Thursday, May 10, 2012

May 10, 2012

Assalamualaikum....

Ehem... baru berkesemaptan nak mencorat-coret kehidupan kat sini... Sibuk memanjang... Sibuk dengan majlis perkahwinan adik tersayang.... Sibuk juga dengan sakit pening.. Bersambung lagi kesibukan kerja, mengira kepingan2 LEGO (site valuation), site meeting bla.. bla.. bla..

Alhamdulillah.. hari ni bernafas seperti biasa..

Banyak lagi agenda nak buat untuk bulan-bulan kedepan. Terdekat, majlis sambut menantu kat Johol Negeri Sembilan lagi 2 minggu i.e. May 26,2012. Hari Jumaat dah kena g Johol. Family sampai Jumaat malam terus ke Johol. Kenduri hari Sabtu, rombongan balik Kuching hari Ahad.

Sepanjang bulan Mei.. hubby sangat sibuk.. so, saya kena pikirkan apa saya nak buat bila hubby takder kat rumah.. Nasib baik sepupu saya si Suria dah transfer sini.. Ada jugak la teman nak melepak. Tempat yang di tuju.. tak der lain la.. Jalan TAR.. SOGO.. Maybe next time nak pergi Midvalley plak..

Weekend nih Mother's Day!! Dah discuss dengan Adeng nak kasi ape kat mak.. Weekend nih pergi cari.. :)

A'ah la.. hari nih birthday Kak Shikin.. kakak ipar ku.. :) Happy Birthday Sis!!

Untuk mak.. Happy Mother's Day!! ADIK SAYANG MAK!!

Tuesday, April 24, 2012

:: Event The Gathering; Wash & About by The Telekung Project & SERI's Spa ::

Bismillahirrahmanirrahim...


Ari nih nak share satu komuniti yang saya follow di facebook...




Serba sedikit tentang Telekung Project saya copy past dari laman facebook TP...


The Telekung Project is a mini project to help 'waqaf telekung' preserve it cleanliness. Please support us to make our prayer more 'kusyuk'! 
Daripada project keluarga kini THE TELEKUNG PROJECT telah menjadi suatu komuniti FB yang telah bergabung secara ukhwah 'maya' dan 'realiti'. Ia bukan lagi project anak - beranak, tetapi ia kini adalah project usaha sama sahabat - sahabat Telekung Project. 


InsyaAllah..


29 April nih, Telekung Project dengan kerjasama SERI's SPA akan mengadakan satu Event The Gathering; WASH & ABOUT bersama anak-anak yatim Rumah At-Taqwa serta anak-anak Solehah..


Antara aktiviti utama event ini ialah


Treatment SPA iaitu gunting rambut, cuci rambut dan manicure anak-anak yatim!!
Saya boleh bayangkan bagaimana seronoknya event ini... Kepada yang nak join boleh la jenguk-jenguk kat sini ------>> The Gathering; WASH & ABOUT 
Kecewanya sebab tak berkesempatan nak join event nih.. balik Kuching.. adik kawin... :)


Kepada kengkawan semua, jom la support TELEKUNG PROJECT...  dan support event The Gathering; WASH & ABOUT

Semoga sumbangan kita yang sedikit untuk menggembirakan hati anak-anak yatim ini akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t



Kepada kengkawan yang ada Telekung terpakai atau baru yang mahu di sumbangkan boleh la sumbangkan kepada Telekung Project nih... nak buat sendiri pun boleh... Sama-samalah kita saling bantu membantu untuk memastikan solat kita sentiasa khusyuk.. InsyaAllah.. :)
 

Monday, April 16, 2012

:: takut ::

Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah.. tiba-tiba perasaan takut tu datang pagi nih.. hati berdebar sangat-sangat... ni tengah duduk tunggu cik G-Na di servis.. ceritanya, sabtu lepas aku pergi klinik yang di recommend oleh sepupu aku.. dia temankan.. katanya, doktor tu ok, boleh scan.. so, pegi la aku.. buat scan.. dan resultnya tak begitu baik.. doktor tu refer aku ke doktor pakar.. aku pilih doktor hospital tawakal.. arini ingat nak buat appointment... tapi, tetiba aku rasa takut sangat.. takut nak jumpa doktor!! sampai kesudah nombor telepon tak tertekan-tekan gak.. sebab nebes.. badan pun rasa gigil-gigil... Ya Allah.. jadikan lah aku kuat sekali lagi.. kuatkan tekad aku seperi Kau kuatkan tekad aku untuk pegi klinik n scan sabtu lepas! amin...