Wednesday, January 23, 2013

:: Vietnam dan Anjing ::

Assalam...

lagi sepuluh minit nak pukul 6...

Tetiba teringat citer kelakar masa kat Vietnam baru nih...

Cerita bengong berkenaan dengan anjing! ahaha...

Al-kisahnya.. tak ingat bila..masa kitorang makan kat Restoran Banana Leaf... Selesai makan, kami pakat-pakat dok luar sambil tunggu bas.. Ada la beberapa orang penjual jalanan tengah promote barang. Tengah syok-syok usha barang, tetiba laki aku terchinta tu bertempiaran lari. Keluar  dari kedai sebelah restoran tuh seekor anjing yang ala-ala comel gitu kejar laki aku... muahahaha... kitorang yang kena panic attack nih pon bertempiaran la lari sama.. aku yang pada dasarnya tak takut dengan anjing pun bertempiaran sama membontoti larian laki aku masuk dalam resotran.. maka beramai-ramai la kami bertempiran lari..kononnya takut di kejar anjing. Semput!

Dah habis semua di rempuh, tetiba.. eh.. mana anjing tadi??? Anjing tadi gurau-gurau jer la... tak kejar pun.. mungkin anjing tuh terkejut tengok kitorng lari tak cukup tanah.. dia pun dengan selamber nyer balik ke kedai tuan dia... CETTTT! Menci sungguh aku!! Rasa nak hempuk-hempuk jer laki aku tuh...

Banana Leaf Restoran


Rasa berdosa plak aku sebab dah merempuh insan-insan tak berdosa masa larian terkejut tuh.. siap tolak-tolak gitu.. huhuhu.. maaf yer.. tindakan medula oblongata.. pastuh.. pakat gelak la ramai-ramai.. tengok sorang lari..semua pakat lari sama.. adoi.. serius kelakar!!

Cerita anjing nih bersambung lagi kat Cu Chu Tunnel.. Tengah syok dengar Alan, tour guide kitorang bercerita.. boleh pulak datang anjing entah dari mana.. apa lagi.. bertempiaran la sekali lagi!!! muahahahahahaha...  Bukan anjing tu kejar pun.. anjing tengah bersiar-siar jer...

Sebelum kemunculan anjing di Cu Chi Tunnel

Lari sampai tak nampak dah jambatan kecik tuh.. terus masuk jer dalam lekuk bekas terusan/sungai kecik tuh... ehehehe... 

Adoi la... 


Wednesday, January 16, 2013

;; DBQ2000 Trip 2013 : Ho Chi Minh City, Vietnam ::

Assalamualaikum...

Hari nih Wednesday Blues gitu... ehehe...walaupun semalam dah cuti... tetap nak blues jugak..

Baru balik dari Ho Chi Minh City @ Saigon, Vietnam. Trip yang sangat FUN! bersama kengkawan 'lama'.. ahaha...

Layan jer la gambar apa yang ada nih...

Hari pertama....

~ Hard Rock Cafe~

~ Pejabat Pos : Bangunan Zaman Perancis ~

~Bahagian dalam bangunan pejabat pos~


~Cik Shuhda & hubby nyer~


ok.. esok sambung lagi... 

Friday, January 11, 2013

:: Alang Rebus Tak Empuk ::

Assalam..

Hey ya people!

Alang rebus Tak Empuk! pelik sangat bunyinyer tuh...

'Alang Rebus Tak Empuk' ni tajuk novel.. dan 'Alang Rebus Tak Empuk' ni watak dalam novel 'Surat Ungu untuk Nuha' karya Noor Suraya.

sumber : google

Seriously.. novel 'Alang Rebus Tak Empuk' ni sangat 10 tahun terkebelakang.. bukan novel yang outdated.. tapi aku ni yang dah terlebih umur nak baca novel-novel budak zaman universiti nih..

Yang herannya.. sambil baca tuh boleh pulak tersenyum-senyum sorang-sorang.. penyakitan ke aper nama nya tuh?  Novel nih aku tak baca habis lagi... aku baca depan beberapa bab dan aku baca belakang beberapa bab.. Itu pun dah cam sentap-sentap. Tu yang malas nak baca semua tuh.. kang sakit jantung sebab banyak sangat sentap.. DEJAVU giler bila baca novel nih.. ahahaha.. tak boleh belah..

Yang paling tak boleh belah.. sampai termimpi-mimpi.. !! Termimpi-mimpi zaman universiti.. Giler tak boleh blah!!!