Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432H

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Di pagi mulia ini saya, Emi Falzilah Binti Hj Jamil menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada:-

Suami tercinta, Mohd Najib B Mohd Salleh. Ampunkan segala kesalahan samada yang disengajakan atau tidak di sengajakan..Mohon ampun segala kecuaian isterimu ini dalam menjaga segala keperluan dan juga hatimu. mohon dihalalkan segala makan dan minum sepanjang hampir 11 bulan kita bersama. semoga labaran ini memberi lebih bermakna. Amin..terima kasih kerana sudi menerima isterimu ini seadanya..

Kepada kedua orang tua ku tersayang, Haji Jamil dan Hajjah Maria. adik mintak ampun dan maaf dari segala salah dan silap adik dari hari pertama adik di lahirkan di dunia sehingga hari ini..

Kepada kedua mertuaku, Hj Salleh dan Hajjah Fatimah.. Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..maafkan segala kekhilafan dan kekurangan menantu mu ini..

Kepada seluruh keluarga dan keluarga mertua, ampun dan maaf di pinta seandainya aku ada menguris hati kalian..

Kepada sahabat-sahabatku..mohon maaf zahir dan batin andai aku pernah berkasar atauernah mwnyakiti hati kalian..

Kepada sesiapa sahaja mengenali aku..salam kemaafan dihulur tanda kemaafan di atas segala salah dan silap..

Sekian dari aku..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

No comments: