Monday, December 10, 2012

:: Siapa kita untuk mengukur keihklasan mereka ::

Assalamualikum..

Terdetik hati nak update blog nih.. tak nak cakap banyak pun.. sekadar coretan untuk diri sendiri..

Di usia penghujung 30 tahun ini, aku macam baru terbangun dari mimpi.. mula ambil tahu tentang krisis di Palestine - Israel.. Jika sebelum ini aku umpama orang celik yang buta hati.. melihat hanya dengan mata tetapi tidak dengan mata hati... Aku mula banyakkan pembacaan tentang apa sebenarnya yang terjadi.. mula ambil peduli dengan setiap perkembangan di tanah suci Palestine...

Perang 8 hari itu telah membuka hati aku... masyaAllah.. melihat anak-anak kecil kehilangan ibubapa.. melihat anak-anak yang tercedera tapi masih mampu tersenyum.. SubhanAllah.. kuatnya hati mereka.. Ya Allah, Kau lindungilah mereka.. kuatkan hati mereka.. kuatkan keimanan mereka.. Aamiin..

Di Facebook, rancak isu Palestine-Israel di perkatakan. Lebih-lebih lagi bila kalangan selebriti menyertai Misi Solidariti Gaza anjuran badan-badan NGO..

Setiap hari ada saja update daripada peserta MSG nih.. aku like fanpage Heliza Helmi semata-mata untuk mengikuti perkembangan mereka di sana. Aku subscribe Farah Adeeba, aku like Afdlin Shauki.. Aku suka tengok gambar-gambar yang diaorang update.. status-status tentang Gaza dan penduduk Gaza.. Aku tabik mereka semua...bukan sahaja selebriti2 ini tetapi semua yang menyertai misi ke Gaza. Mereka sangat berani. PErlu diingatkan di sini bahawa mereka pergi dengan BIAYA SENDIRI. Bukan dengan duit-duit derma melalui Aman Palestin mahupun Aqsa Syarif.

Dari komen-komen di FB, ada yang mempertikaikan keikhlasan mereka yang menyertai misi ke Gaza ini. Nak mencari publisiti la, macam pegi melancong la (bila ada foto yang mempamerkan wajah ceria peserta misi ini), seronok nak pergi tempat orang berperang... dan macam-macam lagi..

Siapa kita untuk menilai keikhlasan niat mereka ? Tidak salah jika ada sedikit perasaan gembira dan seronok di hati mereka.. kerana tidak semua orang berpeluang untuk menjejak kaki mereka ke sana. Berjumpa sendiri dengan penduduk-penduduk di sana. Berkongsi rasa dengan warga Palestine. Sekurang-kurangnya mereka ada keberanian dan rezeki memihak kepada mereka untuk berada di sana. Wajar untuk mereka merasa sedikit perasaan gembira untuk dikongsikan dengan kita-kita nih... aku risau pulak kalau ada antara mereka nih post gambar nangis, muncul pulak komen kata mereka ni 'berlakon'.. MasyaAllah...

Ada baiknya kita melihat dulu niat hati kita sebelum kita mempertikaikan niat orang lain... Ikhlas itu rahsia Allah.. kita sendiri tidak pernah tahu samaada kita sendiri ni ikhlas ke tidak... jadi, tidak wajar untuk kita mempertikaikan keihlasan orang lain. Hidup jangan terlalu berprasangka buruk.. :)

Sekian.

FREE PALESTINE, SAVE GAZA

No comments: