Thursday, January 15, 2015

Selamat Datang 2015

Assalamualaikum…

Tahun baru…
azam lama…
sebab tak pernah ada azam pun..
hidup tanpa ada azam baru setiap tahun tidak bermakna hidup tanpa hala tuju.. titik..

Tahun baru..
tempat kerja baru…
bukan baru la.. nama je baru tapi lama la jugak…
kembali ke Perunding PQS… dua bulan jer kat Signature Cabinet… selepas menimbangtara, balik semula ke PQS… so, di sini lah aku… berkhidmat untuk beberapa tahun lagi.. insyaAllah…

Dah memasuki minggu ke ke-3 (minggu ke-4

pada hakikatnya) bulan January 2015.

Cepat sangat masa berlalu. Macam kilat. Tak terasa dek kesibukan harian. Sejak kembali bergelar QS yang tak jadi nak pencen awal, memang terasa cepatnya masa berlalu. Keluar sebelum matahari terbit, sampai rumah selepas matahari terbenam. Tak sempat nak tengok matahari sambil fefeeling romantik waktu senja. Bak kata Encik Suamiku… ni baru ‘life in KL’… ahaahaha… nak tergelak pun ada aku dengar… poyo jer pakcik tu..

Teringat lagu Hazama…
“Pagi petang berlumba, terkejar-kejar masa…. berkelip-kelip mata, paksa diri bekerja…”
Itulah kekdahnyerrr….

Aja! Aja!!!!!!


Ahmad Fahri Adha dah 1 Tahun  3 Bulan (15 bulan)


Note to myself : Bekerja Kerana Allah s.w.t.

Monday, May 19, 2014

Anak susuan

Assalamualaikum

Al-kisahnya.....

Walaupun baru beranak sekali.. tapi aku dah ada 2 orang anak... sorang anak kandung si Fahri ayat2 cinta ni dan seorang anak susuan... sepupu Fahri jugak.. anak sepupu aku.. Zara Alisha.. Zara beza dengan Fahri 5 bulan.. esok, 20 Mac.. genap la Zara setaun...

Caner boleh jadi anak susuan?

Si Fahri punya citer la ni.. mak nyer dok pam la susu dengan harapan Fahri nak la menyusu botol.. alih-alih.. botol jer bersusun.. tapi si Fahri nyer tak nak menyusu pakai botol... adoiiiiii.... budak bertuah anak aku nih... jadinyer... Zara la yang tolong habiskan stok susu yang nak kata banyak tu tak la banyak sampai penuh petiais.. tapi boleh la...

Sekarang ni, aku x berapa nak pam sangat dan kalo pam pun sebab kadang-kadang memang kena pam.. leaking.. so, ada la bekalan untuk Zara..

Gitu la alkisahnya....

Oklah... tu je... belanja satu gambar fahri.. ahahahha.. peace...



Friday, May 16, 2014

:: Ahmad Fahri Adha ::

Assalamualaikum...

Tajuk.. Ahmad Fahri Adha... haaa.. siapakah gerangan?

Sape lagi kalo bukan si kecik kenit gebu tangan macam maskot tayar michellin.... hahaha...

Dah 7 bulan dah anak mommy.. macam cepat je masa berlalu. Dah setaun dah aku bersara jadi QS.. 7 bulan dok berkepit dengan Fahri.. sampai tahap Fahri menangis macam jatuh kerusi kalo tiba-tiba terperasan mommy takde dekat dengan dia.. tido pun nak berteman.. kadang-kadang geram jugak dengan Fahri ni... tapi teringat pesan mak aku..

'anak ni salah satu cara Tuhan nak uji kesabaran kita'

Ok.titik. tarik nafas panjang-panjang dan teruskan bersabar walaupun kadang-kadang aku gentel jugak peha gebu dia.. oppsss.. ahahaha...

Fahri ni special sangat.. dia lahir hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke-3.. 9 oktober 2013... hadiah anniversary paling best skali...

Fahri lahir dengan berat 3.59kg.. panjang tak ingat dalam 56 cm gitu..

7 bulan, berat Fahri 9kg dengan panjang/tinggi 73.5cm ... galah panjang sungguh anak aku ni... dah keturunan.. nak buat cam maner kan...

Ok la.. sekian episod pertama tentang Ahmad Fahri Adha...