Showing posts with label hati.... Show all posts
Showing posts with label hati.... Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

:: Dunia Semakin Kejam? ::

Assalamualikum...

Dunia tidak kejam... tetapi manusia-manusia yang menjadi penghuni dunia ini yang sudah semakin tidak punya akal pertimbangan..lagak kejam semakin berleluasa.. tanpa hati nurani tanpa perikemanusiaan...

kanak-kanak untuk disayangi.. bukan untuk di bunuh, di dera, di buang... tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan sebenar manusia-manusia yang sanggup mencederakan malah membunuh membakar kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa tentang dunia.. kesian...

Thursday, March 01, 2012

Kenapa Malas Solat?

Solat itu lebih baik daripada tidur!
Laungan itu tidak kau endahkan
Kau malah menarik selimut
Sampai ke kepala
Kenapa malas solat?
Kau bilang bukan malas!
Tapi kau tidak sedar
Kerana tidurmu terlalu lena
Azan Subuh kau hanya dengar sayup-sayup telinga
Hari kau mulai tanpa mengingat DIA

Menjengah Asar berlalu Zuhur
Kau sibuk bekerja tanpa sedar
Tanggujawab kepada Tuhan mu
Mudahnya kau lupakan
Kenapa malas solat?
Kau bilang bukan malas!
Cuma kau tak sempat
Mengejar waktu yang singkat
Mengejar tanggungjawab dunia
Lalu kau lupa tanggungjawab kepada Tuhanmu
Siang mu berlalu tanpa mengingati DIA

Tiba Isya' Maghrib menghilang
Tak sempat mu membawa ke malam
Kau terus tenggelam dalam terang
Tanggungjawa itu terus kau abaikan
Kenapa malas Solat?
Kau bilang bukan malas!
Tapi kau penat setelah siangmu yang padat
Kau memilih untuk berehat
Daripada menemui Tuhanmu
Malam kau akhiri tanpa mengingati DIA

Solat itu lebih baik daripada tidur!
Kau tetap begitu....


~tinta emmie marja~

Tuesday, December 27, 2011

:: Best Friend Till Jannah ::

Assalamualaikum...

Take 5 kejap..

Terpandang video yang di share oleh Wardina Safiyyah kat Facebook...

SERIUSSS .. sweet giler... and bergenang air mata aku... mengingatkan aku kepada seseorang... Al-Fatihah buat dia... ni macam kisah kita... cuma ending jer berbeza... semoga kita bertemu lagi di Jannah.. insyaAllah..Amin...



Kepada pembikin video ini.. kamu memang OSEM!!

Wednesday, December 21, 2011

:: Nur Kasih - InTeam ::

Assalamualikum...



Tetiba... jauh melayang fikiran aku bila dengar lagu nih kat radio jap tadi... lirik lagu nih wat aku terpikir kejap...

---> serikandi kah aku?
---> penyejuk mata kah aku?
---> penawar di hati kah aku?
---> di dunia aku kah penyeri?
---> di syurga menanti aku kah bidadari?

Dalam dok terpikir-pikir... henpon aku berbunyik... hubby call... :)

Ya Allah.. jadikanlah daku isteri yang solehah.. kurniakanlah kami zuriat yang soleh... semoga masjid kami sentiasa harum di sirami nur kasih... :)

Friday, December 09, 2011

:: Putus hubungan cinta = Putus hubungan dengan Hijab ::

Assalamualikum...

Salam hari Jumaat... yang lelaki jangan ponteng solat Jumaat ya...:)

Semalam hubby belanja tengok muvi Ombak Rindu... :)

Berbalik kepada tajuk entry... Putus hubungan cinta = Putus hubungan dengan HIJAB / JILBAB..

Ni entry luahan rasa kecewa... kecewa melihat seorang / beberapa orang wanita cantik yang telah putus hubungan dengan HIJAB... lebih kecewa bila seseorang/beberapa orang wanita itu adalah teman sendiri...

Aku senang melihat ada teman-teman yang free hair mula berhijab.. alhamdulillah... mereka mahu memperbaiki diri.. apatah lagi dengan dorongan insan tersayang...

Namun, aku sangat-sangat kesal bila melihat teman-teman yang putus hubungan dengan hijab apabila putus hubungan cinta... sedih tengok.. sepanjang menjalin hubungan cinta, foto - foto yang di upload di FB semuanya cantik berhijab... bila dah putus cinta, kembali meng'upload' foto-foto tanpa hijab... dan kembali berpakaian ketat.. hmmm... nak nangis pun ada bila tengok...

Sebagai teman/kawan/kenalan, aku sangat kecewa dengan mereka... aku juga kecewa bila seorang sahabat tidak lagi berhijab selepas berumahtangga kerana di larang oleh suami... hmmm... makin aku sedih... :(

Wednesday, December 07, 2011

:: Erti hidup... ::

Assalamualikum…

29 tahun bernafas menghirup udara atas ihsan yang Maha Esa.. aku harus jadi insan yang tahu erti bersyukur…

erti hidup bukan terletak pada zahir yang indah mempesona, namun erti hidup juga harus didasari oleh rasa kasih yang tumbuh dalam hati, berkembang membuahkan sayang, terus terbaja membenih cinta. sesungguhnya hati yang kosong tanpa cinta, kasih dan sayang seumpama dunia tanpa warna cerah..

pun begitu, erti hidup juga di dasari oleh rasa duka, kecewa juga sedih.. tanpa mengenal erti duka, kecewa juga sedih, aku takkan pernah tahu bagaimana mahu menghargai erti suka, bahagia juga cinta, kasih dan sayang…

Seandainya satu hari nanti aku berada di atas, semoga aku tidak lupa jika dulu aku pernah berada di bawah, mendongak ke atas mencari punca kenapa meraka berada di atas lantas mancari tangga untuk turut mendaki bersama mereka… terjatuh dan terus bangun lagi..Dia yang Esa tidak pernah jauh..teguh berpegang pada tali doa…

Friday, August 05, 2011

:: Seorang wanita akhir zaman... ::

Ya Allah,

Aku ditakdirkan lahir sebagai wanita akhir zaman

Saban hari mencuba

Menjadi wanita solehah

Namun aku sering kufur dengan nikmat-Mu

Meski dalam gelap aku masih tercari-cari arahku


Ya Allah,

Dalam kesenangan duniawi

Aku sering terlupa pada keperitan Zinnirah

Mempertahankan cinta-Mu yang satu

Sedangkan aku begitu tega

Membiarkan cinta pada-Mu layu


Ya Allah,

Dalam kesamaran dangkalnya iman

Aku tidak pernah mengambil peduli

Tentang bagaimana sejarah Asiah

Yang telah membuktikan iman bukan penjara jiwa


Ya Allah,

Dalam takdir-Mu

Aku mencuba lagi untuk menjadi

Teman pendamping persis Siti Khadijah

Namun aku hanya seorang wanita akhir zaman

Yang ada kalanya terlupa


Ya Allah,

Teguhkanlah rasa cintaku pada-Mu

Jadikanlah aku hamba-Mu yang tidak pernah melupakan-Mu

Sentiasa berpegang pada sunnah Rasul-Mu

Menjadi anak yang berbakti kepada ayah dan ibu

Dan juga seorang isteri yang taat kepada suami

Semoga wanita akhir zaman ini sentiasa dekat dengan-Mu

Amin.....


5 Ramadhan, 1432H