Friday, January 04, 2013

:: Drama adaptasi Novel ::

Assalam...

Sekarang nih tv Malaysia di banjiri oleh drama-drama yang di adaptasi dari novel-novel popular... silih berganti...

Aku malas nak layan sangat terutama sekali drama yang di adaptasi dari novel-novel yang aku pernah baca. Sebab aku takut kecewa dengan drama tuh.. contohnya 'Bicara Hati'.. tengok separuh jer.. tak tau pun ending dia caner.. mula-mula tau novel tu akan jadi drama, sungguh la aku excited.. sekali kau.. hampeh jer..

Sekarang nih yang tengah 'hot' drama Adam & Hawa.. adaptasi dari novel 'Adam & Hawa' karya Aisya Sofea. Ramai yang gilakan drama nih..salah satu faktor ialah Aaron Aziz.. Adoi.. giler tak best Aaron Aziz.. oppss...sorry peminat Aaron Aziz.. Aku layan jugak la citer nih.. dah separuh jalan baru layan.. kadang kadang aku record jer.. bebila rasa nak tengok baru aku tengok..

Dekat Astro Prima ada juga drama adaptasi novel. 'Duri' karya Fauziah Ashaari. Aku tak pernah baca novel nih. Drama nih aku tengok tiap hari.. sebab aku rasa best.. ehe.. pelakon dia tak glemer pun.. tapi aku suka lakonan Shera Aiyob dalam drama nih..

Kat Tv3 tok sah citer la.. aku rasa hampir semua drama kat Slot Akasia sejak akhir-akhir nih semuanya Adaptasi novel.. dan semuanya novel-novel yang aku tak pernah baca dan sesetengahnya aku tak pernah tau pun.. Sekarang nih tengah tayang drama Setia Hujung Nyawa. Pelakon utama Nelydia Senrose yang cantik tuh dengan Amar Asyraf. Not bad la.. layan juga setiap petang. Eh.. aku tak layan kol 7.. aku record dulu baru aku tengok.. NI SEBAB AKU MALAS NAK LAYAN IKLAN KAT TV3 YANG SANGAT LAMA!!! Stress!!

Apa lagi eh drama adaptasi novel tengah tayang sekarang nih? tuh jer yang aku tau dan aku perasan.. hmm... layan kan ajer...

p/s : sangat berharap nove-novel Ramlee Awang Murhid dan Noor Suraya tidak didramakan atau difilemkan.. tak sanggup nak tengok karya-karya ini 'hancur'

1 comment:

KrazyKikiKiAriHMS said...

Alahai. Bicara Hati tu, directornya sama dengan director Ombak Rindu. Memang JAUH la dari novel. :P

Kalau nak tengok Drama yang 98% sama dengan novel, you tengok drama Cinta Kau Dan Aku. Exactly sama dialogue. Ada some part memang takde jugak. especially part *muah muah* tu. haha