Showing posts with label :: Books ::. Show all posts
Showing posts with label :: Books ::. Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

Novel ke Layar Perak : Tombiruo - Penunggu Rimba

Hola!

Kepada peminat Novelis Thriller Malaysia - Ramlee Awang Mushid (RAM), mesti dah tau yang novel karya beliau iaitu Tombiruo bakal ke layar perak. Tuan direktornya, Saudara Nasir Jani.

Sebagai salah seorang peminat karya-karja RAM ini, aku juga sangat teruja! Tak sabar nak tunggu filem Tombiruo ni keluar. Lebih teruja nak tau siapakah yang akan memegang watak utama iaitu Ejim si Tombiruo:Penungg Rimba, Amiruddin dan juga Wan Suraya.

Sekarang ni masih dalam proses pemilihan pelakon. Harap-harap pelakon yang di pilih menepati kriteria-kriteria seperti di dalam novel. Dan yang lebih penting, mampu untuk menjiwai watak sebaik mungkin.

Yang menjadi tumpuan utama tentulah watak Ejim si Tombiruo : Penunggu Hutan yang menurut tuan direktornya Nasir Jani, kriteria yang perlu ada untuk memgang watak Ejim mestilah seorang ‘fighter’, berbadan sasa dan tahan lasak. Karakter dia dalam cerita ini tidak banyak cakap tetapi kelelakian itu mesti ada sebagai seorang ‘fighter’ (sumber Sinar Harian) 

Tombiruo membawa maksud hantu di dalam bahasa Kadazan Dusun dan novel Tobiruo ini berkisar tentang seorang lelaki yang membesar di hutan setelah dibuang keluarga pada waktu kecil kerana dianggap membawa sial. Hikayat Tombiruo ini di kisahkan dalam Trilogy Tombiruo iaitu  Tombiruo, Semangat Hutan, dan Tombiruo Terakhir.

Secara peribadi, kisah Tombiruo ni adalah antara kisah karya RAM yang melekat di otak aku selepas si Sunan Lelaki Berduka Dari Tanah Rencong (chewahhhhh). 

Sejak dah 'tua' ni, pemilihan bahan bacaan novel aku sangat terhad. Hanya beberapa hmm.. macam sorang dua je penulis yang tersenarai dalam senarai penulis yang novelnya aku tunggu. Ramlee Awang Murhid ni salah seorang daripadanya. 

Hampir semua (mungkin semua) novel RAM aku dah baca . Aku suka sebab novel RAM ni lain daripada yang lain bukan macam novel lain yang berlambak kat pasaran yang tajuknya ntah apa tuh.. ehehehe... 

Panjanglah pulak ceritanya.. sekejap ayat rojak sekejap ayat baku.. 

Sekianlah!


Wednesday, May 30, 2012

:: Sunan Musafir ::

Alhamdulillah...

Bertemu jugak dengan Sunan Musafir .. akhirnya...

Tak sengaja tersinggah kedai buku... mula-mula nak pegi ofis hubby jer ambik broadband. Kebetulan hubby ada kat ofis, terus pergi makan kat The Curves... hubby plak baik hati temankan aku yang MC nih jalan-jalan dengan syarat malam nanti kena tolong hubby buat claim... ahahaha... Yess Bossssss!!

Ini lah dia yang di cari-cari... hardcover okey! tak penah aku beli novel hardcover nih kecuali beli  novel masa Big Bad Wolf... ehehe...


Ternampak pulak novel Kak Su... Nyanyian Tanjung Sepi... dah lama cari... jumpa plak semalam... satu-satunya novel Kak Su yang ada di rak buku MPH.... hmmm...

Ramlee Awang Mushid & Noor Suraya... dua penulis paling aku suka... :)

~~ ulang baca Tanah Andriyana sambil layan  MC hari pertama ~~~

Tuesday, December 06, 2011

:: Big Bad Wolf Aftermath Sale... ::

Last two weeks pegi Big bad Wolf Aftermath Sale kat South City Plaza... semua buku di jual dengan harga RM5 dan ke bawah...

Terujanya tengok lautan buku... harga murah sebab buku-buku yang ada masa BBW Aftermath Sale nih merupakan buku-buka yang dah scratch, rosak and leftover daripada BBW Sale 2011...

Tak sempat pegi BBW Sale 2011 arituh... tak tau pun ada..tau pun masa dah nak last day... so, bila dapat tau ada BBW Aftermath Sale nih.. teringin la nak gi tengok apa yang ada... Sebab pergi dengan hubby, takleh la nak focus sangat... kesian ka hubby tunggu..

Sempat la beli dalam 15 bijik novel.. walaupun mostly daripada penulis2 yang tak berapa kenal, baca sinopsis ok, ambik jer la... semuanya RM5 senaskah... hmmm.. cukup la untuk bekalan setahun... tak dapat nak bayangkan macam mana best nya BBW Sale tuh... dah like fan page BBW siap-siap supaya tak terlepas untuk tahun depan...