Thursday, January 15, 2015

Selamat Datang 2015

Assalamualaikum…

Tahun baru…
azam lama…
sebab tak pernah ada azam pun..
hidup tanpa ada azam baru setiap tahun tidak bermakna hidup tanpa hala tuju.. titik..

Tahun baru..
tempat kerja baru…
bukan baru la.. nama je baru tapi lama la jugak…
kembali ke Perunding PQS… dua bulan jer kat Signature Cabinet… selepas menimbangtara, balik semula ke PQS… so, di sini lah aku… berkhidmat untuk beberapa tahun lagi.. insyaAllah…

Dah memasuki minggu ke ke-3 (minggu ke-4

pada hakikatnya) bulan January 2015.

Cepat sangat masa berlalu. Macam kilat. Tak terasa dek kesibukan harian. Sejak kembali bergelar QS yang tak jadi nak pencen awal, memang terasa cepatnya masa berlalu. Keluar sebelum matahari terbit, sampai rumah selepas matahari terbenam. Tak sempat nak tengok matahari sambil fefeeling romantik waktu senja. Bak kata Encik Suamiku… ni baru ‘life in KL’… ahaahaha… nak tergelak pun ada aku dengar… poyo jer pakcik tu..

Teringat lagu Hazama…
“Pagi petang berlumba, terkejar-kejar masa…. berkelip-kelip mata, paksa diri bekerja…”
Itulah kekdahnyerrr….

Aja! Aja!!!!!!


Ahmad Fahri Adha dah 1 Tahun  3 Bulan (15 bulan)


Note to myself : Bekerja Kerana Allah s.w.t.

2 comments:

Nad MamaZN said...

rindu fahri...!!

~emmie marja~ said...

Nad... Fahri kirim salam kat kakak baby... ehehe