murah...:)

Wednesday, November 30, 2011

:: Nak Di Luahkan... ::

Assalam & morning...

Sehari dua banyak benda yang nak difikirkan... berlegar-legar di kepala... berlegar-legar di dalam hati... tapi susah tol nak meluahkan.. lebih-lebih lagi bila melibatkan encik hubby... hmmm... ada something yang nak discuss dengan di tapi tak tau macam mana nak mula... tak tau pendekatan apa yang paling sesuai... discuss santai-santai atau discuss secara serius... tapi ni perkara yang agak serius... hmmpp... buntu...

Dan satu lagi.. benda nih agak sensitive... aku takut aku terbawa emosi... susah jadi ratu air mata nih... hmmmpp... buntu lagi...

Thursday, November 17, 2011

:: Siboh Kitak Nangis - Zee Avi ::



Translation( from youtube comment)

Oh dear, don't you cry, People's mouths(words) can be mean. Oh dear, don't take it to heart they will go away, before too long. I don't care, whether it's storm, or thunder, or lightning, I'll be by your side, if ever you need me. Oh dear, please stop crying, I hate seeing you broken-hearted. Oh no matter dear, the world is really fair, as long as we don't forget who we are. I don't care, whether it's storm, or thunder, or lightning, I'll be by your side, if ever you need me If ever you need me.

:: Komplen gemuk tapi.... ::

Assalamualikum...

Dah tepu kepala otak buat taking-off... berkocak-kocak dah otak pikir caner arkitek menggambarkan kedudukan tangga dalam drawing nih... berpusing-pusing plak tangga nih aku tengok...err..

Berbalik kepada tajuk entry.... hmmm... komplen gemuk? saper ek? Saya la... sape lagi...;)

Selalu cakap badan dah naik...dah gemuk..dah berisi...dah berat...

tapi... makan tak hengat punyer...

pagi nasi lemak, tengahari makan biskut jer..konon nak diet...tapi bila malam.. sibuk soh hubby tapau macam-macam... dua hari lepas sibuk nak makan spagetti carbonara meat ball hasil air tangan Uncle William..sedapnya hingga menjilat jari...nyum! nyum! dua malam berturut-turut makan carbonara meatball... sebab portion Uncle William nih sangat banyak, aku bahagi dua... boleh makan dua kali...nak habiskan memang tak larat.. tapi kalo makan kat kedai larat jer habiskan... misi diet kan.. kena la makan separuh-separuh...

Semalam diet kalah lagi... hubby dinner kat The Ship... and tapaukan chicken chop... ya Allah... sedap giler... ahaha... makan chicken chop tengah malam... lepas makan..tido.. huh..elok sangat la tu kan... tak senonoh punya pompuan.. :P

hari nih nak diet... makan pau coklat seketul for breakfast... plan nak makan nasik lauk ikan for lunch and dinner tak nak makan nasik... nak makak kek batik jer... oh yer.. pagi tadi sempat buat kek batik... tak tau la apa rasa... balik nih baru nak try... arap2 sedap la yer...:P

Tuesday, November 15, 2011

:: SPM..SPM ::

Haih... bebudak form 5 tengah exam SPM skrang nih... nebes nyer...adoi... ahaha...

Kat FB, adik2 junior ku sibuk mengimbau kenangan masa diaorang SPM dulu-dulu... ehehe... akak nih dah tua sangat dah nak mengimbau kenangan... aku SPM taun 1999... 12 tahun yang lalu... mak aih... lebih sedekad...

result SPM aku sangat lah biasa2 sahaja.. untuk student SBP, result aku tuh cam sampah giler... ahaha... tapi syukur la.. pangkat satu lagi.. belas2 lagi aggregat...

nape ntah..dulu aku malas sangat study...yang aku reti dulu...TIDO!! Tido dalam kelas..Tido masa prep malam...tido masa prep petang... Tido lagi masa time riadah.... bila ntah masa aku study dulu... yang aneh nya..result aku not bad la... hmm..kalo aku rajin studi dulu mesti result aku gempak... ehehe...

masa SPM, aku ada personal tutor... yang pastinya personal tutor aku tuh one of best student kat sekolah aku... ehe.. tiap-tiap hari aku 'dipaksa' study... persoanl tutor aku akan buat pantauan dari jauh... (biasa la, time SPM tak boleh jumpa... :P) tapi aku nih memang kaki tido... aku ingat lagi ada satu hari tuh... esoknya nak paper Add Math.. malam sebelumnya lepas selak-selak buku ala kadar (belakon study depan spy personal tutor), balik asrama, aku terus pengsan alias tido mati... Roomates aku semua berusaha keras kejutkan aku bangun study tapi usaha diaorang gagal! Pagi nya aku dapat bebelan free daripada diaorang... nak tau result Add Math aku?? ahahaha... ~A~ ok!!.. 'berkat' tak study... :p

Best kan jadi aku..tak study pun dapat A... ehehe... aku dapat A sebab aku memang cepat paham Math.. kalo subjek lain aku tak study memang confirm la dapat E....macam Biology ngan Sejarah... ehehe... tiap kali test markah tak pernah lebih daripada 40... sadis giler... Subjek Sejarah gua paling lagend.. cikgu soh dok depan time subjek sejarah sebab nak kasi gua fokus & tak fail sejarah...memalukan jer..nasib baik bapak aku tak tau... ngeee...

Rindu la time sekolah... rindu kat kengkawan... suasana sekolah... zaman anak remaja...

Tuesday, November 08, 2011

:: Tahun Sakit ::

Dah seminggu nih dok sakit pinggang... paling tak tahan bila duduk lelama dalam kater..nasib baik kampung hubby kat Muar jer..2-3 jam dari KL... kalo Kelantan ke Terengganu ke Kedah ke... surrender aku balik naik kater...

Dah lama tak sakit pinggang nih... tah la.. banyak tol penyakit datang bertandang kat badan aku semenjak dua menjak nih... allergy tak yah citer la..pantang salah makan sikit, mula la tergaru sana tergaru sini... bulan lepas paling teruk... Dah jupe Head of Dermatology sepital Prince Court pon still gitu jugak.. malas la aku nak jupe lagi..wat abis duet jer..baik aku g shopping...ahahaha...(marah laki aku..oppss)...

Manusia nih memang sifat dia tak pernah nak bersyukur kan? huhu

Dulu nak sangat badan berisi... dulu aku berlagak..makan banyak pun tak gemuk-gemuk.. sekarang nih Allah dah tarik nikmat tuh.. Tahun 2011...badan aku naik mendadak.. memang aku berselera sangat makan sekarang nih..aku cuba control but still badan aku naik...

Bila badan dah naik... penyakit mula datang... aku jadi cepat penat.. dulu santai-santai jer wat site valuation naik sampai tingkat 20..naik tangga tau.. sekarang nih..naik tingkat dua pun aku dah termengah-mengah...

Pertambahan berat yang drastik..10kg dalam beberapa bulan.. tumit aku tak mampu nak tampung berat badan aku... jadik nyer.. kalo berdiri lama or berjalan lama/jauh.. sakit tumit yang amat... even kalo duduk jer pun tumit boleh sakit... Hobi meronda/mentawaf/jalan-jalan cari pasal terpaksa di kurangkan...sebab tak tahan sakit tumit...huhu.. tak suka tau.. aku suka jalan-jalan.. uwaaa...

Sepanjang 2011 hingga november nih... aku dah pergi semua klinik yang ada kat Sri Damansara termasuk klinik gigi...:)

Mungkin aku perlu exercise..... pergi gym mungkin... hmmm....

Thursday, November 03, 2011

:: Jar of Heart - Christina Perri ::

I know I can't take one more step towards you

Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love
I loved the most

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul

So don't come back for me
Who do you think you are?

Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?

Who do you think you are?

Who do you think you are?

sajer jer letak vid nih...suke tgk maddi jane...cute... ehehe

Thursday, October 27, 2011

:: Oh! Perasan muda.. ::

Assalamualaikum...

Dah makin tua rupanya aku nih yer... hari berganti hari bulan berganti bulan tahun berganti tahun... tak terasa usia tu bertambah dari tahun ke tahun tapi aku masih rasa muda...hati muda.. aiseh..perasan sungguh... hmm.. bila tengok dekat group sekolah kat FB, baru la terasa tua...tengok junior-junior yang masa aku dah kuar skolah diaorang baru masuk Form 1, dah masuk universiti, dah keje, dah kawin.. baru tersentap.. TUA nyer aku nih... next year dah nak masuk 3 series..ehe.. tapi aku still rasa aku nih cam muda belia lagi... ahahahaha... tak boleh blah...

Mungkin di sebabkan beberapa faktor kot.. antaranya...

(1) lambat abis belajar... aku buat diploma dulu then keje beberapa taun baru sambung degree..so, lambat la abis belajar.. jadinya sekelas dengan junior-junior yang masa diaorang masuk tahun 1 aku jadi fasilitator time diaorang orientasi jabatan..ehehe..kantoi la aku kakak senior...:P

(2) kawin lambat... banyak sangat dugaan mencari jodoh nih... target nak kawen umo 26 taun.. sekali terlajak sampai 28 da... bila idup membujang sentiasa la terasa muda.. melepak pun dengan sepupu-sepupu yang muda-muda belia.. nak lepak dengan kengkawan, kengkawan semua dah kawen.... tu la pasal hati sentiasa terasa muda. pada hal tak sedar dah tua...ehe..

(3) walaupun dah kawen tapi blum ada baby.. haa.. ni lagi satu sebab nyer... bukan aku tak nak baby..tapi belum ada rezeki..sob..sob..sedey.. selalu jalan berdua jer dengan husband...mesti org ingat pengantin baru.. tak pun tengah bercinta...ahaha..perasan siot.. benci tul..:P

(4) orang yang baru kenal aku selalu cakap aku umur range 25.. tak lebih la... awet muda la katakan... berkat makan jamu nenek kebayan...oppss..tipu jer..ehe..

Walaupun perasan muda aku nih.. ada jugak la orang yang cakap aku nih..ehem..aku dan kawan-kawan aku nih macam orang tua... aku tak marah pun sebab memang aku tau aku dah tua pun.. apa ada hal? dengan umo aku yang dah nak masuk 3 series nih memang wajar la aku berpewatakan or berkelakuan yang sewajarnya... aish... takkan la masih nak terkinja-kinja tak tentu pasal macam masa zaman muda-muda dulu.. nak karok sampai terkeluar anak tekak.. udah-udah ler tu yer.. ingat la..usia makin meningakat..walaupun angka usia BERTAMBAH... jangka hayat kita semakin BERKURANG... ingat tu... beringat sebelum terlambat ye.. sekian.. wassalam...:)

Monday, October 17, 2011

:: 9 Siti Yang Hebat ::

Aku ambik nih daripada status FB iluvislam.com... sharing yer...;)

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
...
2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'.

p/s : jadikan 9 Siti ini sebagai idola kita.. ;)

:: Jalan - Jalan Di Jakarta & Bandung ::

Assalamualikum...

Hmm... ari nih nak story sikit citer gi cuti-cuti kat Jakarta & Bandung.. Sepanjang 4 hari kat sana, aku sangat tertarik dengan adap sopan warga Indonesia... seriously.. benda nih aku dah perasan masa first time pergi jakarta 2 taun lepas.. aku sangat suka dengan layanan sopan diaorang nih..

contohnya di restoran, pelayannya sangat-sangat tertib & bersopan.. sangat menghormati pelanggan... bila kita masuk restoran tak kira restoran kecik atau besar, kita di sambut dengan sangat ramah dan sepanjang berada kat restoran tuh kita akan di layan dengan sebaik mungkin.. dari saat mengambil pesanan hingga makanan di pesan siap di hidang.. satu yang aku perasan, setiap kali dah siap hidang makanan, pelayan akan tanya sama ada menu yang di pesan semua dah di hidang atau belum.. dan pelayan tuh akan cakap "selamat menjamu selara ya pak, ibuk"...

Kalo henpon battery kong, kasi jer kat pelayan restoran tuh, nanti dia tolong charge kan.. ehehe..

Lagi satu, orang Indonesia sangat suka mengucapkan terima kasih dan tidak lokek dengan senyuman...:)

Selain itu, aku suka dengan cara wanita-wanita Indonesia mengenakan hijab.. sangat stylo tapi tidak serabut dengan riben2 dan segala macam aksesori di kepala... simple, nice , stylo...

Wednesday, October 12, 2011

:: Kalo selalu tengok ambar baby boleh sangkut tak? ::

Erk.. tetiba terpikir...

Orang tua-tua banyak petua.. bagi orang yang lambat dapat baby macam aku (boleh la di kira lambat walaupun ada lagi yang lebih lambat) huhu.. kalo nak 'lekat' kena rajin mengendeng orang prengnant.. for example kat ofis ada member preggy, rajin2 la ikut dia.. ikut dia gi makan, gi solat, gi memana jer la..except balik rumah & pegi toilet la..logik sikit yer...:P InsyaAllah.. menjadik... tapi opis aku takder orang preggy..sumer dah beranak..tak sempat nak mengendeng...

Pastuh lagi satu, usap-usap perut org preggy then letak kat perut sendiri.. ehehe.. aku dah try..tapi dah terlambat la..sebab Shud dah nak bersalin lagi seminggu dua..jumpa pun jarang..

Lagi petua orang tua.. tungku orang lepas bersalin letak bawah katil.. hmm.. Aku dah chop tungku Shud..ehehe..

Ni petua orang tua la.. sekadar mencuba.. kalau menjadi tu sebab kuasa Allah.. bukan sebab tungku or apa-apa saja...;)

hmmm... setiap ari bila online FB mesti ada tengok gambar babies..anak2 kawan2.. comelnyer... selalu gak terpikir..kalo ari-ari aku tengok gambar babies nih agak-agak boleh melekat tak badi pregnant? ehehe...

ok! Repekkan selepas balik honeymoon... dan kekecewaan selepas kejatuhan dinding-dinding uterus semasa honeymoon...huhu...

Sunday, October 09, 2011

Setahun sudah

Assalam...

Salam dari kota cinta..

Kota Jakarta... Ehehe

Hari ni 9 oktober 2011.. Genap setahun emi falzilah menjadi isteri mohd najib.. Alhamdulillah.. Semoga ikatan suci ini akan terus kekal hingga ke syurga.. amin ya Allah..

Hari ni hari ke tiga di Jakarta.. Esok insyaAllah akan ke Bandung...

Tata dulu..

Monday, October 03, 2011

:: Bila Berubah Bukan Kerana Allah s.w.t ::

Assalamualikum....

Tergerak hati untuk menluahkan apa yang terbuku di hati bila melihat sesuatu yang tidak berapa nak berkenan di mata...

Setiap manusia wajar mempunyai keinginan untuk berubah ke arah kebaikan.. tidak ada manusia di dunia nih yang berazam untuk menjadi jahat atau berubah dari sesuatu yang elok kepada sesuatu yang jelik..meliankan dengan kehendak Allah s.w.t. Hati kita milik Allah s.w.t. dan hanya Dia yang berhak ke atas hati kita. Allah juga mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk berfikir mana yang patut mana yang tidak.

Aku sarankan, berubahlah ke arah kebaikan kerana Allah s.w.t dan bukan kerana MANUSIA..

Tak perlu pergi jauh untuk mencari contoh, di sekeliling aku sendiri ada beberapa teman jauh dan dekat yang sedang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.. terutamanya wanita-wanita yang sedang berusaha untuk menjadi solehah.. dari yang selesa menggayakan rambut tiba-tiba terdetik hati untuk menyimpan mahkota kepada yang berhak sahaja... hati melihat dengan lapang dada dan penuh kesyukuran kerana makin ramai wanita yang menutup aurat..

Namun, apa yang menyedihkan.. perubahan itu ternyata hanya sementara..ada kalanya bersifat 'ujikaji' dan juga mengikut arahan seseorang... kecewa bila melihat seorang wanita yang sudah cantik menutup aurat, membuka kembali auratnya bila 'seseorang' itu tidak lagi wujud dalam hidupnya... aurat di buka kembali bila 'ujikaji' itu gagal.. tiada kesesuaian dan sebagainya.. Sedihkan? Inilah yang terjadi bila berubah bukan kerana Allah s.w.t.

Aku bukan bagus sangat nak menegur, tapi aku rasa kecewa bila melihat perkara macam nih terjadi..terutama dalam bab bertudung nih..sekejap pakai sekejap buka.. kalo pakai, pakai la terus..tak payah bukak-bukak lagi dah..pakailah dengan sempurna..biar tutup semuanya...jangan tiba-tiba jambul tersembul pulak...

Maaf kalau ada yang terasa.. hanya luahan hati aku yang kecewa...

Sunday, September 25, 2011

~Oh! Ketika Cinta Bertasbih~


Assalamualaikum....

Tengah layan Ketika Cinta Bertasbih...di CH142...layan weekend sebab weekdays dah tak sempat nak layan... aiseh..lambat giler aku nih... orang lain dah khatam kot KCB nih..aku baru nak jatuh cinta... nih semua gara-gara Astro Indo Pack.. mula-mula tengok masa Indo Pack bersiaran percuma... sekali 'ter'subscribe plak Indo Pack... Demi nak tengok KCB... Kalo harap kan citer lain kat Indo Pack memang hampeh giler... Dok ulang jer movie yang sama... sabo jer la...

Ingatkan aku jer yang layan KCB nih...time raya arituh siap bawak smartcard balik raya kat Kuching.. bajet2 orang rumah tak layan KCB... ternyata wa silap.. lupa lak my mom kaki sinetron..semua layan KCB including my Dad..my niece jugak..si Aqilah... wat penat jer bawak smarcard Astro..ehehehe...Encik asben pon layan gak KCB nih..kekadang dia plak yang terlebih emo..eheheehe

Bila tengok KCB.. rasa best jer.. KCB nih tak mengarut macam sinetron lain... sangat Islamik.. Tiada kisah cinta yang merepek-repek... banyak memaparkan kisah-kisah yang boleh menjadi teladan dan penuh makna....kadang-kadang menusuk ke dalam hati...hmm... susah nak explain... kalo nak tau tengok sendiri yer... layannnn...

Karya Habiburrahman El Shirazy memang selalu Tip Top... macam Novel Ayat-ayat Cinta walaupun movie AAC tidak sehebat novelnya....

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432H

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Di pagi mulia ini saya, Emi Falzilah Binti Hj Jamil menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada:-

Suami tercinta, Mohd Najib B Mohd Salleh. Ampunkan segala kesalahan samada yang disengajakan atau tidak di sengajakan..Mohon ampun segala kecuaian isterimu ini dalam menjaga segala keperluan dan juga hatimu. mohon dihalalkan segala makan dan minum sepanjang hampir 11 bulan kita bersama. semoga labaran ini memberi lebih bermakna. Amin..terima kasih kerana sudi menerima isterimu ini seadanya..

Kepada kedua orang tua ku tersayang, Haji Jamil dan Hajjah Maria. adik mintak ampun dan maaf dari segala salah dan silap adik dari hari pertama adik di lahirkan di dunia sehingga hari ini..

Kepada kedua mertuaku, Hj Salleh dan Hajjah Fatimah.. Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..maafkan segala kekhilafan dan kekurangan menantu mu ini..

Kepada seluruh keluarga dan keluarga mertua, ampun dan maaf di pinta seandainya aku ada menguris hati kalian..

Kepada sahabat-sahabatku..mohon maaf zahir dan batin andai aku pernah berkasar atauernah mwnyakiti hati kalian..

Kepada sesiapa sahaja mengenali aku..salam kemaafan dihulur tanda kemaafan di atas segala salah dan silap..

Sekian dari aku..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

Tuesday, August 23, 2011

:: 23 Ramadhan ::

Assalamualaikum....

Salam sahur & subuh.... terlambat bangun sahur.. 5.41 pagi... hanya sempat menelan sesudu madu, sebiji kurma, dua biji VCO dan 2 gelas air... Alhamdulillah.. semoga cukup untuk sesi 'jalan-jalan' ke Janda Baik pagi nih..

Yeay!! Lagi 10 hari nak balik Kuching.... !!

Tahun nih adalah Ramadhan ku yang terasa paling singkat dan sangat sibuk...

Tiap hari hanya memikirkan kerja... Tender..Tender..Tender... sakit otak aku... dengar lagu raya macam takder perasaan...

Pagi nih kena pergi wat site valuation kat Janda Baik... hmmm... tak tau caner nak gi site dengan kaki sakit nih... buku lali bengkak lagi..gara-gara kaki termasuk dalam lobang.. Ari Ahad ari tuh berbuka dengan kengkawan sekolah asben... cam biasa, asben kalo dah jupe kengkawan, aku memang kena tinggal nyer...dok terkedek-kedek kejar asben, terpijak lobang plak..terus terseliuh.. sakit nyer tak yah cakap la... kena plak dekat kaki yang champion terseliuh... huhu

Takder mood nyer nak raya... hmmm...

Layan jer la lagu raya nih... oh! sadissssss....



Wednesday, August 17, 2011

:: 17 Ramdhan - Bila Jauh... ::

Assalamualaikum...

Pantas..pantas..sangat pantas... 17 Ramadhan??? ada lagi 13 hari lagi..InsyaAllah...

Tak tau nak citer aper ari nih... tak tau apa ada dalam kepala hotak aku nih... yang ada hanya perasaan RINDU... rindu pada mereka, meraka dan mereka yang jauh... Aiseh..waser nak nages plak... huhuhu... Lagi - lagi la di bulan Ramdhan nih... bulan di mana saatnya berkumpul dengan mereka, mereka dan mereka... FAMILY AKU! family MARJA... Mak, Bapak, Adeng, Naim, Kak Nah, Aqilah, Iqbal, Fawwaz.... Rindu gak kat kazem-mazen ku....

Bestnya kalo dapat buka puasa kumpul ramai-ramai ngan family... :(

Sedey..sedey..sedey...


Wednesday, August 10, 2011

:: 10 Ramadhan ::

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 10 Ramadhan... cepat sangat... Tapi Alhamdulillah... Memang Ramadhan penuh barakah... sepanjang Ramadhan, hati rasa sangat tenang... hati jadi selalu mengingati Allah s.w.t. Hati juga semakin sering mengingati mati...jadi insaf.. Hati juga sesalu ingin melakukan kebaikan.. memperkukuhkan yang asas dalam ibadah... menjaga aurat sesempurna mungkin... menjaga tingkah dan tutur kata agar tidak tersasar...Hmmm... indahnya Ramadhan...

Cuti raya tak apply lagi.. taun nih kena amik cuti raya yang panjang... 2 minggu... Sebelum bercuti, kena kerja keras dulu... in 2 weeks time, ada tender nak kuar.. beberapa hari sebelum cuti raya... adeh...kena bertungkus lumus siapkan tender dulu.. baru bleh cuti dengan aman... nasib baik projek kecik jer... tapi BQ pun lintang pukang lagi.. kena bawak keja balik rumah ler jawabnya... huhu. .insyaAllah akan siap pada masa yang di kehendaki.. cuma kena planning betul-betul..Aja! Aja!

Sabtu nih ada arisan...ehehe... berbuka puasa dengan BFF ku..ehe.. wat kat umah Cik Lia.. InsyaAllah nak buat Laksa Sarawak dengan pear asamboi..request cik Lia.. Cik Shud nak makan Mi Kolok..tapi maap..maap...maap.. saya tak reti buat Mi Kolok..ehe.. kalo sempat nanti singgah Dapur Sarawak yer... :P

Ok la... Selamat berpuasa semua.. :)

Friday, August 05, 2011

:: Seorang wanita akhir zaman... ::

Ya Allah,

Aku ditakdirkan lahir sebagai wanita akhir zaman

Saban hari mencuba

Menjadi wanita solehah

Namun aku sering kufur dengan nikmat-Mu

Meski dalam gelap aku masih tercari-cari arahku


Ya Allah,

Dalam kesenangan duniawi

Aku sering terlupa pada keperitan Zinnirah

Mempertahankan cinta-Mu yang satu

Sedangkan aku begitu tega

Membiarkan cinta pada-Mu layu


Ya Allah,

Dalam kesamaran dangkalnya iman

Aku tidak pernah mengambil peduli

Tentang bagaimana sejarah Asiah

Yang telah membuktikan iman bukan penjara jiwa


Ya Allah,

Dalam takdir-Mu

Aku mencuba lagi untuk menjadi

Teman pendamping persis Siti Khadijah

Namun aku hanya seorang wanita akhir zaman

Yang ada kalanya terlupa


Ya Allah,

Teguhkanlah rasa cintaku pada-Mu

Jadikanlah aku hamba-Mu yang tidak pernah melupakan-Mu

Sentiasa berpegang pada sunnah Rasul-Mu

Menjadi anak yang berbakti kepada ayah dan ibu

Dan juga seorang isteri yang taat kepada suami

Semoga wanita akhir zaman ini sentiasa dekat dengan-Mu

Amin.....


5 Ramadhan, 1432H

Tuesday, August 02, 2011

:: Hari Kedua Ramadhan...::

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua...

Alhamdulillah... dah masuk hari ke-2 bulan Ramadhan... Semalam berjaya menamatkan sehari..semoga hari ini pun sampai ke penghujung hari..InsyaAllah... :)

Dah dua hari dah bangun sahur... hari pertama bukan bangun sebab sahur, tapi sebab sakit perut.. bila dah melayan sakit perut, terlepas masa sahur. Pagi nih plak, bangun sahur tapi makan cereal jek. Dah bertahun - tahun sahur bapak yang kejutkan bangun sahur..mak yang masak sahur.. Tahun nih kena bangun sendiri..apa nak makan pun kena pikir sendiri..asben tak bangun sahur.. dia sahur sebelum tido..kol 1-2 pagi..time tuh aku dah berdengkur... adoi.. liat jugak la nak bangun.. tapi mengenangkan perut..kena la Aja! Aja! Fighting!

