Monday, March 09, 2015

Bila mata menggedik-gedik

Hola!

Sangat tak suka bila mata menggedik-gedik..

Sangat tidak selesa..

Dah dua hari.. ingatkan hari ni dah hilang..

Punca?

Stress kah?  phase 1 & phase 2 salah grid..kena check balik measurement untuk structure works..... hmmm....

Terlebih coffee kah? pagi tadi minum 2 cawan premix coffee yang di gabungkan di dalam 1 cawan (2 paket premix coffee dlm 1 cawan)... makin teruk la jadinya...

Fatigue kah? Tido lambat bangun awal.. kualiti tido tahap sifar....

Banyak sangat berfikir kah? tak kan nak berhenti berfikir?

Ataupun orang tua-tua kata...

Nak nangis kah?

Nak jumpa orang jauh kah?

Nak dapat berita gembirakah...?

Oh! apa-apa saja lah!!

Apa-apa pun kejadiannya... ini sangat tidak selesa.... Titik


Ubat segala penyakit....


Thursday, March 05, 2015

Bila adik aku perangai macam Juki

Hola...

Adik aku ni ha.. si Naim...
Dah sama macam perangai si Juki..
Juki mana?
Juki anak Bang Long...
Bang Long mana pulak?
Ala.. Aziz Iskandar...
Aziz Iskandar mana ni?
Anak Mak Jah la..
Tak kan tak tau...
Mak Jah citer Keluarga Iskandar...
ehehehe...

Haa.. Naim ni la..
Perangai dah macam si Juki...
Dompet bersepah - sepah...
Hari tu tertinggal dalam kereta adik ipar aku..
Adik ipar aku n wife dia iaitu adik aku Adeng dah otw balik Seremban
Nasib la belum jauh..
Sempat la nak kejar...

Ni bukan kali pertama
Dah banyak kali dah.. tertinggal dompet..
Pernah sekali tertinggal dalam kereta aku..
Dia nak daftar UiTM masa tu..
Tak kuasa aku nak patah balik..
Pepandai ko la...  ahahaha

Nak kena belajar dengan Mak Jah ni macam mana nak bagi pengajaran kat Naim ni...
Hishhh...

Friday, February 27, 2015

Fahri Jalan - Jalan : Taman Burung Melaka

Hola!

Sempena cuti Tahun Baru Cina baru - baru ni, kami bawak Fahri pergi tengok burung. 

Saje je google 'Taman Burung Melaka'.. ehhh.. ada rupanya.. 

Maka, berpagi-pagian lah kami tiga beranak ke Ayer Keroh Melaka dengan sangat kompiden nya... 

Masuk tol Ayer Keroh, dengan kompidennya lagi terus menonong ke Zoo Melaka sebab tengok kat blog dia kata dekat dengan Zoo Melaka. Sebab tak jumpa sebarang signboard Taman Burung atau Bird Park, tanya la pakcik RELA yang jaga zoo.. malangnya pakcik tu pun tak tau kat mana Taman Burung Melaka..

Eh? takkan orang Melaka pun tak tau kat mana Taman Burung Melaka? Pelik sedikit di situ... ehehe

Patah Balik, tanya pulak budak jaga parking kat Taman Buaya... Jalan depan sikit katanya...

Jalan lagi kedepan.. masuk simpang ke Taman Rama-rama.. kaedah cuba jaya... tak jumpa jugak.. tanya lagi orang kat situ.. 

Masuk kat Melaka Wonderland katanya... 

Hmm... Melaka Wonderland kami tak tau kat mana... padahal dah lalu tadi.. tak perasan... ahahaha.. 

Patah balik sekali lagi.. kali ni tengok signboard betul-betul.. nampak la sebelah kanan ada simpang ke Melaka Wonderland.. Dah masuk simpang baru la nampak banting Melaka Bird Park kat tepi jalan... dengan ketakpastian arah, jumpa jugak la Taman Burung nyer.... 


Fahri syok la tengok bird... 


Mummy.. mummy.. ada fish la... 

Comlenyer burung-burung nih... 

Acah-acah berani jer dua beranak nih.... ehehe


Overall, ok la. Kecik je tempatnya. Konsep sangkar terbuka.. boleh la Fahri main kejar-kejar dengan bird..

Untuk kami nih.. seronok la jugak.. bagi burung makan... kejar-kejar burung... ahahaha

Nak menghiburkan hati si kecik yang suka sangat tengok bird..