Friday, December 21, 2012

:: Damba Kasih - IN-TEAM ::

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan 
Itu yang ku dambakan 
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Tuesday, December 18, 2012

:: Ho Chi Minh Aku Datang ::

Chewah... 

Tak sabar nih nak g Vietnam lagi... 

Kali nih pergi dengan kengkawan plak.. Kengkawan sama kelas dulu... DBQ 2000, UTM

Alhamdulillah.. dah lebih 10 tahun kenal dan sampai sekarang masih berkawan... 

Semenjak dua menjak kebelakangan nih.. Group DBQ2000 dah makin aktif buat aktiviti... rasanya 2012 paling banyak aktiviti.. tahun-tahun sebelum nih buat Majlis Iftar jer.. 2012 dah maju sikit.. 

Aktiviti awal 2012, Jalan-jalan ke Utara sempena majlis wedding Farouk.. Penang, Kedah terus ke Hatyai.. 

Pastuh tak ingat bulan berapa, pegi Pangkor plak.. bertambah kengkawan yang join pergi Pangkor..

Lepas raya arituh.. melepak-lepak di A'Famosa Resort, sewa Villa dok beramai-ramai sempena wedding Digun & Alin.. 

Dalam masing-masing busy dengan life masing-masing, diaorang nih sempat la pulak planning pergi Vietnam... January 2013... dan semakin ramai yang join!! Lebih 20 orang rombongan Cik Kiah ke Vietnam... 

Tak sabar nyerrrr... Shopping!!!!

:: Demam 'Fish & Chip' ::

Assalam... 

Gud Morning... :)

Sekarang nih kat ofis sangat-sangat tak sibuk.. contractor belum submit claim..so, aku goyang kaki la dulu... hmm.. goyang-goyang jari.. update blog.. 

Sejak minggu lepas.. napsu nak makan 'Fish & Chip' jer.. tak kira la lunch ker dinner ker.. nak 'Fish & Chip' jugak... semua tempat makan aku order 'Fish & Chip'.. 

kat Senotria, Uptown KD, Jalan Ipoh, Beragas Sri Damansara, sampai kat Yik Mun Tanjung Malim pon aku order 'Fish Steak' sebab takder Fish & Chip.. ala-ala jugak la.. 

dan semalam 'Fish & Chip' paling sedap, hubby beli dekat Selayang..tak tau kedai aper.. sedap.. siap letak cheese lagi.. pastuh ada black-pepper gravy.. serius sedap! 

Malam ni tak tau 'Fish & Chip' mana plak.. bergantung kepada keberadaan lokasi Encik Hubby sewaktu dia call cakap dah nak balik... ;) 

Fish Steak @ Yik Mun Tanjung Malim

Monday, December 17, 2012

:: Big Bad Wolf ::

Hola..

Sekarang nih tengah demam melayan Encik Serigala i.e. Big Bad Wolf... konpem korang semua tau apa itu Big Bad Wolf kan...

So far aku baru pegi 2 kali.. 1st time Ahad lepas (9 Dec) the kali kedua Sabtu lepas..

1st time pegi dengan Encik Hubby... masa sangat limited.. hubby nak kena masuk office.. huh? Masuk office ujung minggu? hmm.. itulah hakikat idup saya nih... ahaha..

2 jam memang tak sempat nak meninjau-ninjau segala apa yang ada.. sambar apa saja yang nampak menarik.. dan misi mencari buku-buku yang kawan aku kirim... 5 jer yang berjaya aku cari..

Sebab tak puas ati, aku pergi lagi Sabtu lepas.. sebelum kol 9 pagi aku dah sampai.. mengheret sekali lagi beg troli biru aku... kali nih pergi sorang-sorang... mula-mula ingat nak drive jer..(konon-konon tau jalan nak ke Mines tuh.. ahaha).. Hubby pun macam tak berapa confident aku nak drive sendiri.. last-last dia hantarkan... dari kol 9 sampai la kol 1 aku kat situ.. tak larat.. tumit kaki dah sakit giler.. beg biru pun dah penuh dah... Hubby datang ambik pukul 3.. huhu.. merayap la dulu kat The Mines..

Hmmm... still tak puas ati lagi sebenarnya... berhasrat nak pegi lagi..tapi..takut nak cakap kat hubby... kang tak pasal-pasal kena marah... ahahahhaha...

1st Round
 
 Saya punyer..

Ni Cik Leyla Kassim punyer...

Ni plak Hubby punyer....

Buku di atas only cost about RM320.00..murah giler...


2nd Round

Beg biru dah penuh.. dan masih di dalam kereta hubby... ahahaha... 

Untuk 2nd round, hanya RM235.00 

Dan ini, T-shirt.. bila aku pakai semalam, Hubby macam tak puas ati sebab tak belikan untuk dia jugak... ahahaha..oppss.. sorry... :P

:: Lawatan Pertama ke Empire Subang ::

Happy Monday!!

Assalamualaikum...

Cerita lawatan pertama lagi.. kali ni ke Empire Shopping Gallery, Subang pulak.. ahahaha...

Mimpi apa agaknya Encik Hubby ajak pergi Empire Subang semalam (Ahad).. nak makan katanya.. layankan jer la...

Dah sampai Empire Subang, pegi makan kat restoran Belanga... ooo.. rupanya Encik Hubby nak makan Laksam...

Memandangkan ni lawatan pertama, aku pon amik kesempatan untuk survey.. ahaha.. survey la sangat... window shopping jer.. jamu-jamu mata...

Dan seperti biasa.. Encik Hubby pulak yang shopping.. jumpa kedai nama 'Dude & Duchess'.. Nampak exclusive..design pun cantik dan 'rare' tapi harga berpatutan.. nak-nak pulak nampak ada sale 70%... lagi la laju laki aku tuh... ehehe... ok..lepas nih boleh shopping lagi kat Empire Subang... *wink* ...

Aku ada berkenan satu kedai tuh.. sebab ada jual satu baju peplum lace.. tapi di sebabkan 'orang kedai' yang tak berapa nak mesra alam + muka cari gaduh... cancel aku nak beli... terbantut mood shopping aku... adoi la... datang bulan kot... hmm.. mungkin aku kena datang hari lain.. time 'orang kedai' tu tak datang bulan... ehehe... alasan lagi untuk datang Empire Subang... *wink*

Ok la.. tak larat nak citer banyak...

Sekian... :)


Monday, December 10, 2012

:: Siapa kita untuk mengukur keihklasan mereka ::

Assalamualikum..

Terdetik hati nak update blog nih.. tak nak cakap banyak pun.. sekadar coretan untuk diri sendiri..

Di usia penghujung 30 tahun ini, aku macam baru terbangun dari mimpi.. mula ambil tahu tentang krisis di Palestine - Israel.. Jika sebelum ini aku umpama orang celik yang buta hati.. melihat hanya dengan mata tetapi tidak dengan mata hati... Aku mula banyakkan pembacaan tentang apa sebenarnya yang terjadi.. mula ambil peduli dengan setiap perkembangan di tanah suci Palestine...

Perang 8 hari itu telah membuka hati aku... masyaAllah.. melihat anak-anak kecil kehilangan ibubapa.. melihat anak-anak yang tercedera tapi masih mampu tersenyum.. SubhanAllah.. kuatnya hati mereka.. Ya Allah, Kau lindungilah mereka.. kuatkan hati mereka.. kuatkan keimanan mereka.. Aamiin..

Di Facebook, rancak isu Palestine-Israel di perkatakan. Lebih-lebih lagi bila kalangan selebriti menyertai Misi Solidariti Gaza anjuran badan-badan NGO..

Setiap hari ada saja update daripada peserta MSG nih.. aku like fanpage Heliza Helmi semata-mata untuk mengikuti perkembangan mereka di sana. Aku subscribe Farah Adeeba, aku like Afdlin Shauki.. Aku suka tengok gambar-gambar yang diaorang update.. status-status tentang Gaza dan penduduk Gaza.. Aku tabik mereka semua...bukan sahaja selebriti2 ini tetapi semua yang menyertai misi ke Gaza. Mereka sangat berani. PErlu diingatkan di sini bahawa mereka pergi dengan BIAYA SENDIRI. Bukan dengan duit-duit derma melalui Aman Palestin mahupun Aqsa Syarif.

Dari komen-komen di FB, ada yang mempertikaikan keikhlasan mereka yang menyertai misi ke Gaza ini. Nak mencari publisiti la, macam pegi melancong la (bila ada foto yang mempamerkan wajah ceria peserta misi ini), seronok nak pergi tempat orang berperang... dan macam-macam lagi..

Siapa kita untuk menilai keikhlasan niat mereka ? Tidak salah jika ada sedikit perasaan gembira dan seronok di hati mereka.. kerana tidak semua orang berpeluang untuk menjejak kaki mereka ke sana. Berjumpa sendiri dengan penduduk-penduduk di sana. Berkongsi rasa dengan warga Palestine. Sekurang-kurangnya mereka ada keberanian dan rezeki memihak kepada mereka untuk berada di sana. Wajar untuk mereka merasa sedikit perasaan gembira untuk dikongsikan dengan kita-kita nih... aku risau pulak kalau ada antara mereka nih post gambar nangis, muncul pulak komen kata mereka ni 'berlakon'.. MasyaAllah...

Ada baiknya kita melihat dulu niat hati kita sebelum kita mempertikaikan niat orang lain... Ikhlas itu rahsia Allah.. kita sendiri tidak pernah tahu samaada kita sendiri ni ikhlas ke tidak... jadi, tidak wajar untuk kita mempertikaikan keihlasan orang lain. Hidup jangan terlalu berprasangka buruk.. :)

Sekian.

FREE PALESTINE, SAVE GAZA

Tuesday, November 27, 2012

:: Lawatan pertama ke Setia City Mall ::

Assalam..

Ahahaha... macam lawatan pegi mana jek... :P

 
 -Ihsan Google-

 -Ihsan Google-
  
Sabtu lepas.. ajak hubby pegi Setia City Mall... Macam best.. dengar-dengar orang cakap macam best.. tu yang cam bersemangat jer nak pegi.. punya la jauh la hai... dari Sri Damansara nak ke Setia Alam tu bercinta jugak la nak sampai...

Hajat hati nak tengok - tengok jer... hubby pun baik hati layan kan jer bini dia nih... jalan-jalan katanyer...

Dalam tengok-tengok jer tuh... hubby plak yang shopping... belek punya belek kasut kat Clarks, terus membeli.. owh.. hubby ku memang kuat shopping.. *geleng-geleng kepala..pening..pening*

Aku pon amik le kesempatan shopping bedsheet ngan quilt Akemi.. ada sale plak kan... hmm.. membeli la.. kalo bukan aku yang shopping bedsheet ni sape lagi la gamakanya ye tak?

Sejam jer pon jenjalan kat Setia City Mall tuh..tak puas cuci mata.. 9.45pm dah gerak balik dah.. jauh tuh nak menapak ke Sri Damansara...

Entah bila lagi la nak buat lawatan kedua... huhu

Thursday, October 11, 2012

:: October 11 ::

Assalamualikum...

Dear sweet reader,

Dah lama sangat tak update blog.. banyak sebenarnya benda nak story tapi macam tak berapa nak sempat untuk di update blog nih. Sempat upload gambar kat facebook jer. Owh... busy nyer saya.. duh! Hakikatnya memang sangat sibuk. Oh sibuknya..saya sibuk sekali..

Banyak sangat benda nak di sibukkan.. nasib baik minggu ni kat office tak berapa nak sibuk.. kena siapkan satu interim valuation jer.. pastuh tengok-tengok mana VO yang perlu di bereskan. Selebihnya, saya goyang kaki.. oppsss... Mungkin sebab minggu depan saya nak cuti lagi.. owwhh.. ke luar kota lagi kita.. nak nyanyi jap..

~~ Buku merah
jangan lupa bawa
moga-moga
belum tamat tempoh,
kali ini pergi lebih lama,
pergi lebih jauh...
lalalal ~~ 

Hmmpp.. jangan marah yer Bos.. saya cuti tanpa gaji... :)

Oh ya.. kepada kengkawan yang berada di sekitar bandaraya Kuching meow meow.. Kiosk e'marja babywear akan di buka pada 15 Oktober 2012 di Baoulevard Shopping Mall.. Tingkat 1 .. jemput la singgah...:) Maybe 14 (Ahad) tuh dah start buka.. so, jemput2 la singgah.. terutamanya untuk kengkawan yang ada baby...

Sekian shaja dari saya untuk kali ini... lenkali saya raji saya update lagi...

Jamu mata kejap...

Family Vacation @ Universal Studio Singapore...






Wednesday, August 15, 2012

:: Iftar @ Restoran Rebung Chef Ismail ::

Assalamualikum..

Isnin ari tu buka puasa kat Restoran Rebung Chef Ismail kat Bangsar. Berbuka puasa dengan kengkawan sekolah rendah Encik Suami.

Sekolah rendah??? Wow.. kagum kejap... aku nih kengkawan sekolah menengah pun dah tak jumpa dah... ahaha.. kengkawan U pun sekerat dua jer..

Salah seorang kawan Encik Suami tu baik dengan Chef Ismail... sempat la jugak kitorang nih berposing-posing dengan Chef Ismail...

Ramah orang nyer.. and very down to earth..bak kat omputeh... i like!!

Sempat jugak merasa kueh tat nenas fresh dari dapur Chef Ismail... panas-panas lagi masuk dalam tekak.. sedap! sambil-sambil dia bagi nasihat tentang kehidupan... best kan? hmm.. suke sangat kat dia...

Semalam aku upload la gambar kitorang ngan Chef Ismail... encik suami pun tag la kengkawan dia... pagi nih.. terkejut aku.. Chef Ismail comment aku nyer gambo... aiseh... cam mimpi plak... ehehe.. Tengkiu Chef.. I leb yu... :)

Ni la dia muka-muka excited jumpe Chef Ismail... especially yang pakai baju itam polkadot tuh... ehe

Monday, August 13, 2012

:: Dendang Perantau ::

Assalamualaikum...

InsyaAllah lagi beberapa hari jer lagi nak raya...

Excited? hmm.. biasa-biasa jer..

Rasa berat plak nak melepaskan Ramadhan...

Tak puas rasanya berada di bulan Ramadhan... masa sangat cepat berlalu.. sedar-sedar dah nak hujung Ramadhan...

Tahun nih giliran beraya di kampung saya... :)

Kesian pulak kat encik suami... genap tahun yang ke 30 beraya, kena beraya di peratauan pulak...

Yang tak tahan nya.. setiap kali dengar lagu raya mula la cik abang tuh buat-buat muka sedih... alahai.. Kadang-kadang geram jugak.. terkeluar jugak ayat tak best dari mulut nih... adeh.. buat dosa di bulan Ramadhan nih...

Tahun nih, semangat raya tuh dah kurang... mungkin faktor usia.. keseronokan menyambut Syawal tu dah tak sama macam dulu-dulu...

Terkenang zaman kana-kanak dulu... hari raya sangat di tunggu-tunggu... bukan sebab nak kutip duit raya... tapi nak kira berapa banyak rumah dah pegi masa raya... duit raya tu kira bonus..kalau ada, adalah.. kalau takder, ok jer... :) minum air gas sampai demam-demam...

Bulan puasa kali nih, encik suami sangat sibuk... berbuka sorang-sorang tuh dah biasa dah... hujung minggu pun encik suami kerja.. kalau nak shopping, kena la roger-roger sepupu.. nasib baik ada sepupu kat sini.. ehehe.. nasib baik jugak parents datang sini shopping raya.. ada la jugak cuci-cuci mata...

Basically, baju-baju raya & tudung dah beli dah sebelum puasa... kali nih, alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit, shopping gift raya untuk parents, siblings, in-law , nieces, nephews... seronok gak shopping untuk orang lain nih..  paling best beli baju baby safiyyah.. comel-comel sangat baju baby girl.. rasa nak borong semua jer..

InsyaAllah, Jumaat nih balik Kuching..tak sabar nak peluk cium Safiyyah...ehe. & Rabu balik KL balik..then balik Muar pulak...:) Tahun nih tak merasa la beraya di Terengganu... family in-law balik terengganu raya pertama... InsyaAllah, taun depan..:)

Sekian, coretan sebelum raya..

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin..

Maafkan saya andai ada tersilap bahasa sepanjang menulis di blog ini... :)

Wednesday, July 25, 2012

:: Al-Fatihah buat Siti Khuzaimah ::

Assalamualaikum...

Al-Fatihah buat Siti Khuzaimah, salah seorang mangsa yang terkorban di dalam nahas helikopter terhempas minggu lepas.

Bila baca status kawan kat FB tentang heli terhempas and salah seorang mangsa adalah seorang QS, hati berdebar-debar... Ya Allah..siapalah QS tu?? mula tercari-cari terfikir-fikir kengkawan QS kat Kuching. Di dalam hati berharap sangat yang aku tak kenal QS tuh..

Bila baca lagi status/post kat FB, makin berdebar-debar.. dengar-dengar QS kat tempat aku pernah praktikal... terus pop-up satu nama.. Abu Zar.. classmate aku.. then.. teringat lagi sorang.. junior... cuba nak recall nama budak tu.. aku ingat muka dia je..

Hari sabtu, tengok lagi update kat FB.. (ya Allah.. tak tengok berita aku nih.. nasib ada FB...:p ) .. baca status ucapan takziah dari lecturer kitorang.. sah la.. Siti Khuzaimah... ya.. Siti Khuzaimah... aku dah ingat nama dia... junior aku masa kat UTM... pernah praktikal kat opis kawan aku Seng.. and keje kat tempat aku praktikal dulu... aku ingat dia sebab dia pernah contact aku dulu.. tapi aku tak ingat pasal apa..

Macam tak percaya je... terbayang-bayang lagi wajah Kuzai yang selalu senyum...

Tak sampai hati nak baca berita kat paper.. baru hari ni baca paper online...hmmm....

Semoga Allahyarham tenang di sana.. dan rohnya di cucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh.

Semoga keluarga Kuzai tabah menghadapi dugaan ini..



Wednesday, July 18, 2012

:: Majlis Akikah Safiyyah ::

Assalam...

Last week akikah Nur Safiyyah Areefah... akan buah aku yang ke empat... si bambam...

tak banyak ambik gambar... si safiyyah nih asyik tdo jer... ehehe...

pipi yang tembam tu sangat sedap di gomol-gomol! dan jugak di gigit!




Ni sepupu saya.. anak Usu.. namanya Syuhada... :)

Safiyyah with Nek Wan

Saturday, July 14, 2012

Bila artis kurang adab..

As salam...

Berhujung minggu di Sarawak Tanahairku... ada majlis aqiqah baby Safiyyah yang gendut... ehehe

Al-kisah artis yang kurang beradab...

Untuk hari ni, adik aku si Naim kena dapat tugas daripada abang ipar aku gi ambik satu kumpulan yang salah seorangnya ialah artis terkenal.. dari airport ke hotel..

Soalan pertama yang di tanya sang artis kepada Naim ialah ... 'kat mana nak beli Vodka?'

Terkedu sekejap Naim... yang bertanya tu seorang melayu ISLAM.. dan yang ditanya juga seorang melayu ISLAM...

Sang artis plak boleh cakap camni bil adik aku cakap dia tak tau...

"Takkan tak tau.. bukan semua orang sini minum ker?

Kurang ajar giler statement!!! Aku plak yang rasa nak kasi penerajang kat sang artis tu... ikut sedap mulut dia jer cakap semua org kar sini minum air kencing setan tu.. ingat kitorang ni jahil sangat ker?? Bodoh!!

Walau tau sekalipun kat mana nak beli, takkan nak bawak dia pegi beli kot... membawa pun dah berdosa!!

Oklah ..malas nak citer panjang.. citer dari airport ke hotel sangat annoying.. all is about those haram thing...

Astaghfirullah...

La ilahaillaanta subhanakainni  kuntuminazzalimin...


Monday, June 25, 2012

:: Bila mereka berbaju MAGENTA ::

Hola...

Berhujung minggu di Pulau Pangkor...

Seronok...

Yang tak berapa nak seronok, orang ramai sangat kat pantai... ehehe.. weekends.. mesti la orang ramai..

Citer pasal baju Magenta...

Aku yang dok cadang soh buat baju magenta.. dah hubby soh aku pilih kaler.. aku pilih la magenta.. hubby pun ok jer.. dah tanya kat depa2 semua tu.. semua dok kata ok.. tak tau la kalo dalam hati rela dalam tak rela nak pakai baju magenta especially jejeka-jejaka tu semua.. ehehe..

Nasib baik masa balik hari ahad tu semua nampak cool jer pakai t-shirt magenta... ehehe..


Kitorang memang COOL!!!

Hopefully next time akan ramai lagi yang sudi nak join aktiviti kitorang nih.. bertambah meriah.. asek asek budak laki DBQ jer...  sib baik wife diaorang super cool.. :)

Tuesday, June 12, 2012

:: Bantu Doa ::

Assalamualaikum...


Teman-teman maya yang baik hati... kakak aku pagi nih dah masuk wad untuk deliver her 4th baby... tapi sampai sekarang baby nya belum keluar... menurut abang ipar aku ada masalah sikit dan perlu di operate... 


Mohon doa semuanya... semoga my sis & her baby selamat... InsyaAllah... Amin ya Rabbal A'lamin... 

Monday, June 11, 2012

:: Gila - gila remaja ::

Assalamualaikum..

Hola..

Last Saturday, ikut hubby pegi kenduri kawin schoolmate dier.. kat JB.. majlisnya kat Sangkar Kristal.. INterseting wedding ceremony.. combination of modern and traditional... masa kat wedding tuh, ada sorang mamat yang nampak sangat-sangat la familiar...bila tanya hubby, hubby cakap mamat tuh budak UTM.. owh.. no wonder la cam familiar..pernah nampak kot dulu kat UTM...

Lama jugak aku dok pikir.. siapa dia? siapa dia? Finally!! Abang PARAM!! Ahaha... PARAM = Pasar Ramadhan.. bukan Param yang pelakon tuh tau...

Al-kisahnya.. dowlu2 masa zaman gila-gila remaja..aku dan beberapa orang sekutu aku.. C-yah, Yusmah, Rozie, Liyana.. sangat suka bagi gelaran kat orang-orang yang selalu sangat kitorang terserempak, terjumpa or ternampak sekitar UTM... especially kat PARAM...masa bulan puasa... ehehe.. tak senonoh tul perangai...

Dan.. mamat yang aku jumpa sabtu lepas adalah salah seorang daripadanya.. sebab muka dia ala-ala Shah In-Team (time dulu2 kan glemer giler).. muka dia melekat la kat 'hati' kitorang nih... terserempak/terjumpa/ternampak mamat nih hampir setiap hari kat PARAM... maka dapat la dia nama Abang PARAM... :)


Selain Abang PARAM.. ada jugak yang dapat nama Taufufa... sebabnya tiap kali jumpa dia, dia beli / bawak TAUFUFA... melekat terus.. walaupun akhirnya kitorang tau gak nama sebenar Taufufa, still jugak namakan dia Taufufa... dalam banyak-banyak nama nih, TAUFUFA yang paling kitorang ingat sekali... Syed Taufufa... ehehe

Ada kagi a few names yang aku dah tak ingat dah...

Rindu la UTM.. and those 'notty' days with my buddies.. Asiyah, Yusmah, Rozie n Liyana... :)





Tuesday, June 05, 2012

:: Revenge ::




Malam nih finale tv series Revenge kat Starworld... semalam dah tercekik bila tengok Nolan kena cekik... cam berdebar-debar plak nak tau pe jadik kat Emily malam nih..

Once upon a time...


Semalam adik aku upload gambo nih kat facebook... terpana aku kejap.. Oh my Gucci!! Kurus giler aku... ahahahahaha... Nih gambar taun 2003 masa wedding kakak aku... gambar nih dah 9 tahun.. time nih aku muda remaja lagi.. 30 tolak 9 braper? kira la sendiri yer... berat badan sekarang pun dah bertambah sama dengan umo.. ehehe... 

Sekarang nih gambar family aku akan penuh satu gambar... ahli dah bertambah-tambah... menantu dah 3.. cucu plak dah nak bertamabh lagi sorang jadik 4... haaa.. selain daripada saiz juga bertambah... ehehe...

Friday, June 01, 2012

:: Gendang Sarawak vs Caklempong ::

Assalamulaikum...

Selamat hari Khamis... :)

Last weekend, berlansungnya majlis sambut menantu adik aku kat Johol, Negeri Sembilan... Maka itu, Jumaat malam, bermulalah perjalan Rombongan Cik Kiah Haji Jamil ke Negeri Sembilan.... ehehe...

Berbalik kepada kenduri kat Sarawak, as usual, bapak aku akan ambik Kumpulan Gendang Sarawak untuk buat persembahan sepanjang majlis. Dan pastinya kumpulan gendang nih merupakan favorite mak aku yang mana salah sorang ahlinya bekas jiran aku...

~ gendang melayau sarawak ala-ala moden~

Secara ringkasnya, gendang melayu sarawak nih selalu di persembahkan semasa majlis kenduri kawin.. biasa orang buat malam sebelum kenduri... tapi bapak aku buat siang semasa majlis berlangsung... lain sikti dari kebiasaan...

Masa kenduri kat Negeri Sembilan, rombongan dari sarawak di sambut dengan Caklempong... Diringi kumpulan Caklempong dari dari tempat letak kereta sehingga ke depan rumah pengantin. Sepanjang majlis telinga di jamu dengan caklempong... power owkey diaorang nih.... :)

Rombongan Cik Kiah sibuk ambik gambo... ehehe


Wednesday, May 30, 2012

:: Sunan Musafir ::

Alhamdulillah...

Bertemu jugak dengan Sunan Musafir .. akhirnya...

Tak sengaja tersinggah kedai buku... mula-mula nak pegi ofis hubby jer ambik broadband. Kebetulan hubby ada kat ofis, terus pergi makan kat The Curves... hubby plak baik hati temankan aku yang MC nih jalan-jalan dengan syarat malam nanti kena tolong hubby buat claim... ahahaha... Yess Bossssss!!

Ini lah dia yang di cari-cari... hardcover okey! tak penah aku beli novel hardcover nih kecuali beli  novel masa Big Bad Wolf... ehehe...


Ternampak pulak novel Kak Su... Nyanyian Tanjung Sepi... dah lama cari... jumpa plak semalam... satu-satunya novel Kak Su yang ada di rak buku MPH.... hmmm...

Ramlee Awang Mushid & Noor Suraya... dua penulis paling aku suka... :)

~~ ulang baca Tanah Andriyana sambil layan  MC hari pertama ~~~

:: Ratu MC ::

Assalamualaikum....

Hmmm... aku la Ratu MC tuh.... ehehehe

Awal bulan ari tuh dah MC sehari... tak abis lagi bulan May dah MC lagi 2 hari... bulan May nih jer aku MC 3 hari... belum kira lagi bulan-bulan sebelum nih... sebulan sekali kot MC.. aku rasa aku yang paling selalu claim medical kat opis nih... nasib baik tak der / tak di nyatakan sebarang limit untuk medical claim... so, belasah jer la.. selagi bukan bill specialist... ok lah tuh kan.... Alhamdulillah... ringan sikit beban... tau-tau jer la kos perubatan sekarang nih... deman-deman biasa pun dah kena RM70..

Sejak dok Sri Damansara lebih setaun dah... aku rasa semua klinik kat Sri Damansara (SD6-SD15) termasuk la klinik gigi aku dah try... dah tau dah mana yang murah mana yang mahal mana yang berkesan ubatnya mana yang baik doktor nyer... haaa... hebat tak hebat tak tau la aku....

arap-arap lepas nih takder dah MC2 nih sumer..

Hmmm... kalo makan Duphaston memang ada side effect eh ngan period?? sape boleh tolong jawabkan soalan aku ni? huhuhu Duphaston nih doctor kasi masa aku pergi check ngan gyne ari tuh... sebab tak serius, doc just kasi Duphaston yang perlu di makan pada hari ke-12... aku yang tak berapa nak arif tentang ubat-ubat nih buat la research n tau la yang Duphaston nih ialah ubat hormon rupenyer.... haish... dah doc kasi, makan jer la ....for 2 weeks.. bila dah makan selama seminggu, tetiba cam period plak... tapi sikit sangat... period jadi selang-selang plak.. hari ni ada esok tak der..lusa ada plak... sampaila hari ke 14 aku makan Duphaston nih, aku betul-betul yakin yang aku period walaupun belum  tiba masanya... sesuatu yang pelik.. tapi aku just positif jer.. maybe pengambilan Duphaston tuh untuk membetulkan kitar haid aku yang selalu lambat...hmmm....


Thursday, May 10, 2012

May 10, 2012

Assalamualaikum....

Ehem... baru berkesemaptan nak mencorat-coret kehidupan kat sini... Sibuk memanjang... Sibuk dengan majlis perkahwinan adik tersayang.... Sibuk juga dengan sakit pening.. Bersambung lagi kesibukan kerja, mengira kepingan2 LEGO (site valuation), site meeting bla.. bla.. bla..

Alhamdulillah.. hari ni bernafas seperti biasa..

Banyak lagi agenda nak buat untuk bulan-bulan kedepan. Terdekat, majlis sambut menantu kat Johol Negeri Sembilan lagi 2 minggu i.e. May 26,2012. Hari Jumaat dah kena g Johol. Family sampai Jumaat malam terus ke Johol. Kenduri hari Sabtu, rombongan balik Kuching hari Ahad.

Sepanjang bulan Mei.. hubby sangat sibuk.. so, saya kena pikirkan apa saya nak buat bila hubby takder kat rumah.. Nasib baik sepupu saya si Suria dah transfer sini.. Ada jugak la teman nak melepak. Tempat yang di tuju.. tak der lain la.. Jalan TAR.. SOGO.. Maybe next time nak pergi Midvalley plak..

Weekend nih Mother's Day!! Dah discuss dengan Adeng nak kasi ape kat mak.. Weekend nih pergi cari.. :)

A'ah la.. hari nih birthday Kak Shikin.. kakak ipar ku.. :) Happy Birthday Sis!!

Untuk mak.. Happy Mother's Day!! ADIK SAYANG MAK!!

Tuesday, April 24, 2012

:: Event The Gathering; Wash & About by The Telekung Project & SERI's Spa ::

Bismillahirrahmanirrahim...


Ari nih nak share satu komuniti yang saya follow di facebook...




Serba sedikit tentang Telekung Project saya copy past dari laman facebook TP...


The Telekung Project is a mini project to help 'waqaf telekung' preserve it cleanliness. Please support us to make our prayer more 'kusyuk'! 
Daripada project keluarga kini THE TELEKUNG PROJECT telah menjadi suatu komuniti FB yang telah bergabung secara ukhwah 'maya' dan 'realiti'. Ia bukan lagi project anak - beranak, tetapi ia kini adalah project usaha sama sahabat - sahabat Telekung Project. 


InsyaAllah..


29 April nih, Telekung Project dengan kerjasama SERI's SPA akan mengadakan satu Event The Gathering; WASH & ABOUT bersama anak-anak yatim Rumah At-Taqwa serta anak-anak Solehah..


Antara aktiviti utama event ini ialah


Treatment SPA iaitu gunting rambut, cuci rambut dan manicure anak-anak yatim!!
Saya boleh bayangkan bagaimana seronoknya event ini... Kepada yang nak join boleh la jenguk-jenguk kat sini ------>> The Gathering; WASH & ABOUT 
Kecewanya sebab tak berkesempatan nak join event nih.. balik Kuching.. adik kawin... :)


Kepada kengkawan semua, jom la support TELEKUNG PROJECT...  dan support event The Gathering; WASH & ABOUT

Semoga sumbangan kita yang sedikit untuk menggembirakan hati anak-anak yatim ini akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t



Kepada kengkawan yang ada Telekung terpakai atau baru yang mahu di sumbangkan boleh la sumbangkan kepada Telekung Project nih... nak buat sendiri pun boleh... Sama-samalah kita saling bantu membantu untuk memastikan solat kita sentiasa khusyuk.. InsyaAllah.. :)
 

Monday, April 16, 2012

:: takut ::

Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah.. tiba-tiba perasaan takut tu datang pagi nih.. hati berdebar sangat-sangat... ni tengah duduk tunggu cik G-Na di servis.. ceritanya, sabtu lepas aku pergi klinik yang di recommend oleh sepupu aku.. dia temankan.. katanya, doktor tu ok, boleh scan.. so, pegi la aku.. buat scan.. dan resultnya tak begitu baik.. doktor tu refer aku ke doktor pakar.. aku pilih doktor hospital tawakal.. arini ingat nak buat appointment... tapi, tetiba aku rasa takut sangat.. takut nak jumpa doktor!! sampai kesudah nombor telepon tak tertekan-tekan gak.. sebab nebes.. badan pun rasa gigil-gigil... Ya Allah.. jadikan lah aku kuat sekali lagi.. kuatkan tekad aku seperi Kau kuatkan tekad aku untuk pegi klinik n scan sabtu lepas! amin...

Wednesday, March 14, 2012

:: Dunia Semakin Kejam? ::

Assalamualikum...

Dunia tidak kejam... tetapi manusia-manusia yang menjadi penghuni dunia ini yang sudah semakin tidak punya akal pertimbangan..lagak kejam semakin berleluasa.. tanpa hati nurani tanpa perikemanusiaan...

kanak-kanak untuk disayangi.. bukan untuk di bunuh, di dera, di buang... tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan sebenar manusia-manusia yang sanggup mencederakan malah membunuh membakar kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa tentang dunia.. kesian...

Monday, March 05, 2012

:: Jalan - jalan ke utara ::

Assalamualaikum..

Dah lama sangat rasanya tak berjalan menghala ke utara semenanjung.. rasanya kali terakhir ke Kedah / Langkawi tahun 2001... ye la kan..asyik menghala ke selatan jer.. balik-balik Johor..balik-balik Johor... dari dulu sampai sekarang nih tak sudah - sudah dengan Johor.. dah jadi second hometown plak... ehehe

Ok la.. berbalik kepada jalan - jalan ke utara... 2 minggu lepas, ada budak satu kelas masa kat U dulu kawen kat Sg Petani. So, sebab aku nih kawin nyer ngan budak sekelas jugak, makanya kena la mengikut si suami dan kengkawan nyer yang merupakan kenagkawan aku jugak pergi ke kenduri tuh.. aisyeh.. ayat berbelit... Kawan kitorang nih orang Terengganu.. kawen ngan orang Sg Petani.. Bebudak nih sajer jer nak pegi kenduri belah pompuan sambil berjalan - jalan...

Hari Khamis malam, bertolak la kami ( aku, hubby, digun & pokjak) ke Sg Petani dengan menaiki Cik G-Na.. Malam tuh, Digun yang drive.. mak uihhhh... laju giler dia bawak... mungkin laju la bagi aku sebab laki aku bawak kater selow jer.. :P

Kalo dengan bebudak nih.. jangan harap la nak on time.. hangin jugak aku.. yela..janji gerak pukul 8 malam.. sekali kau pukul 12 lebih baru gerak.. eeee... sabo jer la..

Sampai Sg Petani pukul 4 pagi.. terus pengsan.. barang-barang tinggal jer dulu kat kater...

Thursday, March 01, 2012

Kenapa Malas Solat?

Solat itu lebih baik daripada tidur!
Laungan itu tidak kau endahkan
Kau malah menarik selimut
Sampai ke kepala
Kenapa malas solat?
Kau bilang bukan malas!
Tapi kau tidak sedar
Kerana tidurmu terlalu lena
Azan Subuh kau hanya dengar sayup-sayup telinga
Hari kau mulai tanpa mengingat DIA

Menjengah Asar berlalu Zuhur
Kau sibuk bekerja tanpa sedar
Tanggujawab kepada Tuhan mu
Mudahnya kau lupakan
Kenapa malas solat?
Kau bilang bukan malas!
Cuma kau tak sempat
Mengejar waktu yang singkat
Mengejar tanggungjawab dunia
Lalu kau lupa tanggungjawab kepada Tuhanmu
Siang mu berlalu tanpa mengingati DIA

Tiba Isya' Maghrib menghilang
Tak sempat mu membawa ke malam
Kau terus tenggelam dalam terang
Tanggungjawa itu terus kau abaikan
Kenapa malas Solat?
Kau bilang bukan malas!
Tapi kau penat setelah siangmu yang padat
Kau memilih untuk berehat
Daripada menemui Tuhanmu
Malam kau akhiri tanpa mengingati DIA

Solat itu lebih baik daripada tidur!
Kau tetap begitu....


~tinta emmie marja~

Thursday, February 09, 2012

:: Site valuation @ Legoland, Nusajaya ::

Assalamualikum...

Penat semalam masih terasa lagi...

Dah lama sangat rasanya tak berpanas sakan..maybe next time aku nak bawak topi 'bercanda di tepian pantai'.. site macam padang jarak padang tekukur... takder pokok... pokok baru nak tanam ada la.. cam idup segan mati tak mau jer aku tengok... cian pokok-pokok..

Rasa penat sangat sebab bangun pagi-pagi nak kejar flite kol 7.35 pagi. Terpaksa la bangun pukul 4.30 pagi.. kol 5 dah gerak dah pegi KL Sentral... mengejar plak ERL pukul 5.40pagi.. sib baik sempat.. 28minit ke KLIA sempat jugak la lelap...

Sampai JB pukul 8.15pagi.. amik teksi pegi Anjung Food Court, Nusajaya. Nasib baik pegi berdua dengan Lia.. sebenarnya aku temankan cik Lia.. ehehe...

Site valuation start pukul 10am.. kalo ikut tentatif diaorang nih kol 9 tapi biasa la kan... janji manusia... Cuaca sangt panas! Site takder la besar sangat pun tapi cukup besar la untuk membuat aku rasa nak pengsan.. ahaha...

abis site valuation pukul 1 lebih. Pegi lunch then kol 3 pakcik teksi datang ambik.. niat di hati nak la jugak singgah Johor Premium outlet (JPO) tapi apa kan daya... tengok jer la dari tepi jalan.. tak sempat... sampai airport, solat, terus boarding... fuh! penat giler rasa... kaki dah tak larat nak jalan...

Kepenatan melampau. Mungkin sebab dah lama sangat tak pegi site. pastu badan dah makin berat.. ahahaha... kesimpulannyer... kena la rajin-rajin berjalan... exercise kaki dan tumit...

Friday, February 03, 2012

::Terengganu 2012 ::

Assalamualaikum...

Selamat hari Jumaat... :)

Hari nih nak sharing cuti-cuti Terengganu.. cam dah basi tapi nak sharing sharing jugak... :)

Tahun Baru Cina baru nih, kitorang pergi Terengganu for my cousin's wedding... majlis sambut menantu. Rumah pengantin lelaki kat kampung Kubang Jela, Kuala Terengganu. Tak ramai family dari Sarawak yang dapat datang. Last minute.. tak sempat nak cari tiket flite murah... Walaupun ber-7 jer tetap MERIAH!!! biasalah kan.. kerutunan Haji Seman yang havoc... ehehe

My parents datang KL ari Jumaat (20 January 2012) then bertolak ke Terengganu keesokannya. Mok Nor (auntie), Mok Udin (uncle) and Adi (cousin) direct ke Kuala Terengganu Jumaat tuh.

We arrived Kuala terengganu aound 3pm gitu la... sampai-sampai jer terus pegi Pasar Payang sebab family makcik aku tengah cuci mata kat Pasar Payang. Dari Pasar Payang, minum-minum kat tepi pantai. Somewhere at seberang takir. aku pun tak tau nama tempat tuh. Pak Pengantin yang bawak...ehehe... Dah kenyang, baru pergi homestay.. Hmm.. not bad la homestay dia... 2 bilik dengan ruang tamu yang besar. Satu bilik untuk ladies, satu bilik untuk gentleman.. Hero dua orang (my hubby & Adi) tido luar... ehehe... Lepas Maghrib, pegi rumah pak pengantin.. MAKAN!! ehehe... family mertua Cik Mala( mak pengantin) sangat la baik.. i LIKE!!

Kenduri hari Isnin... so, ari Ahad.. jalan-jalan dulu kat Kuala Terengganu... akhirnya, kali ketiga melawat terengganu, aku sampai jugak kat MASJID KRISTAL!!! kebetulan Sultan Mizan ada function.. merasa la Haji Jamil bersalam dengan Sultan Mizan. ehehe...
Sempat jugak naik TTI River Cruise... menyusuri sungai Terengganu... :)
Lepas naik cruise, masuk Taman Monumen plak... time tuh cam dah tak larat nak jalan sebab sebelum sampai TTI, kitorang pegi jalan-jalan tempat lain dulu... last-last sewa buggy jer... semua kepenatan... sampai kan nak kuar dinner pun tak larat.. ahaha.. tapi kuar jugak.. balik dinner singgah rumah auntie Yah.. Balik tuh semua terus pengsan!!
Isnin... kenduri...
lpeas kenduri, terus balik KL... sambung berjalan plak kat KL.. sempat pegi Nilai... :)

Thursday, February 02, 2012

:: Hasil di kedai buku ::

Assalamuaikum...

Semalam cuti.. hari wilayah... tapi hubby keje.. niat hati nak g Ikea tapi tak jadi sebab jalan jem sangat dari Kota Damansara nak ke Ikea.. last-last pegi Giant KD jer.. huhu.. nak cari hadiah untuk Haris.. anak Cik Shud.. Nasib ada kedai buku kat Giant.. dapat gak la hadiah untuk Haris...

Happy Birthday dear Haris Amri... Haris dah 3 tahun (31st Jan).. hadiah untuk Haris daripada auntie emi... semoga bermanfaat untuk Haris dan adik Haris, Hafiy... :)

Dear friends... ehehe
Perasan kreatif la konon... :P

Tuesday, January 31, 2012

2012

Assalamualaikum...

Entry pertama di tahun 2012...

Apa yang baru di tahun baru?

Hmm... takder yang baru.. biasa-biasa jer... menjalani hidup seperti tahun - tahun sebelumnya... cuma usia sahaja yang bertambah dari hari ke hari.. 2012.. 29+1=30 ...