Hola...
Adik aku ni ha.. si Naim...
Dah sama macam perangai si Juki..
Juki mana?
Juki anak Bang Long...
Bang Long mana pulak?
Ala.. Aziz Iskandar...
Aziz Iskandar mana ni?
Anak Mak Jah la..
Tak kan tak tau...
Mak Jah citer Keluarga Iskandar...
ehehehe...
Haa.. Naim ni la..
Perangai dah macam si Juki...
Dompet bersepah - sepah...
Hari tu tertinggal dalam kereta adik ipar aku..
Adik ipar aku n wife dia iaitu adik aku Adeng dah otw balik Seremban
Nasib la belum jauh..
Sempat la nak kejar...
Ni bukan kali pertama
Dah banyak kali dah.. tertinggal dompet..
Pernah sekali tertinggal dalam kereta aku..
Dia nak daftar UiTM masa tu..
Tak kuasa aku nak patah balik..
Pepandai ko la... ahahaha
Nak kena belajar dengan Mak Jah ni macam mana nak bagi pengajaran kat Naim ni...
Hishhh...
Showing posts with label :: MarJa ::. Show all posts

Thursday, March 05, 2015
Bila adik aku perangai macam Juki
Monday, August 13, 2012
:: Dendang Perantau ::
Assalamualaikum...
InsyaAllah lagi beberapa hari jer lagi nak raya...
Excited? hmm.. biasa-biasa jer..
Rasa berat plak nak melepaskan Ramadhan...
Tak puas rasanya berada di bulan Ramadhan... masa sangat cepat berlalu.. sedar-sedar dah nak hujung Ramadhan...
Tahun nih giliran beraya di kampung saya... :)
Kesian pulak kat encik suami... genap tahun yang ke 30 beraya, kena beraya di peratauan pulak...
Yang tak tahan nya.. setiap kali dengar lagu raya mula la cik abang tuh buat-buat muka sedih... alahai.. Kadang-kadang geram jugak.. terkeluar jugak ayat tak best dari mulut nih... adeh.. buat dosa di bulan Ramadhan nih...
Tahun nih, semangat raya tuh dah kurang... mungkin faktor usia.. keseronokan menyambut Syawal tu dah tak sama macam dulu-dulu...
Terkenang zaman kana-kanak dulu... hari raya sangat di tunggu-tunggu... bukan sebab nak kutip duit raya... tapi nak kira berapa banyak rumah dah pegi masa raya... duit raya tu kira bonus..kalau ada, adalah.. kalau takder, ok jer... :) minum air gas sampai demam-demam...
Bulan puasa kali nih, encik suami sangat sibuk... berbuka sorang-sorang tuh dah biasa dah... hujung minggu pun encik suami kerja.. kalau nak shopping, kena la roger-roger sepupu.. nasib baik ada sepupu kat sini.. ehehe.. nasib baik jugak parents datang sini shopping raya.. ada la jugak cuci-cuci mata...
Basically, baju-baju raya & tudung dah beli dah sebelum puasa... kali nih, alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit, shopping gift raya untuk parents, siblings, in-law , nieces, nephews... seronok gak shopping untuk orang lain nih.. paling best beli baju baby safiyyah.. comel-comel sangat baju baby girl.. rasa nak borong semua jer..
InsyaAllah, Jumaat nih balik Kuching..tak sabar nak peluk cium Safiyyah...ehe. & Rabu balik KL balik..then balik Muar pulak...:) Tahun nih tak merasa la beraya di Terengganu... family in-law balik terengganu raya pertama... InsyaAllah, taun depan..:)
Sekian, coretan sebelum raya..
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin..
Maafkan saya andai ada tersilap bahasa sepanjang menulis di blog ini... :)

Labels:
:: MarJa ::,
:: Ramadhan ::,
:: Syawal ::
Tuesday, June 05, 2012
Once upon a time...
Semalam adik aku upload gambo nih kat facebook... terpana aku kejap.. Oh my Gucci!! Kurus giler aku... ahahahahaha... Nih gambar taun 2003 masa wedding kakak aku... gambar nih dah 9 tahun.. time nih aku muda remaja lagi.. 30 tolak 9 braper? kira la sendiri yer... berat badan sekarang pun dah bertambah sama dengan umo.. ehehe...
Sekarang nih gambar family aku akan penuh satu gambar... ahli dah bertambah-tambah... menantu dah 3.. cucu plak dah nak bertamabh lagi sorang jadik 4... haaa.. selain daripada saiz juga bertambah... ehehe...
Friday, June 01, 2012
:: Gendang Sarawak vs Caklempong ::
Assalamulaikum...
Selamat hari Khamis... :)
Last weekend, berlansungnya majlis sambut menantu adik aku kat Johol, Negeri Sembilan... Maka itu, Jumaat malam, bermulalah perjalan RombonganCik Kiah Haji Jamil ke Negeri Sembilan.... ehehe...
Berbalik kepada kenduri kat Sarawak, as usual, bapak aku akan ambik Kumpulan Gendang Sarawak untuk buat persembahan sepanjang majlis. Dan pastinya kumpulan gendang nih merupakan favorite mak aku yang mana salah sorang ahlinya bekas jiran aku...
Secara ringkasnya, gendang melayu sarawak nih selalu di persembahkan semasa majlis kenduri kawin.. biasa orang buat malam sebelum kenduri... tapi bapak aku buat siang semasa majlis berlangsung... lain sikti dari kebiasaan...
Masa kenduri kat Negeri Sembilan, rombongan dari sarawak di sambut dengan Caklempong... Diringi kumpulan Caklempong dari dari tempat letak kereta sehingga ke depan rumah pengantin. Sepanjang majlis telinga di jamu dengan caklempong... power owkey diaorang nih.... :)
Selamat hari Khamis... :)
Last weekend, berlansungnya majlis sambut menantu adik aku kat Johol, Negeri Sembilan... Maka itu, Jumaat malam, bermulalah perjalan Rombongan
Berbalik kepada kenduri kat Sarawak, as usual, bapak aku akan ambik Kumpulan Gendang Sarawak untuk buat persembahan sepanjang majlis. Dan pastinya kumpulan gendang nih merupakan favorite mak aku yang mana salah sorang ahlinya bekas jiran aku...
~ gendang melayau sarawak ala-ala moden~
Masa kenduri kat Negeri Sembilan, rombongan dari sarawak di sambut dengan Caklempong... Diringi kumpulan Caklempong dari dari tempat letak kereta sehingga ke depan rumah pengantin. Sepanjang majlis telinga di jamu dengan caklempong... power owkey diaorang nih.... :)
Rombongan Cik Kiah sibuk ambik gambo... ehehe
Tuesday, August 30, 2011
1 Syawal 1432H
Assalamualaikum..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Di pagi mulia ini saya, Emi Falzilah Binti Hj Jamil menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada:-
Suami tercinta, Mohd Najib B Mohd Salleh. Ampunkan segala kesalahan samada yang disengajakan atau tidak di sengajakan..Mohon ampun segala kecuaian isterimu ini dalam menjaga segala keperluan dan juga hatimu. mohon dihalalkan segala makan dan minum sepanjang hampir 11 bulan kita bersama. semoga labaran ini memberi lebih bermakna. Amin..terima kasih kerana sudi menerima isterimu ini seadanya..
Kepada kedua orang tua ku tersayang, Haji Jamil dan Hajjah Maria. adik mintak ampun dan maaf dari segala salah dan silap adik dari hari pertama adik di lahirkan di dunia sehingga hari ini..
Kepada kedua mertuaku, Hj Salleh dan Hajjah Fatimah.. Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..maafkan segala kekhilafan dan kekurangan menantu mu ini..
Kepada seluruh keluarga dan keluarga mertua, ampun dan maaf di pinta seandainya aku ada menguris hati kalian..
Kepada sahabat-sahabatku..mohon maaf zahir dan batin andai aku pernah berkasar atauernah mwnyakiti hati kalian..
Kepada sesiapa sahaja mengenali aku..salam kemaafan dihulur tanda kemaafan di atas segala salah dan silap..
Sekian dari aku..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

Wednesday, August 17, 2011
:: 17 Ramdhan - Bila Jauh... ::
Assalamualaikum...
Pantas..pantas..sangat pantas... 17 Ramadhan??? ada lagi 13 hari lagi..InsyaAllah...
Tak tau nak citer aper ari nih... tak tau apa ada dalam kepala hotak aku nih... yang ada hanya perasaan RINDU... rindu pada mereka, meraka dan mereka yang jauh... Aiseh..waser nak nages plak... huhuhu... Lagi - lagi la di bulan Ramdhan nih... bulan di mana saatnya berkumpul dengan mereka, mereka dan mereka... FAMILY AKU! family MARJA... Mak, Bapak, Adeng, Naim, Kak Nah, Aqilah, Iqbal, Fawwaz.... Rindu gak kat kazem-mazen ku....
Bestnya kalo dapat buka puasa kumpul ramai-ramai ngan family... :(
Sedey..sedey..sedey...

Friday, July 29, 2011
:: Ajaibnya Tangan Ibu ::
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
Tuesday, July 26, 2011
:: Ramadhan kali ini.... ::
Assalamualikum...
Busy nyer semenjak dua menjak nih...Keje pun tetiba makin banyak plak kat opis nih.. sejak take over projek banglo kat Janda Baik, life daku kat opis nih jadi hura hara sket.. sib baik ada senior yang tak membiarkan aku tekapai-kapai di lautan gelora.. adeh..
Petang-petang nih otak dah krem... buat measurement untuk rebar... nak stop jap ar..
Nak citer pasal Ramadhan... tak lama lagi.. lagi 5 hari kita dah nak menyambut bulan Ramadhan... cepatnya masa berlalu...
selepas 29 tahun, bersamaan dengan 29 kali puasa sebelum nih.. taun nih aku takkan merasa berpuasa di Kuching... tak merasa bersahur & berbuka dengan family aku... huk..huk..huk.. sedey nyer... uwaaaaa... (kepada adik-adik ku yang membaca... sila diam2..jangan bagitau mak & bapak)... ahahaha...
Tak tau macam mana life aku di bulan Ramadhan..satu jer harapan aku, semoga setiap hari sempat sampai ke rumah untuk berbuka puasa... aku tak pernah ada lagi pengalaman berbuka puasa di dalam kereta...
Hmmm... mesti rindu ngan suasana kecoh bila time nak g tarawikh..wpun aku awal-awal jer bersemangat.. ooppsss... :P Bila bulan puasa, nama Ustaz Hashim Man menjadi sangat famous kat rumah kitorang... Tiap ari bapak aku mesti ada sebut nama Ustaz Hashim Man nih... Ustaz nih Imam kat masjid dekat umah aku... so, menjadi faveret bapak aku... tiap-tiap malam kalau boleh dia nak solat tarawikh berimamkan Ustaz feveret dia... walaupun bukan faveret adik aku si Naim.. Haa.. sebut pasal Naim, taun nih dia kena puasa kat asrama... muahahaha...
Bila bulan puasa aku teringat satu tragedi bunga api... siyes tak leh lupa... sebab aku yang ajak main bunga api, kaki anak buah aku si Aqilah melecur..adeh.. rasa berdosa siot... padahal bunga api yang kecik warna-warni tuh jer..bukan main meriam buluh ke mercun roket ker... adeh la.. bagaimana kejadiannya tuh susah sikit nak explain.. huhu..anggap jer la aku berdosa... sib baik tak berparut... huhuhu...sadis!
Kalo dulu, time berbuka or 'sungkay', memang happening... lagi-lagi la kalo weekend & sungkay kat kampung mak.. ngan sepupu sepapat... meriah tak hengat!! Rindunya suasana hari raya di desa..hmm.. salah..suasana berbuka puasa di desa...
ok la... tak nak citer banyak..kang tak pasal-pasal aku nekad balik bulan puasa nih..hish... haru..!
last but not least... untuk tatapan aku... 3 budak notty...

:: ngereco ::,
diary seorang QS...:P,
dulu - dulu
Subscribe to:
Posts (Atom)