Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..
Friday, December 21, 2012
Tuesday, December 18, 2012
:: Ho Chi Minh Aku Datang ::
Chewah...
Tak sabar nih nak g Vietnam lagi...
Kali nih pergi dengan kengkawan plak.. Kengkawan sama kelas dulu... DBQ 2000, UTM
Alhamdulillah.. dah lebih 10 tahun kenal dan sampai sekarang masih berkawan...
Semenjak dua menjak kebelakangan nih.. Group DBQ2000 dah makin aktif buat aktiviti... rasanya 2012 paling banyak aktiviti.. tahun-tahun sebelum nih buat Majlis Iftar jer.. 2012 dah maju sikit..
Aktiviti awal 2012, Jalan-jalan ke Utara sempena majlis wedding Farouk.. Penang, Kedah terus ke Hatyai..
Pastuh tak ingat bulan berapa, pegi Pangkor plak.. bertambah kengkawan yang join pergi Pangkor..
Lepas raya arituh.. melepak-lepak di A'Famosa Resort, sewa Villa dok beramai-ramai sempena wedding Digun & Alin..
Dalam masing-masing busy dengan life masing-masing, diaorang nih sempat la pulak planning pergi Vietnam... January 2013... dan semakin ramai yang join!! Lebih 20 orang rombongan Cik Kiah ke Vietnam...
Tak sabar nyerrrr... Shopping!!!!
:: Demam 'Fish & Chip' ::
Assalam...
Gud Morning... :)
Sekarang nih kat ofis sangat-sangat tak sibuk.. contractor belum submit claim..so, aku goyang kaki la dulu... hmm.. goyang-goyang jari.. update blog..
Sejak minggu lepas.. napsu nak makan 'Fish & Chip' jer.. tak kira la lunch ker dinner ker.. nak 'Fish & Chip' jugak... semua tempat makan aku order 'Fish & Chip'..
kat Senotria, Uptown KD, Jalan Ipoh, Beragas Sri Damansara, sampai kat Yik Mun Tanjung Malim pon aku order 'Fish Steak' sebab takder Fish & Chip.. ala-ala jugak la..
dan semalam 'Fish & Chip' paling sedap, hubby beli dekat Selayang..tak tau kedai aper.. sedap.. siap letak cheese lagi.. pastuh ada black-pepper gravy.. serius sedap!
Malam ni tak tau 'Fish & Chip' mana plak.. bergantung kepada keberadaan lokasi Encik Hubby sewaktu dia call cakap dah nak balik... ;)
Fish Steak @ Yik Mun Tanjung Malim
Subscribe to:
Posts (Atom)