Semalam berbuka ngan nasi biryani ngan kueh mueh then air jagung... berazam jugak nak masak sendiri tapi kekangan waktu tidak mengizinkan... hmm...

Walaupun di bulan Ramadhan, rutin harian harus di teruskan. Banyakkan bersabar. Jaga tingkah, jaga pertuturan. Jangan melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan pahala puasa. Peringatan untuk diri sendiri. Semoga datang rezeki yang di nanti di bulan mulia ini. Amin.

Friday, July 29, 2011

:: Ajaibnya Tangan Ibu ::

Mak... Puan Hajjah Maria

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Dua ibu paling hebat di hati aku... Mak & Ninek

Thursday, July 28, 2011

:: Kak emmie inggarrrr gilak...::

Assalamualikum...

Ari tok , aku nak jadi Kak Lehot lok sekejap... bukannya apa... dah lamak sik nengar kak lehot ngereco... al maklom lah diam di melaya..sekda redio Cats.fm..tedah...

Ari tok aku nak kelakar pasal jenis-jenis orang nok di inggar aku... sesapa terasa iboh kecik ati..ku sik kakar pasal tak orang...tok pandangan aku jak... dari pengalaman...

Aok lah..nok first sekali... jenis orang nok suka nganok orang belakang-belakang... depan kita bukan main bait nya kakar..tapi mun di belakang kita nang sik cukup ayek liur k nya nganok kita... contohnya ... si Leha (nama bulak) tengah kakar telepon ngan si Tipah (nama bulak juak), kak ya si eton (nama buka gik) ada dudok sebelah si Tipah, nengong jak Eton tok tek Tipah kakar di telepon ngan Leha... si Tipah tek nang suk jak rupa kakar ngan Leha... tapi , lekak meletak telepon dah abis kakar, alu si Tipah enceber muka nya..molah muka jaik... Aih... terbebek Eton nangga..maka baruk sesaat tek tetak-tetak kakar ngan Leha... paduhal tek eksen ajak.... Aih... Mun aku di tempat Eton alu sik cayak gik la aku ngan orang kedak ya... bila kakar ngan kita tek bagus manis jak rupanya..paduhal di belakang tek kita di kobeknya.... Sabar jak aku...

Jenis orang keduak... jenis orang suka berguro kasar tapi bila di guro nya tek pulang manas...aihh..pelik juak kedak ya... ko tek sik hal mun berguro kasar? mun dah sik dapat di embak berguro, iboh la kita gago nak ber guro ngan orang... ya jak caranya... paham? malas ku nak cerita panjang..paham-paham dikpun jak takorang sia..

Next, jenis orang nok suka 'mencarut' kata orang melaya..paham takorang apa mencarut? mun sik paham bukak kamus dewan.. Spesis orang kedak tok nang aku sik paham... nang bagey sekda gik word nok bagus kei sebut... dah jadi bahasa harian... aku sik mok naip words nok sik bagus ya..kenak tunok blog ku kelak... paham-paham tak orang empun sia... dari kecik, mekorang dik-beradik nang diharamkan nyebut words nok sik patutu di sebut... even word bodo pun sik boleh di sebut.. apa gik nok lain-lain ya... mun di dengar nyebut bodo, mulut kenak cabik mak pasya bapak sik merik duit belanja sekolah.. hmm... nok suka mencarut ya, coba insap gik takorang sia... nok suka ber'shit'2 berF-F di status FB pun aku inggarr juak... sik alah2... kenak berak bok tauk.. ditujukan untuk hosmet ku juak...mun paham sila take note.. :P

Last sekali, orang muka menjuz... tok ku malas gilak.. muka sik pandey senyum... aku tok jenis muka sekda perassan juak (bak kata adik aku), tapi sik la alu nak menjuz jak duakplohpatjam... kakar ngan orang pun sumak endak jak.. orang kakar bagus-bagus, nya nyaut nang kedak apa jak... aih.. ciri-ciri kedak arkitek projek aku...oppss..sori..:P

Ok la.. panjang juak ku ngerecho ritok.. mun ada org maca, makseh oi.... ehehe

Tuesday, July 26, 2011

:: Ramadhan kali ini.... ::

Assalamualikum...

Busy nyer semenjak dua menjak nih...Keje pun tetiba makin banyak plak kat opis nih.. sejak take over projek banglo kat Janda Baik, life daku kat opis nih jadi hura hara sket.. sib baik ada senior yang tak membiarkan aku tekapai-kapai di lautan gelora.. adeh..

Petang-petang nih otak dah krem... buat measurement untuk rebar... nak stop jap ar..

Nak citer pasal Ramadhan... tak lama lagi.. lagi 5 hari kita dah nak menyambut bulan Ramadhan... cepatnya masa berlalu...

selepas 29 tahun, bersamaan dengan 29 kali puasa sebelum nih.. taun nih aku takkan merasa berpuasa di Kuching... tak merasa bersahur & berbuka dengan family aku... huk..huk..huk.. sedey nyer... uwaaaaa... (kepada adik-adik ku yang membaca... sila diam2..jangan bagitau mak & bapak)... ahahaha...

Tak tau macam mana life aku di bulan Ramadhan..satu jer harapan aku, semoga setiap hari sempat sampai ke rumah untuk berbuka puasa... aku tak pernah ada lagi pengalaman berbuka puasa di dalam kereta...

Hmmm... mesti rindu ngan suasana kecoh bila time nak g tarawikh..wpun aku awal-awal jer bersemangat.. ooppsss... :P Bila bulan puasa, nama Ustaz Hashim Man menjadi sangat famous kat rumah kitorang... Tiap ari bapak aku mesti ada sebut nama Ustaz Hashim Man nih... Ustaz nih Imam kat masjid dekat umah aku... so, menjadi faveret bapak aku... tiap-tiap malam kalau boleh dia nak solat tarawikh berimamkan Ustaz feveret dia... walaupun bukan faveret adik aku si Naim.. Haa.. sebut pasal Naim, taun nih dia kena puasa kat asrama... muahahaha...

Bila bulan puasa aku teringat satu tragedi bunga api... siyes tak leh lupa... sebab aku yang ajak main bunga api, kaki anak buah aku si Aqilah melecur..adeh.. rasa berdosa siot... padahal bunga api yang kecik warna-warni tuh jer..bukan main meriam buluh ke mercun roket ker... adeh la.. bagaimana kejadiannya tuh susah sikit nak explain.. huhu..anggap jer la aku berdosa... sib baik tak berparut... huhuhu...sadis!

Kalo dulu, time berbuka or 'sungkay', memang happening... lagi-lagi la kalo weekend & sungkay kat kampung mak.. ngan sepupu sepapat... meriah tak hengat!! Rindunya suasana hari raya di desa..hmm.. salah..suasana berbuka puasa di desa...

ok la... tak nak citer banyak..kang tak pasal-pasal aku nekad balik bulan puasa nih..hish... haru..!

last but not least... untuk tatapan aku... 3 budak notty...


Tuesday, July 19, 2011

:: Hana Tajima ke tu? ::

Elop!

Semalam pas abis tengok citer JUVANA, kuar dinner ngan asben... mula-mula asben cakap nak gi makan nasik goreng ketam... but then dia jenguk Uptown Hawker Centre nak tengok samada kedai feberet dia bukak ke tak... BUKA!! So, tak jadi makan nasi goreng ketam...

~pic cilok SINI~

Tengah makan, datang sorang awek bersama tiga orang jejaka... duduk kat meja depan kitorang... OhEmGeeee... It's HANA TAJIMA... or someone who really looks like HANA TAJIMA!! Dengan fesyen tudung dia yang sama cam kat dalam pic kat atas... ehe...

Rasa nak pengsan... tapi tak jadi sebab tak sure tu Hana Tajima ke pelanduk dua serupa... ahaha... rasa nak gi tanya direct jer... tapi segan... bukan segan ngan Hana Tajima, tapi segan ngan encik asben.. kang dia kate apa plak kan... heeee....

Pagi tadi bukak FB like Hana Tajima dulu.. ehehe... pastuh tengok ada someone post kat wall Hana Tajima cakap jupe Hana Tajima kat R&R Seremban... SAH! yang daku jupe semalam adalah Hana Tajima...dush...rugi tak mintak signnnnn.....ahaha...:P

Thursday, July 14, 2011

:: Mari Sokong Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ::

Assalamualaikum..

Pagi nih CE bukan nak menyapu si air mata...

CE just nak share 'Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata' , sebuah program amal yang dijalankan oleh Tam Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata...

Program ini bertujuan mengumpul Baju Melayu BARU dan Baju Kurung BARU uttuk anak-anak yatim dan golongan kurang mamp bersempena dengan kehadiran Aidilfitri.. Tahun nih merupakan tahun kedua program ni dijalankan... tahun lepas (2010), sebanyak 3,000 helai Baju Melayu/Baju Kurung berjaya di kumpul dan di agihkan. (sumber SINI)

Untuk maklumat lanjut, boleh la melayari laman web nih...


Sebar-sebarkan dan selamat beramal...:)

Monday, July 11, 2011

:: Kerana tergoda aku derhaka..::


Durian.. durian... kerana mu durian....

Sekian lama tengok durian berbaris kat tepi jalan tapi tak kesampaian nak beli...telan air liur jer la tengok durian nan melambai - lambai kat tepi jalan tuh... huhu... nak beli takut asben marah... dia tak kasi CE makan durian... sadis owkey!

Durian adalah pujaan hatiku..walaupun pening ngan bau durian especially kalo durian jual kat supermarket... sangat annoying bau durian tuh... tapi kes makan durian CE memang tak tolak ke tepi... sebab tuh la daku menderhaka sekejap.. ampun yer encik suami ku..lerp u! ehe..


Weekend lepas balik Muar... durian sudah menunggu di depan pintu..aiseh.. tergoda.. my MIL asyik offer jer makan durian... dari malam sampai ke siang... malam ke pagi daku sabar lagi... dah lepas lunch.. MIL ajak makan, daku terus ON! fuh!! walaupun duriannya comel-comel tapi isi dier sangat lah best..durian dari kebun... makan punya makan tak sedar dah berapa banyak... eehehe... natijahnyer... kepeningan... haa... tu la.. menderhaka lagi... dapat se das amaran dari encik asben.. ehehe...

Ahad sebelum balik, my MIL tapaukan durian lagi... CE pon on jer.. rezeki jangan di tolak.. nanti menyesal tak sudah... sambil tolong letak dalam bekas, sambil masuk mulut.. kena la rasa..sedap ke tak...ahahaha.... tapi tak banyak la..takut pening lagi... kang sepanjang jalan balik KL daku kena ceramah ngan encik asben... :P

Akhirnya... hajat nak makan bubur durian (yang rasa cam mak daku buat) tercapai gak akhirnya... petang semalam CE buat bubur durian... walaupun takder daun pandan... belasah jer la demi tekak ku ini...ehehe...

Hmmm... kenapa la banyak benda yang CE suka, sekarang nih dah menjadi pantang??? keciwa..


Friday, July 08, 2011

:: Tapi kini bila dewasa... ::

Assalamualaikum...

Pagi nih dengar lagu nih kat Suria.fm..

Layar Impian by Ella...



Jika mimpi masa silam
Bisa kusimpan dalam kaca
Jadi perhiasan
Pasti aku abadikan
Zaman riang kanak-kanak
Pabila hujan mengundang
Suasana bahagia
Dalam hidup yang seindah
Mimpi yang tidak pernah
Melukakan perasaan...

Tapi kini bila dewasa
Aku mula sedar betapa mimpi
Hanyalah suatu permainan
Jiwa insan dalam kesepian

Jika mimpi cinta kita
Bisa kuzahirkan
Jadi lukisan yang menarik
Pasti aku sentosakan
Malam pesta bila engkau
Lafazkan janji dan memelukku
Sepanjang tarian
Hingga pipi aku terasa
Basah dalam tangisan
Yang penuh kesyukuran...

Thursday, July 07, 2011

:: Demi Masa ::


Assalamualaikum....

Semalam tak update blog...bizi!! ehe...

Sepatutnya kena pegi site..tapi ujan turun dengan lebatnya..so, dah kensel... pegi besok.. arap-arap esok ujan lagi..boleh kensel lagi..ehehe...

Sedar tak sedar dah separuh daripada tahun 2011 berlalu dengan pantas... Tanpa sedar, kita telah hanyut dalam satu arus yang sangat deras..iaitu arus masa....

Tanpa sedar jugak, CE dah menempuh alam baru selama 9 bulan... 9 bulan... lama gak tuh eh... rasa cam baru semalam jer kenduri..ehehe...

Cepat sangat masa berlalu..tak terkejar...

Semoga masih sempat untuk mengejar apa yang tak terkejar....dan tidak hidup dalam kerugian...

Tuesday, July 05, 2011

:: Makcik nak spuloh ringgit ::


Assalamualaikum...

Tetiba teringat citer Cik Lia pagi tadi... Dialog Cik Lia dengan sorang makcik..stranger la kiranya...kejadian kat tempat parking office...Cik Lia baru kuar kater didatangi oleh seorang makcik yang bawak handbag besar dan baru lepas bercakap kat telefon...

Makcik stranger : Dik, makcik nak sepuloh ringgit boleh?

Cik Lia : Takder

Makcik stranger : Lima Ringgit? Makcik nak pergi balai polis nih

Cik Lia : Takder

Terus blah..naik ofis..

Ahahahaha... hmm..jahat jer gelak kan...ehehe..

Apa la motip makcik tuh yer... Dalam kesusahan ker? Baru lepas kena ragut ker? Tapi handbag ada lagi... hmmm...

Kalo CE pon CE blah jugak... erkk.. patut ker? Ntah la ek..

:: Akhiri Dengan Indah ::



Aku takkan pernah jadi sempurna
Ingin aku tetap sperti adanya
Jangan salahkan jika diriku mengabaikanmu
Sebuah alasan yang sungguh sempurna tuk tinggalkanku

Ketika slamanya pun harus berakhir
Akhirilah ini dengan indah
kau harus relakan setiap kepingan waktu dan kenangan
Ketika pelukanku pun tak lagi bisa menenangkan hatimu yang sedih
Aku memilih tuk mengakhiri ini dengan indah

Engkau mencoba menahan isak tangis yang dalam
Dengan sisa sisa ketegaran yang masih kau simpan

Monday, July 04, 2011

:: Hari Isnin Yang Tak Indah ::


Assalamualikum...

Sungguh tak indah hari Isnin...

Cermin mata tertinggal kat umah... Saya hidup dalam kerabunan hari ini... sungguh tak selesa..

Pastuh, access card plak tertinggal... errr.. nih lagi haru.. so saya dok diam-diam kat ofis ari nih..takder access card... malas nak pinjam orang nyer access card...

Saya lapar... tapi tak tau nak makan aper... tekak rasa nak makan apam balik..tapi kedai apam balik tak bukak..huwaa...


Friday, July 01, 2011

:: Hari Jumaat... ::


Assalamualaikum...

Hari ini CE di landa sakit perut.... dari semalam lagi... semalam tak makan nasik... perut rasa tak sedap...tapi mengada-ngada nak makan laksa arawak... sudahnya perut rasa cam nak terburai ari nih...

Bercakap pasal Laksa Sarawak... semalam pegi makan kat Dapur Sarawak lagi... CE makan laksa sarawak...asben pon makan laksa sarawak gak..tapi BIG! mak aih...dua kali ganda mangkuk laksa CE... hmm... nampak cam tak abis jer..tapi... asben makan LICIN! dengan kuah sekali licin... WoW! tapi laksa sarawak kat Dapur Sarawak memang sedap...rasa original recipe..ehehe... perencah laksa sarawak haji manan! ehe..

Esok nak gi kenduri...majlis resepsi Cik Wahida.... hmm.. penih dah nih..takder baju dah nak pakai... dilema CE sekarang nih... Baju kurung CE semua dah kena tolak ke tepi..kebaya pandang sipi-sipi jer... sadis.. lagi sadis bila pikir balilk baju2 CE yang hilang kena kebas pencuri keparat masa mula2 CE pindah KL dulu..hangin satu badan... bertaun-taun kumpul baju..lesap gitu jerr... dah la semua baju2 stok pakai time raya or kenduri jer plak tuh..heee...GERAM!! sampai sekarang geram tak habis-habis lagi.. kalo jupe orang tuh... "ada ku tereka ku muka ko sia" bak kata Kak Lehot... aish...

Ok la.. entry sakit teiba bertukar jadi entry geram plak...

Chow chin chow..

Thursday, June 30, 2011

:: Kisah Hati ::

~Kisah Hati~

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tuesday, June 21, 2011

:: Keistimewaan wanita menurut Islam ::

~google image~

Keistimewaan wanita menurut Islam yang telah disebutkan di dalam beberapa hadith sahih dan difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur'an. Ini menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang solehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga !

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih mulia darjatnya daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Manusia yang takutkan Allah S.W.T pula akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya adalah sama seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyenangkan hati anak perempuannya pahalanya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w)

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga .

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

8. Syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila ayah dan ibumu memanggilmu serentak , Rasulullah s.a.w telah mengajar kita untuk menjawab panggilan ibu terlebih dahulu.

10. Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup untuknya pintu-pintu neraka dan terbuka baginya pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, para malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya akan beristighfar untuknya selama mana dia masih taat kepada suaminya

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang lebih berhak terhadap seorang lelaki ?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W lagi, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia ke dalam syurga melalui pintu syurga yang mana satu yang dia kehendaki.

14. Setiap seorang perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mengurniakan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit ketika hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali Allah S.W.T.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 orang lelaki yang jahat.

22. 1 rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani suaminya dengan baik apabila suaminya pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang membenarkan suaminya keluar berjuang di jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, wanita itu juga akan menjadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari syurga dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta akan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga ananyak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya Allah akan memberi 12 tahun pahala beribadah.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan membaca "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid di jalan Allah.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sehingga mencukupi tempoh(2 thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan membawa khabar berita itu ke syurga dan syurga itu dikatakan adalah wajib baginya. Dan jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang sedang menangis, InsyaAllah Allah akan memberikan padanya pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya akan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya ,beliau akan mendapat pahala seperti 80 tahun beribadah.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan terus kepada wanita yang menutupi auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Bertuahnya menjadi seorang wanita.. :)

Sumber : iluvislam

Friday, June 10, 2011

:: Dinner wif My BFF ::


My dear BFF... Cik Ida, Cik Lia & Cik Shud....

Semalam dinner kat Wau Penyu, Solaris Dutamas...

CE Makan Nasi Dagang Istana... Boleh la... Nasik dia sedap tapi ikan dia tak mencapai tahap piawaian CE... So, tak boleh nak lawan tahap sedap nya Nasik Dagang yang CE makan kat rumah Uncle Nazri masa raya haji arituh.. ehehe..

Ini merupakan dinner sebelum Cik Ida bertukar status minggu depan.. Ahad nih Cik Ida dah nak balik Terengganu... CE plak nak balik Kuching esok... so, kena la buat weekdays...

Apa-apa pun... walaupun just a simple dinner... tetap enjoy having them around me.. sambil bergossipan liar.. ahaha...

Wednesday, May 04, 2011

:: Terubat Rindu pada Laksamana Sunan ::

Sukanya CE.....Dah abis baca Novel Sutera Bidadari... tak sampai separuh hari...

Suka sangat trilogy Bagaikan Puteri.. dah bukan trilogy dah CE rasa...Trilogy hanya Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta... pastu Cinta Sufi dan yang terbaru Sutera Bidadari...

Kat sini CE nak 'copy & paste' prapapar Sutera Bidadari oleh penulisnya Ramlee Awang Mushid.. CE copy dari blog kelab peminat RAM

Sutera Bidadari telah saya noktahkan kisahnya pada 14 Februari 2011. Cerita ini merupakan lanjutan novel Cinta Sufi. Manuskrip Sutera Bidadari telah pun saya hantar ke pihak editorial Alaf 21 pada 16 Februari. Insya-ALLAH...Laksamana Sunan akan menjengah pasaran pada bulan April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa. Alhamdulilah...syukur ke hadrat Ilahi atas anugerah serta kurnia ilham, idea, kekuatan minda dan fizikal, kesabaran serta keyakinan.

Sebenarnya ilham untuk menterjemahkan idea ini ke bentuk naskah diraih menerusi doa yang dipohon tanpa henti-henti. Maka yang mengalir dari minda itu adalah anugerah dan yang terbaik kurnia ALLAH. Apabila cerita ini sangat menyentuh hujung hati maka segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH. Andai sebaliknya...itu adalah ketidak sempurnaan saya selaku makhluk.

Baiklah...mari kita bercerita mengenai Sutera Bidadari serba ringkas. Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.

Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin. Dalam Sutera Bidadari banyak watak utama yang dimatikan dengan bersebab. Watak hero tidak selama-lama bertahan kerana mati itu pasti, hidup...insya-ALLAH. Bagaimana pun muncul pula watak hero pada abad ke 21. Sebenarnya...inilah kelazimannya rentetan perjuangan yang benar-benar mengharapkan keredhaan ALLAH TA’ALLA. Sementara watak Haryani pula menjadi watak undangan sahaja dalam Sutera Bidadari.

Seperti novel-novel saya yang terdahulu – banyak kejutan bersifat saspens terbentuk dalam Sutera Bidadari. Bahkan kali ini turut membentur emosi kerana jiwa dan fikiran itu saling sealiran dalam menghadapi erti kehidupan. Maka itu bukan kejayaan kita sebenarnya apabila meraih sebarang kesuksesan dalam merealisasikan penghidupan ini melainkan dengan hanya izin ALLAH semata-mata. Sebab itu...pujilah ALLAH dan kita tidak akan kehilangan jiwa. Sutera Bidadari tidak ketinggalan dihiasi dengan cinta kerana rasa hati itu sangat membahagiakan sesiapa sahaja. Selamat membaca Sutera Bidadari kelak dan sabarlah menunggu Sunan anda kembali ke minda kita semua. Yang baik adalah teladan untuk kita. Yang buruk kita jadikan batasan agar kita tidak tergelincir dengan permainan dunia ini yang sangat bijak berdusta.

Wednesday, April 20, 2011

:: Sutera Bidadari ::

PENGUMUMAN!
Novel Sutera Bidadari oleh Ramlee Awang Murshid akan berada di pasaran. Harganya cuma RM22.00 sahaja


Sinopsis :

SAIFUDDIN (a.k.a Laksamana Sunan)- Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertwakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

RAJA ROMAN (baca balik Cinta Sufi) - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga hujung nyawa.

MAKHLUK SUMPAHAN(watak baru) - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara (baca balik Cinta Sang Ratu) sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeri nama Sifuddin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Sifuddin ke alam tidak berdinding.

SAIFULLAH (watak baru) - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifuddin yang pernah hidup pada tahun 1511.

RAMLEE AWANG MURSHID (penulis) - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang mneguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

CIK EMMIE (peminat setia) - Sangat teruja untuk kembali bersama Lakasamana Sunan. Menyusuri pahit getir pengembaraan bersama HERO nya..Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin... ehehehe.. nih CE tambah sendiri...:P

NAK KUPON DISKAUN PESTA BUKU ANTARANGSA KL??? KLIK SINI...

Thursday, April 14, 2011

:: Kelas Kek Lapis ::

Assalam...

Last 2 weeks... 2011-APRIL-02... Cik emmie ada pergi kelas Kek Lapis... Cikgu nyer kawan CE sendiri.. kawan CE time skolah dowlu... otai kek lapis nih!!! Tuh yang nak belajar ngan dia.. Lagipun, dah kenal..senang sket nak blajar...

Satu kelas 3 orang jer...

Disebabkan allergy & migrain yang saling melawat... baru sekarang CE sempat nak share apa yang CE belajar...

Jom...layan gambar-gambar nih... tak banyak pun... ye la... khusyuk belajar..mana semapt nak amik gambar... kang terbakar plak Kek Lapis CE... ahahaha

sebelum apa..sediakan bahan-bahan dulu ye puan-puan....

bekas besar: telur yang telah dipukul bersama gula & mentega sehingga kembang..
bekas kecik : plum & milk yang dah di blend

mula melapis oleh cik zana

Cik Affa plak cuba bakat...

meratakan adunan di dalam loyang....

masa untuk Kek Lapis pattern... make sure pembaris & pisau anda bersih!!

Lepas dah potong...

Try susun dulu sebelum di gam dengan jem...

dah betul-betul confident..baru masukkan dalam loyang dan di gam

Sebiji kek lapis yang dah siap di 'gam'..sedia untuk balik!! esok baru boleh potong...

Kek Lapis Plum & Kek Lapis Choc Walnut...
Share2 sorang sikit.... ;)

Dah cukup semalam... CE dah potong Kek Lapis Kincir Angin CE... ahahhahaha....


9-5 yang fun bagi CE...selain dapat belajar teknik-teknik buat kek lapis yang CE selama ni main belasah jer... CE bleh gather2 ngan ex-schoolmate CE... Cik Affa & Cik Paspa si otai Kek Lapis....ehehe

Sekian!!!

Wednesday, April 13, 2011

:: Puisi : Perempuan ::


Perempuan...
datang atas nama cinta

Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan

Ada apa dengannya?
Meninggalkan hati untuk dicaci

Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa

Ada apa dengan cinta?

Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama

Untuk mempertanyakan kembali cintanya

Bukan untuknya
Bukan untuk siapa

Tapi untukku
Karena aku ingin kamu

Itu saja

p/s : puas meng'google' tapi still tak dapat nak jumpa info siapa pengarang puisi nih... :(

CE suka puisi nih... dalam filem Ada Apa Dengan Cinta?