Friday, March 13, 2015

Kisah Fahri : Mula belajar bercakap

Hola!

Salah satu siri kebahagiaan seorang ibu ialah bila si anak dah pandai panggil 'ibu', 'mama', 'umi' dan sewaktu dengannya.

Pertama kali mendengar Fahri memanggil 'Mommy' atau lebih tepat lagi ikut sebutan Fahri "MaMay", aku dah rasa bahagia sampai ke bintang.

Akhirnya! Berjaya jugak Fahri subut Mommy walaupun sedikit pelat. Selama ni Fahri pandai sebut Daddy je. Tapi aku tak ambik hati pun sebab aku dah bersedia secara mental yang anak akan sebut bapa dulu sebelum mak. Nenek aku dah cakap awal-awal.. tepat teori nenek aku.. ehehe

Semakin hari semakin banyak perkataan yang Fahri dah pandai sebut. Kalau sebelum ni dia pandai sebut satu suku kata je macam 'nak', 'dah', 'mam', 'dee' untuk daddy, 'bird', etc

Sekarang Fahri dah pandai sebut dua suku kata macam 'bubble', 'daddy', 'mommy', 'nanak' untuk tak nak, 'babang' untuk abang, etc

Dan Fahri dah mula belajar sebut nama dan kenal sepupu-sepupu dia.. 'Muna', 'Zara', 'Meera'....

Yeay!!

No comments: