Monday, December 17, 2012

:: Big Bad Wolf ::

Hola..

Sekarang nih tengah demam melayan Encik Serigala i.e. Big Bad Wolf... konpem korang semua tau apa itu Big Bad Wolf kan...

So far aku baru pegi 2 kali.. 1st time Ahad lepas (9 Dec) the kali kedua Sabtu lepas..

1st time pegi dengan Encik Hubby... masa sangat limited.. hubby nak kena masuk office.. huh? Masuk office ujung minggu? hmm.. itulah hakikat idup saya nih... ahaha..

2 jam memang tak sempat nak meninjau-ninjau segala apa yang ada.. sambar apa saja yang nampak menarik.. dan misi mencari buku-buku yang kawan aku kirim... 5 jer yang berjaya aku cari..

Sebab tak puas ati, aku pergi lagi Sabtu lepas.. sebelum kol 9 pagi aku dah sampai.. mengheret sekali lagi beg troli biru aku... kali nih pergi sorang-sorang... mula-mula ingat nak drive jer..(konon-konon tau jalan nak ke Mines tuh.. ahaha).. Hubby pun macam tak berapa confident aku nak drive sendiri.. last-last dia hantarkan... dari kol 9 sampai la kol 1 aku kat situ.. tak larat.. tumit kaki dah sakit giler.. beg biru pun dah penuh dah... Hubby datang ambik pukul 3.. huhu.. merayap la dulu kat The Mines..

Hmmm... still tak puas ati lagi sebenarnya... berhasrat nak pegi lagi..tapi..takut nak cakap kat hubby... kang tak pasal-pasal kena marah... ahahahhaha...

1st Round
 
 Saya punyer..

Ni Cik Leyla Kassim punyer...

Ni plak Hubby punyer....

Buku di atas only cost about RM320.00..murah giler...


2nd Round

Beg biru dah penuh.. dan masih di dalam kereta hubby... ahahaha... 

Untuk 2nd round, hanya RM235.00 

Dan ini, T-shirt.. bila aku pakai semalam, Hubby macam tak puas ati sebab tak belikan untuk dia jugak... ahahaha..oppss.. sorry... :P

:: Lawatan Pertama ke Empire Subang ::

Happy Monday!!

Assalamualaikum...

Cerita lawatan pertama lagi.. kali ni ke Empire Shopping Gallery, Subang pulak.. ahahaha...

Mimpi apa agaknya Encik Hubby ajak pergi Empire Subang semalam (Ahad).. nak makan katanya.. layankan jer la...

Dah sampai Empire Subang, pegi makan kat restoran Belanga... ooo.. rupanya Encik Hubby nak makan Laksam...

Memandangkan ni lawatan pertama, aku pon amik kesempatan untuk survey.. ahaha.. survey la sangat... window shopping jer.. jamu-jamu mata...

Dan seperti biasa.. Encik Hubby pulak yang shopping.. jumpa kedai nama 'Dude & Duchess'.. Nampak exclusive..design pun cantik dan 'rare' tapi harga berpatutan.. nak-nak pulak nampak ada sale 70%... lagi la laju laki aku tuh... ehehe... ok..lepas nih boleh shopping lagi kat Empire Subang... *wink* ...

Aku ada berkenan satu kedai tuh.. sebab ada jual satu baju peplum lace.. tapi di sebabkan 'orang kedai' yang tak berapa nak mesra alam + muka cari gaduh... cancel aku nak beli... terbantut mood shopping aku... adoi la... datang bulan kot... hmm.. mungkin aku kena datang hari lain.. time 'orang kedai' tu tak datang bulan... ehehe... alasan lagi untuk datang Empire Subang... *wink*

Ok la.. tak larat nak citer banyak...

Sekian... :)


Monday, December 10, 2012

:: Siapa kita untuk mengukur keihklasan mereka ::

Assalamualikum..

Terdetik hati nak update blog nih.. tak nak cakap banyak pun.. sekadar coretan untuk diri sendiri..

Di usia penghujung 30 tahun ini, aku macam baru terbangun dari mimpi.. mula ambil tahu tentang krisis di Palestine - Israel.. Jika sebelum ini aku umpama orang celik yang buta hati.. melihat hanya dengan mata tetapi tidak dengan mata hati... Aku mula banyakkan pembacaan tentang apa sebenarnya yang terjadi.. mula ambil peduli dengan setiap perkembangan di tanah suci Palestine...

Perang 8 hari itu telah membuka hati aku... masyaAllah.. melihat anak-anak kecil kehilangan ibubapa.. melihat anak-anak yang tercedera tapi masih mampu tersenyum.. SubhanAllah.. kuatnya hati mereka.. Ya Allah, Kau lindungilah mereka.. kuatkan hati mereka.. kuatkan keimanan mereka.. Aamiin..

Di Facebook, rancak isu Palestine-Israel di perkatakan. Lebih-lebih lagi bila kalangan selebriti menyertai Misi Solidariti Gaza anjuran badan-badan NGO..

Setiap hari ada saja update daripada peserta MSG nih.. aku like fanpage Heliza Helmi semata-mata untuk mengikuti perkembangan mereka di sana. Aku subscribe Farah Adeeba, aku like Afdlin Shauki.. Aku suka tengok gambar-gambar yang diaorang update.. status-status tentang Gaza dan penduduk Gaza.. Aku tabik mereka semua...bukan sahaja selebriti2 ini tetapi semua yang menyertai misi ke Gaza. Mereka sangat berani. PErlu diingatkan di sini bahawa mereka pergi dengan BIAYA SENDIRI. Bukan dengan duit-duit derma melalui Aman Palestin mahupun Aqsa Syarif.

Dari komen-komen di FB, ada yang mempertikaikan keikhlasan mereka yang menyertai misi ke Gaza ini. Nak mencari publisiti la, macam pegi melancong la (bila ada foto yang mempamerkan wajah ceria peserta misi ini), seronok nak pergi tempat orang berperang... dan macam-macam lagi..

Siapa kita untuk menilai keikhlasan niat mereka ? Tidak salah jika ada sedikit perasaan gembira dan seronok di hati mereka.. kerana tidak semua orang berpeluang untuk menjejak kaki mereka ke sana. Berjumpa sendiri dengan penduduk-penduduk di sana. Berkongsi rasa dengan warga Palestine. Sekurang-kurangnya mereka ada keberanian dan rezeki memihak kepada mereka untuk berada di sana. Wajar untuk mereka merasa sedikit perasaan gembira untuk dikongsikan dengan kita-kita nih... aku risau pulak kalau ada antara mereka nih post gambar nangis, muncul pulak komen kata mereka ni 'berlakon'.. MasyaAllah...

Ada baiknya kita melihat dulu niat hati kita sebelum kita mempertikaikan niat orang lain... Ikhlas itu rahsia Allah.. kita sendiri tidak pernah tahu samaada kita sendiri ni ikhlas ke tidak... jadi, tidak wajar untuk kita mempertikaikan keihlasan orang lain. Hidup jangan terlalu berprasangka buruk.. :)

Sekian.

FREE PALESTINE, SAVE GAZA