Thursday, March 01, 2012

Kenapa Malas Solat?

Solat itu lebih baik daripada tidur!
Laungan itu tidak kau endahkan
Kau malah menarik selimut
Sampai ke kepala
Kenapa malas solat?
Kau bilang bukan malas!
Tapi kau tidak sedar
Kerana tidurmu terlalu lena
Azan Subuh kau hanya dengar sayup-sayup telinga
Hari kau mulai tanpa mengingat DIA

Menjengah Asar berlalu Zuhur
Kau sibuk bekerja tanpa sedar
Tanggujawab kepada Tuhan mu
Mudahnya kau lupakan
Kenapa malas solat?
Kau bilang bukan malas!
Cuma kau tak sempat
Mengejar waktu yang singkat
Mengejar tanggungjawab dunia
Lalu kau lupa tanggungjawab kepada Tuhanmu
Siang mu berlalu tanpa mengingati DIA

Tiba Isya' Maghrib menghilang
Tak sempat mu membawa ke malam
Kau terus tenggelam dalam terang
Tanggungjawa itu terus kau abaikan
Kenapa malas Solat?
Kau bilang bukan malas!
Tapi kau penat setelah siangmu yang padat
Kau memilih untuk berehat
Daripada menemui Tuhanmu
Malam kau akhiri tanpa mengingati DIA

Solat itu lebih baik daripada tidur!
Kau tetap begitu....


~tinta emmie marja~

2 comments:

Daddylicious said...

malas solat bila kita tidak kenal siapa tuhan kita ...


maka 1001 macam alasan yg di berikan...

~emmie marja~ said...

yup.. semoga kita tak menjadi orang yang beralasan dalam mengerjakan solat.. insyaAllah... :)