Wednesday, October 12, 2011

:: Kalo selalu tengok ambar baby boleh sangkut tak? ::

Erk.. tetiba terpikir...

Orang tua-tua banyak petua.. bagi orang yang lambat dapat baby macam aku (boleh la di kira lambat walaupun ada lagi yang lebih lambat) huhu.. kalo nak 'lekat' kena rajin mengendeng orang prengnant.. for example kat ofis ada member preggy, rajin2 la ikut dia.. ikut dia gi makan, gi solat, gi memana jer la..except balik rumah & pegi toilet la..logik sikit yer...:P InsyaAllah.. menjadik... tapi opis aku takder orang preggy..sumer dah beranak..tak sempat nak mengendeng...

Pastuh lagi satu, usap-usap perut org preggy then letak kat perut sendiri.. ehehe.. aku dah try..tapi dah terlambat la..sebab Shud dah nak bersalin lagi seminggu dua..jumpa pun jarang..

Lagi petua orang tua.. tungku orang lepas bersalin letak bawah katil.. hmm.. Aku dah chop tungku Shud..ehehe..

Ni petua orang tua la.. sekadar mencuba.. kalau menjadi tu sebab kuasa Allah.. bukan sebab tungku or apa-apa saja...;)

hmmm... setiap ari bila online FB mesti ada tengok gambar babies..anak2 kawan2.. comelnyer... selalu gak terpikir..kalo ari-ari aku tengok gambar babies nih agak-agak boleh melekat tak badi pregnant? ehehe...

ok! Repekkan selepas balik honeymoon... dan kekecewaan selepas kejatuhan dinding-dinding uterus semasa honeymoon...huhu...

Sunday, October 09, 2011

Setahun sudah

Assalam...

Salam dari kota cinta..

Kota Jakarta... Ehehe

Hari ni 9 oktober 2011.. Genap setahun emi falzilah menjadi isteri mohd najib.. Alhamdulillah.. Semoga ikatan suci ini akan terus kekal hingga ke syurga.. amin ya Allah..

Hari ni hari ke tiga di Jakarta.. Esok insyaAllah akan ke Bandung...

Tata dulu..

Monday, October 03, 2011

:: Bila Berubah Bukan Kerana Allah s.w.t ::

Assalamualikum....

Tergerak hati untuk menluahkan apa yang terbuku di hati bila melihat sesuatu yang tidak berapa nak berkenan di mata...

Setiap manusia wajar mempunyai keinginan untuk berubah ke arah kebaikan.. tidak ada manusia di dunia nih yang berazam untuk menjadi jahat atau berubah dari sesuatu yang elok kepada sesuatu yang jelik..meliankan dengan kehendak Allah s.w.t. Hati kita milik Allah s.w.t. dan hanya Dia yang berhak ke atas hati kita. Allah juga mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk berfikir mana yang patut mana yang tidak.

Aku sarankan, berubahlah ke arah kebaikan kerana Allah s.w.t dan bukan kerana MANUSIA..

Tak perlu pergi jauh untuk mencari contoh, di sekeliling aku sendiri ada beberapa teman jauh dan dekat yang sedang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.. terutamanya wanita-wanita yang sedang berusaha untuk menjadi solehah.. dari yang selesa menggayakan rambut tiba-tiba terdetik hati untuk menyimpan mahkota kepada yang berhak sahaja... hati melihat dengan lapang dada dan penuh kesyukuran kerana makin ramai wanita yang menutup aurat..

Namun, apa yang menyedihkan.. perubahan itu ternyata hanya sementara..ada kalanya bersifat 'ujikaji' dan juga mengikut arahan seseorang... kecewa bila melihat seorang wanita yang sudah cantik menutup aurat, membuka kembali auratnya bila 'seseorang' itu tidak lagi wujud dalam hidupnya... aurat di buka kembali bila 'ujikaji' itu gagal.. tiada kesesuaian dan sebagainya.. Sedihkan? Inilah yang terjadi bila berubah bukan kerana Allah s.w.t.

Aku bukan bagus sangat nak menegur, tapi aku rasa kecewa bila melihat perkara macam nih terjadi..terutama dalam bab bertudung nih..sekejap pakai sekejap buka.. kalo pakai, pakai la terus..tak payah bukak-bukak lagi dah..pakailah dengan sempurna..biar tutup semuanya...jangan tiba-tiba jambul tersembul pulak...

Maaf kalau ada yang terasa.. hanya luahan hati aku yang kecewa...