Wednesday, February 18, 2015

Novel ke Layar Perak : Tombiruo - Penunggu Rimba

Hola!

Kepada peminat Novelis Thriller Malaysia - Ramlee Awang Mushid (RAM), mesti dah tau yang novel karya beliau iaitu Tombiruo bakal ke layar perak. Tuan direktornya, Saudara Nasir Jani.

Sebagai salah seorang peminat karya-karja RAM ini, aku juga sangat teruja! Tak sabar nak tunggu filem Tombiruo ni keluar. Lebih teruja nak tau siapakah yang akan memegang watak utama iaitu Ejim si Tombiruo:Penungg Rimba, Amiruddin dan juga Wan Suraya.

Sekarang ni masih dalam proses pemilihan pelakon. Harap-harap pelakon yang di pilih menepati kriteria-kriteria seperti di dalam novel. Dan yang lebih penting, mampu untuk menjiwai watak sebaik mungkin.

Yang menjadi tumpuan utama tentulah watak Ejim si Tombiruo : Penunggu Hutan yang menurut tuan direktornya Nasir Jani, kriteria yang perlu ada untuk memgang watak Ejim mestilah seorang ‘fighter’, berbadan sasa dan tahan lasak. Karakter dia dalam cerita ini tidak banyak cakap tetapi kelelakian itu mesti ada sebagai seorang ‘fighter’ (sumber Sinar Harian) 

Tombiruo membawa maksud hantu di dalam bahasa Kadazan Dusun dan novel Tobiruo ini berkisar tentang seorang lelaki yang membesar di hutan setelah dibuang keluarga pada waktu kecil kerana dianggap membawa sial. Hikayat Tombiruo ini di kisahkan dalam Trilogy Tombiruo iaitu  Tombiruo, Semangat Hutan, dan Tombiruo Terakhir.

Secara peribadi, kisah Tombiruo ni adalah antara kisah karya RAM yang melekat di otak aku selepas si Sunan Lelaki Berduka Dari Tanah Rencong (chewahhhhh). 

Sejak dah 'tua' ni, pemilihan bahan bacaan novel aku sangat terhad. Hanya beberapa hmm.. macam sorang dua je penulis yang tersenarai dalam senarai penulis yang novelnya aku tunggu. Ramlee Awang Murhid ni salah seorang daripadanya. 

Hampir semua (mungkin semua) novel RAM aku dah baca . Aku suka sebab novel RAM ni lain daripada yang lain bukan macam novel lain yang berlambak kat pasaran yang tajuknya ntah apa tuh.. ehehehe... 

Panjanglah pulak ceritanya.. sekejap ayat rojak sekejap ayat baku.. 

Sekianlah!


No comments: