Wednesday, February 11, 2015

Kisah Fahri : Ragam pagi - pagi

Hola.

Sejak kembali berkerja, rutin sangat mencabar.. ahaha.. mencabar lah sangat kan.. 

2 bulan kerja kat Kota Damansara, masih boleh nak lengah-lengah masa. Lepas dah kerja balik kat KL atau lebih spesifik lagi kerja kat Sentul, dah tak boleh main-main dah. Kalau alarm berbunyi pukul 5.30 pagi, sila la jangan buat-buat aksi 5 minit. Memang membawa ke 30 minit sebab next alarm adalah pukul 6 pagi. 

Paling lambat boleh keluar rumah ialah pukul 7.10 pagi. Lebih daripada tu memang 'Jem, mu tunggu aku datang' la... huhuhu

Untuk mencapai cut-off time tuh, kena bersilat dulu dengan Ahmad Fahri Adha B Mohd Najib. 

Peel si kecik ni bila bangun pagi mesti nak nangis cari mummy. So, pagi-pagi bila alarm daddy berbunyi iaitu suara tangisan Fahri, daddy la yang nak kena layan Fahri. Selalunya Fahri akan berhenti nangis bila daddy pujuk. Layan Dibo tak pun layan Hi-5. Tapi semenjak dua menjak ni, Fahri lebih memilih untuk merengek-rengek mintak perhatian. 

Tak layan kesian... di layan lambat la jawabnya.. tapi layan jugak.. biar la lambat.. asalkan Fahri bahagia... cheewahhh... 

Bila lagi nak layan anak, ye tak? Pagi-pagi yang tak berapa nak menyempat. Petang balik dah nak maghrib baru sampai rumah. Fahri pun dah penat seharian kat nursery. Jumpa mummy je terus nak 'nono' (bahasa Fahri utk bf).. dah layan nono terus la lelap.. tak sempat nak gomol-gomol pun.. 

Pagi tadi, macam biasa Fahri merengek-rengek nak mummy layan. Demi anak, layankan aje la Fahri nak menyusu. Di tambah rasa bersalah sebab tak berjaya pam susu banyak... huwaa.. kesian Fahri.. 
Sambil menyusu, aku cakap-cakap dengan Fahri. Pujuk-pujuk dia. Puji-puji sikit. Mengayat la kiranya. Lepas tu aku cuba cakap 'dah'. Terus Fahri lepas dan nak turun dari katil. Wow. Terkejut aku. Selalunya, bila aku cakap 'dah' , mula la dia nak melalak sakan. 

Nampaknya ayat-ayat cinta aku berjaya pujuk Fahri. Alhamdulillah. Kenalah selalu diamalkan pendekatan psychology nih.

Moral of the story... walaupun baby lagi (baby ke? ahaha) dia paham apa kita cakap. Baik yang kita cakap, baik lah penerimaan dia. Maka itu, bercakaplah dengan anak-anak kita dengan bahasa yang elok-elok dan molek-molek sahaja. Elakkan menggunakan perkataan yang tidak baik dan kasar. Bukan sahaja perkataan kita sahaja yang harus di jaga, perbuatan kita pun sama jugak. Sebagai role model kepada anak, mak bapak kena la menunjukkan contoh yang baik kepada anak. Kalau kau nak anak kau jadi baik, kau kena la jadi baik. Kalau kau nak anak kau jaga solat, kau kena la jaga solat kau... untuk memberikan yang terbaik, kenalah jadi yang terbaik.. InsyaAllah.. 



Fahri kat nursery...

Note to myself: sebagai manusia, kita memang sangat jauh dari sifat SEMPURNA.. pun begitu, berusahalah untuk menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. 

No comments: