Bismillahirrahmanirrahim...
Rindu telah membawa aku kembali ke sini.
Asalnya hanya mahu melihat lihat sahaja..
Hujungnya... aku terasa mahu menulis lagi.. dengan kata lain, aku mahu meluah rasa lagi di sini..
Sejak tidak lagi menulis atau lebih tepat lagi menaip di sini, aku jarang menyalurkan rasa aku keluar dari hati aku...
Segala-galanya aku simpan.. sehingga hati menjadi terlalu berat...
Walaupun dulu aku tidak juga berkongsi yang berat-berat di sini, tapi sekurang-kurang nya yang ringan - ringan itu aku lepaskan bebas untuk memberi ruang sedikit kepada hati aku untuk merasa nyaman...
Muncul lagi di tahun dua puluh dua puluh ini.... segalanya di luar jangkaan... menjadi sebahagian daripada sejarah bila berlakunya pandemik Covid-19.. banyak yang berubah.. norma baharu.. kemana-mana sahaja semuanya perlu mengikut SOP yang telah di tetapkan... Aktiviti seharian sedikit terbatas tetapi agak terkawal.. Aku suka.. kurang sedikit aktiviti kurang berfaedah di luar rumah atau di luar pejabat.
Semoga Allah terus menjaga kita semua sehingga sang Covid-19 ini berlalu pergi...
InsyaAllah...
Sampai bertemu lagi...

No comments:
Post a Comment