Wednesday, July 25, 2012

:: Al-Fatihah buat Siti Khuzaimah ::

Assalamualaikum...

Al-Fatihah buat Siti Khuzaimah, salah seorang mangsa yang terkorban di dalam nahas helikopter terhempas minggu lepas.

Bila baca status kawan kat FB tentang heli terhempas and salah seorang mangsa adalah seorang QS, hati berdebar-debar... Ya Allah..siapalah QS tu?? mula tercari-cari terfikir-fikir kengkawan QS kat Kuching. Di dalam hati berharap sangat yang aku tak kenal QS tuh..

Bila baca lagi status/post kat FB, makin berdebar-debar.. dengar-dengar QS kat tempat aku pernah praktikal... terus pop-up satu nama.. Abu Zar.. classmate aku.. then.. teringat lagi sorang.. junior... cuba nak recall nama budak tu.. aku ingat muka dia je..

Hari sabtu, tengok lagi update kat FB.. (ya Allah.. tak tengok berita aku nih.. nasib ada FB...:p ) .. baca status ucapan takziah dari lecturer kitorang.. sah la.. Siti Khuzaimah... ya.. Siti Khuzaimah... aku dah ingat nama dia... junior aku masa kat UTM... pernah praktikal kat opis kawan aku Seng.. and keje kat tempat aku praktikal dulu... aku ingat dia sebab dia pernah contact aku dulu.. tapi aku tak ingat pasal apa..

Macam tak percaya je... terbayang-bayang lagi wajah Kuzai yang selalu senyum...

Tak sampai hati nak baca berita kat paper.. baru hari ni baca paper online...hmmm....

Semoga Allahyarham tenang di sana.. dan rohnya di cucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh.

Semoga keluarga Kuzai tabah menghadapi dugaan ini..



No comments: