Wednesday, April 20, 2011

:: Sutera Bidadari ::

PENGUMUMAN!
Novel Sutera Bidadari oleh Ramlee Awang Murshid akan berada di pasaran. Harganya cuma RM22.00 sahaja


Sinopsis :

SAIFUDDIN (a.k.a Laksamana Sunan)- Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertwakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

RAJA ROMAN (baca balik Cinta Sufi) - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga hujung nyawa.

MAKHLUK SUMPAHAN(watak baru) - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara (baca balik Cinta Sang Ratu) sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeri nama Sifuddin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Sifuddin ke alam tidak berdinding.

SAIFULLAH (watak baru) - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifuddin yang pernah hidup pada tahun 1511.

RAMLEE AWANG MURSHID (penulis) - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang mneguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

CIK EMMIE (peminat setia) - Sangat teruja untuk kembali bersama Lakasamana Sunan. Menyusuri pahit getir pengembaraan bersama HERO nya..Laksamana Sunan a.k.a Saifuddin... ehehehe.. nih CE tambah sendiri...:P

NAK KUPON DISKAUN PESTA BUKU ANTARANGSA KL??? KLIK SINI...

No comments: