Wednesday, December 07, 2011

:: Erti hidup... ::

Assalamualikum…

29 tahun bernafas menghirup udara atas ihsan yang Maha Esa.. aku harus jadi insan yang tahu erti bersyukur…

erti hidup bukan terletak pada zahir yang indah mempesona, namun erti hidup juga harus didasari oleh rasa kasih yang tumbuh dalam hati, berkembang membuahkan sayang, terus terbaja membenih cinta. sesungguhnya hati yang kosong tanpa cinta, kasih dan sayang seumpama dunia tanpa warna cerah..

pun begitu, erti hidup juga di dasari oleh rasa duka, kecewa juga sedih.. tanpa mengenal erti duka, kecewa juga sedih, aku takkan pernah tahu bagaimana mahu menghargai erti suka, bahagia juga cinta, kasih dan sayang…

Seandainya satu hari nanti aku berada di atas, semoga aku tidak lupa jika dulu aku pernah berada di bawah, mendongak ke atas mencari punca kenapa meraka berada di atas lantas mancari tangga untuk turut mendaki bersama mereka… terjatuh dan terus bangun lagi..Dia yang Esa tidak pernah jauh..teguh berpegang pada tali doa…

No comments: