Monday, October 17, 2011
:: 9 Siti Yang Hebat ::
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
...
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'.
p/s : jadikan 9 Siti ini sebagai idola kita.. ;)
Monday, October 03, 2011
:: Bila Berubah Bukan Kerana Allah s.w.t ::
Tergerak hati untuk menluahkan apa yang terbuku di hati bila melihat sesuatu yang tidak berapa nak berkenan di mata...
Setiap manusia wajar mempunyai keinginan untuk berubah ke arah kebaikan.. tidak ada manusia di dunia nih yang berazam untuk menjadi jahat atau berubah dari sesuatu yang elok kepada sesuatu yang jelik..meliankan dengan kehendak Allah s.w.t. Hati kita milik Allah s.w.t. dan hanya Dia yang berhak ke atas hati kita. Allah juga mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk berfikir mana yang patut mana yang tidak.
Aku sarankan, berubahlah ke arah kebaikan kerana Allah s.w.t dan bukan kerana MANUSIA..
Tak perlu pergi jauh untuk mencari contoh, di sekeliling aku sendiri ada beberapa teman jauh dan dekat yang sedang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.. terutamanya wanita-wanita yang sedang berusaha untuk menjadi solehah.. dari yang selesa menggayakan rambut tiba-tiba terdetik hati untuk menyimpan mahkota kepada yang berhak sahaja... hati melihat dengan lapang dada dan penuh kesyukuran kerana makin ramai wanita yang menutup aurat..
Namun, apa yang menyedihkan.. perubahan itu ternyata hanya sementara..ada kalanya bersifat 'ujikaji' dan juga mengikut arahan seseorang... kecewa bila melihat seorang wanita yang sudah cantik menutup aurat, membuka kembali auratnya bila 'seseorang' itu tidak lagi wujud dalam hidupnya... aurat di buka kembali bila 'ujikaji' itu gagal.. tiada kesesuaian dan sebagainya.. Sedihkan? Inilah yang terjadi bila berubah bukan kerana Allah s.w.t.
Aku bukan bagus sangat nak menegur, tapi aku rasa kecewa bila melihat perkara macam nih terjadi..terutama dalam bab bertudung nih..sekejap pakai sekejap buka.. kalo pakai, pakai la terus..tak payah bukak-bukak lagi dah..pakailah dengan sempurna..biar tutup semuanya...jangan tiba-tiba jambul tersembul pulak...
Maaf kalau ada yang terasa.. hanya luahan hati aku yang kecewa...
Tuesday, August 02, 2011
:: Hari Kedua Ramadhan...::
Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua...
Alhamdulillah... dah masuk hari ke-2 bulan Ramadhan... Semalam berjaya menamatkan sehari..semoga hari ini pun sampai ke penghujung hari..InsyaAllah... :)
Dah dua hari dah bangun sahur... hari pertama bukan bangun sebab sahur, tapi sebab sakit perut.. bila dah melayan sakit perut, terlepas masa sahur. Pagi nih plak, bangun sahur tapi makan cereal jek. Dah bertahun - tahun sahur bapak yang kejutkan bangun sahur..mak yang masak sahur.. Tahun nih kena bangun sendiri..apa nak makan pun kena pikir sendiri..asben tak bangun sahur.. dia sahur sebelum tido..kol 1-2 pagi..time tuh aku dah berdengkur... adoi.. liat jugak la nak bangun.. tapi mengenangkan perut..kena la Aja! Aja! Fighting!
Semalam berbuka ngan nasi biryani ngan kueh mueh then air jagung... berazam jugak nak masak sendiri tapi kekangan waktu tidak mengizinkan... hmm...
Walaupun di bulan Ramadhan, rutin harian harus di teruskan. Banyakkan bersabar. Jaga tingkah, jaga pertuturan. Jangan melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan pahala puasa. Peringatan untuk diri sendiri. Semoga datang rezeki yang di nanti di bulan mulia ini. Amin.
Thursday, July 14, 2011
:: Mari Sokong Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ::
Assalamualaikum..Pagi nih CE bukan nak menyapu si air mata...
CE just nak share 'Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata' , sebuah program amal yang dijalankan oleh Tam Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata...
Program ini bertujuan mengumpul Baju Melayu BARU dan Baju Kurung BARU uttuk anak-anak yatim dan golongan kurang mamp bersempena dengan kehadiran Aidilfitri.. Tahun nih merupakan tahun kedua program ni dijalankan... tahun lepas (2010), sebanyak 3,000 helai Baju Melayu/Baju Kurung berjaya di kumpul dan di agihkan. (sumber SINI)
Untuk maklumat lanjut, boleh la melayari laman web nih...

Sebar-sebarkan dan selamat beramal...:)
Tuesday, June 21, 2011
:: Keistimewaan wanita menurut Islam ::

~google image~
Keistimewaan wanita menurut Islam yang telah disebutkan di dalam beberapa hadith sahih dan difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur'an. Ini menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang solehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga !
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih mulia darjatnya daripada 70 orang lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Manusia yang takutkan Allah S.W.T pula akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya adalah sama seperti bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyenangkan hati anak perempuannya pahalanya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w)
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga .
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
8. Syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila ayah dan ibumu memanggilmu serentak , Rasulullah s.a.w telah mengajar kita untuk menjawab panggilan ibu terlebih dahulu.
10. Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup untuknya pintu-pintu neraka dan terbuka baginya pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, para malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya akan beristighfar untuknya selama mana dia masih taat kepada suaminya
12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang lebih berhak terhadap seorang lelaki ?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W lagi, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia ke dalam syurga melalui pintu syurga yang mana satu yang dia kehendaki.
14. Setiap seorang perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mengurniakan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit ketika hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali Allah S.W.T.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 orang lelaki yang jahat.
22. 1 rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani suaminya dengan baik apabila suaminya pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang membenarkan suaminya keluar berjuang di jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, wanita itu juga akan menjadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari syurga dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta akan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga ananyak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya Allah akan memberi 12 tahun pahala beribadah.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan membaca "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid di jalan Allah.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sehingga mencukupi tempoh(2 thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan membawa khabar berita itu ke syurga dan syurga itu dikatakan adalah wajib baginya. Dan jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang sedang menangis, InsyaAllah Allah akan memberikan padanya pahala satu tahun solat dan puasa.
37. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami mengajarkan isterinya akan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya ,beliau akan mendapat pahala seperti 80 tahun beribadah.
40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan terus kepada wanita yang menutupi auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Bertuahnya menjadi seorang wanita.. :)
Sumber : iluvislam
