Wednesday, March 25, 2015

5 sebelum 5 : Sakit

Hola

Hilang gastrik datang pulak kegatalan yang melampau.

Dalam seminggu dua kali melawat doktor.

Nasib baik belum GST .. ahahaha

Sekali sebab gastrik. Dua minggu lepas datang angin tak selera makan. Dah makcik gastrik pun datang la melawat.. bagi pengajaran..

Gara-gara gastrik , sapu la cream  konon nak hilangkan angin.. alah pulak.. amik kau... ni kali kedua kulit ku di siksa oleh krim itu.. mula-mula kena macam tak nak menyalahkan krim tersebut.. ni dah kali kedua, memang nak kena baling dalam tong sampah la jawabnya..

Doktor kata bukan allergy.. ada kemungkinan underneath skin infection... wutever la doktor.. janji doktor tak salah bagi ubat..

Hari ni hari ke 3 makan ubat-ubatan yang doktor tu kasi. Alhamdulillah dah beransur sembuh,

Seminggu berperang dengan rasa gatal-gatal, sangatlah terasa nikmat bila rasa gatal-gatal tu dah beransur hilang. Boleh la tidur lena sikit.

Bila sakit datang, ada beberapa perkara yang Allah tarik nikmatnya dari kita..

Salah satunya adalah rezeki...

Pengambilan ubat-ubatan dan gangguan emosi kerana sakit tu telah menyebabkan kuantiti EBM berkurangan. Sangat menyedihkan. InysaAllah, semoga Allah kembalikan rezeki Fahri. Tak banyak tapi cukup sudah memadai . Aamiin...

 (Gamab curi dari FB Gumtree Cottage)

Belanja satu gamba Fahri.. 
Lepas ni boleh la tolong mommy basuh pinggan ye.. ehehehe

No comments: